Jul 24, 2011

sekadar buah fikiran

bismilLahirRahmanirRahim

tiba2 muncul di fikiran:

antara hal yang boleh buat hati jadik tak tenang, gelisah adalah:
1) bila kebenaran cuba disangkal, walau telah datang hujjah dan dalil
2) bila kesilapan, kesalahan, khilaf dan kealpaan sendiri cuba ditidakkan. lebih teruk jika pantulkan kepada orang lain!!
3) bila ilmu tidak diamalkan
4) bila adab tidak dijaga dan dipelihara
5) bila bermaafan ditinggalkan dan dipinggirkan
6) bila ukhuwwah semakin longgar
7) bila amal dan kerja tidak dilakukan bersungguh-sungguh (sekadar melepas batuk di tangga)
8) bila amal bukan kerana Allah sebaliknya disertai ujub, sum'ah dan/atau riak
9) bila ilmu, iman, amal dan tutur kata kita tidak bersandar kepada hujjah yang benar dan sahih
10) bila Allah dan rasul-Nya di-nombordua,tiga dan seterusnya-kan!! (al-Qur'an dan sunnah dipinggirkan)
11) bila kata hati cuba dideny dan disangkal tanpa sebab yang kukuh dan tepat
*senang cerita, kita akan rasa gelisah dan tidak tenang jika sst itu secara hujjah dan dalil sahih ia salah atau tidak tepat =)


*antara ciri perbuatan salah: kita lakukan sembunyi2 DAN kita rasa takut serta bimbang ia diketahui umum!!

p/s: ada lagi yang tertinggal, kot?? if datang idea, nanti akan dtambah,huhu

p/s/s: okeh, tengah pikir bagaimana nak balik dengan amannya,hoho..matlamat tetap disitu tapi bagaimana nak laksanakan tu yang masalah..ok, kerja kerja dan kerja!! "tiada kerehatan di dunia kerana rehat kita adalah di sana" (Syed Qutb)

last but not least, ada satu vid menarik (dapat dari sini: link) tapi aku tak tahu atas tujuan apa sebenarnya video ini dan hal yang ditekankan dalam video merujuk kepada apa, tapi aku suka dengar lagu dan hayati lirik dia jerr =)
enjoy!!

(kalau nak tahu fasal video ini berkaitan apa, sila search sendiri, tapi jika taknak tahu atau malas search so diam2 saja dan jangan reka2 cerita sesuka hati =) ..

salah silap aku, sila tegur
walLahu a'lam

Jul 17, 2011

pintu-pintu yang ada

bismilLahirRahmanirRahim

manusia bergerak seiring usia, bertindak seiring kematangan
namun tetap musuh mereka adalah syaitan dan nafsu

aku meneliti diri, tengok-tengok adakah terjebak dalam perangkap mereka
sambil merenungi setiap pintu yang ada
adakah pintu2 itu pintu yang patut dilalui atau perlu dibiarkan?

pada setiap pintu kelihatan corak dan ukiran indah
menarik perhatian setiap insan untuk mendekatinya, memasukinya
jika pintu itu pintu yang salah, amatlah rugi
kerana telah tertipu dan masuk ke dalam perangkap mereka tanpa disedari

tipu daya syaitan amatlah halus
nafsu pula amatlah pandai memujuk dan merayu
ditambah dengan keindahan zahir baik dipandangan mata mahupun akal
itulah dunia dan seluruh isinya
pintu yang ramai manusia tertipu dengannya

masih banyak pintu2 lain
pintu ilmu dan amal turut tersedia
ramai yang alim tertipu
apatah lagi si jahil seperti al-faqir ini

masih dalam proses menilai pilihan tindakan yang cuba diambil namun..
hmm, apa aku mengarut ni?
xcerli just nak cakap, finally i decided few things for my goodness..insyaAllah tepatlah keputusan2 tersebut
lagi pun, ada beberapa perkara yang pada penilaian aku, aku tak patut teruskan dan wajar tinggalkan
walau seindah mana ia di pandangan mata, namun pintu2 fitnah dan kerosakan sedaya upaya perlu ditutup
tinggalkan yang tidak perlu jika ia hanya membebankan dan memberatkan untuk amal dan akhiratmu

p/s: bimbang tindakan dan kata2 sendiri menjadi punca fitnah, nauzubilLah min zalik..

salah silap saya, sila betulkan
walLahu a'lam

Jul 8, 2011

Ramadhan dan Ghazzah

bismilLahirRahmanirRahim

ramadhan bakal menjelma tidak berapa lama lagi
bagaimana persiapan kita?
moga kita makin cakna dengan kedekatan ini
kerana kita tidak tahu bila ajal kita
jika sempat, mungkin saja ini ramadhan terakhir kita


namun dalam kita berpuasa, ingatlah
salah satu hikmah puasa adalah
agar kita sama2 merasai apa yang dirasai yang kelaparan
dan apa yang dirasai saudara2 kita di seluruh dunia
hanya saudara akan ambil berat soal saudaranya


Obama dan sekutu tidak merelakan Falestina yang merdeka
Usulan PBB ditolak, malahan PBB mengikut telunjuk mereka
Dunia menyaksikan kekejaman zionis
mereka menidakkan hak rakyat Falestina
Kapal Flotilla kedua (France) juga ditahan
Flytilla diusahakan
namun yang pasti, Israel tidak akan berdiam diri
Obama pula terus2an mahukan rundingan antara Falestina dan Israel
dan menutup pintu kemerdekaan buat Falestina
padahal rundingan tersebut diketahui umum adalah demi menjaga kepentingan negara israel

banyak benda yang kita bisingkan, yang kita inginkan
kita bebas mencari dan memenuhi kehendak
sedang mereka, rakyat Falestina, memenuhi keperluan asas pun
menjadi satu masalah buat mereka
Namun mereka sama sekali tidak mengalah
bahkan sebaliknya, terus kuat dan makin kuat!!
sungguh banyak nikmat Allah kepada kita
tinggal bagaimana kita syukuri nikmat-Nya sahaja..
bandingkan kita dengan mereka dan orang2 susah sekeliling kita
adakah cukup bagi kita hanya dengan sekadar melafazkan alhamdulilLah?
fikir2kanlah..

salah silap saya sila betulkan
walLahu a'lam

Jul 7, 2011

bismilLahirRahmanirRahim

menyingkapi tabir diri
melihat ke dalam rohani
mencari satu nikmat Ilahi
masihkah ia teguh disini?
----------------------------------------------------------------------------------------------------
terlalu banyak yang difikir di benak kepala
tak habis nak fikir
namun belum sempat selesai satu hal
terus hal yang lain yang dikejar dan difikirkan
tambah parah kalau hal2 yang asalnya tak perlu fikir pun terpaksa difikirkan

itulah manusia, suka sibukkan dengan urusan tidak perlu
jika mencari tahu untuk dapatkan kebenaran, alhamdulilLah
namun jika mencambah prasangka dan fitnah, maka apakah kesudahannya?
akhirnya sendiri hanyut dalam dunia tanpa "sempadan" !!
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
BERSIH 2.0 bukanlah perkara besar tapi perkara yang dibawa melalui BERSIH 2.0 itulah yang besar
namun dek kerana kita terlalu melihat kepada bahaya BERSIH 2.0 hingga lupa kepada tujuan BERSIH
jika BERSIH 2.0 tidak dilaksanakan sekali pun, tapi tuntutannya terlaksana
maka itulah kejayaan BERSIH 2.0 dan jika tak terlaksana maka tanggungjawab telah ditunaikan

demonstrasi terbuka terdedah kepada macam2 masalah maka diminta tertutup
moga dapat dilaksanakan tertutup, itu lebih selamat dan matlamat perhimpunan diharap tercapai
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
baiklah, lupakan sekejap isu BERSIH 2.0, kepada isu jamaah
aku luangkan masa membaca matlamat2 beberapa NGO Islam
aku rasa semuanya perlu digabung dan diadun baru tampak syumul dan komprehensifatau aku yang kerdil ini yang tak faham? hmm..
ingat nak letak link dan post apa yang aku fikir berkenaan NGO2 tersebut, tapi tak apalah, draftkan sahaja =)
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
tukar topik, fitnah atau mulut orang sure tak semudah itu ditutup
menghilangkan mafsadat lebih utama dari mendatangkan manfaat
namun manfaat yang besar dan mampu tutupi mafsadat yang kecil maka manfaat diutamakan
sekarang dalam situasi mana?

walau pada aku tiada kaitan dengan aku
tapi bila kelihatan mafsadatnya ada sedang manfaatnya tiada atau
kalau ada pun, tak begitu besar
maka pertimbangan sebelum bertindak perlu lebih hati2
sebab tentunya keutamaan pada mengusahakan agar tidak berlaku mafsadat
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
moga diberi kekuatan dan dimudahkan urusan
insyaAllah
memohon hanya kepada-Nya
setiap masalah pasti ada jalan keluarnya =)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
p/s: sedang habiskan baca
Dinamika Siyasah Shariyyah dan Kefahamannya di Kalangan Umat Islam di Malaysia
Tafsir surah ar-Rum (esp ayat 19-27)

salah silap saya sila tegur dan betulkan
walLahu a'lam