Jul 24, 2011

sekadar buah fikiran

bismilLahirRahmanirRahim

tiba2 muncul di fikiran:

antara hal yang boleh buat hati jadik tak tenang, gelisah adalah:
1) bila kebenaran cuba disangkal, walau telah datang hujjah dan dalil
2) bila kesilapan, kesalahan, khilaf dan kealpaan sendiri cuba ditidakkan. lebih teruk jika pantulkan kepada orang lain!!
3) bila ilmu tidak diamalkan
4) bila adab tidak dijaga dan dipelihara
5) bila bermaafan ditinggalkan dan dipinggirkan
6) bila ukhuwwah semakin longgar
7) bila amal dan kerja tidak dilakukan bersungguh-sungguh (sekadar melepas batuk di tangga)
8) bila amal bukan kerana Allah sebaliknya disertai ujub, sum'ah dan/atau riak
9) bila ilmu, iman, amal dan tutur kata kita tidak bersandar kepada hujjah yang benar dan sahih
10) bila Allah dan rasul-Nya di-nombordua,tiga dan seterusnya-kan!! (al-Qur'an dan sunnah dipinggirkan)
11) bila kata hati cuba dideny dan disangkal tanpa sebab yang kukuh dan tepat
*senang cerita, kita akan rasa gelisah dan tidak tenang jika sst itu secara hujjah dan dalil sahih ia salah atau tidak tepat =)


*antara ciri perbuatan salah: kita lakukan sembunyi2 DAN kita rasa takut serta bimbang ia diketahui umum!!

p/s: ada lagi yang tertinggal, kot?? if datang idea, nanti akan dtambah,huhu

p/s/s: okeh, tengah pikir bagaimana nak balik dengan amannya,hoho..matlamat tetap disitu tapi bagaimana nak laksanakan tu yang masalah..ok, kerja kerja dan kerja!! "tiada kerehatan di dunia kerana rehat kita adalah di sana" (Syed Qutb)

last but not least, ada satu vid menarik (dapat dari sini: link) tapi aku tak tahu atas tujuan apa sebenarnya video ini dan hal yang ditekankan dalam video merujuk kepada apa, tapi aku suka dengar lagu dan hayati lirik dia jerr =)
enjoy!!

(kalau nak tahu fasal video ini berkaitan apa, sila search sendiri, tapi jika taknak tahu atau malas search so diam2 saja dan jangan reka2 cerita sesuka hati =) ..

salah silap aku, sila tegur
walLahu a'lam

No comments: