Aug 1, 2011

sekolah tarbiyyah ini

bismilLahirRahmanirRahim

aku melihat alam
oh,sungguh indah
melihat jamaah penuh di masjid
masyaAllah, adakah ini berkat ramadhan?!
namun terkedu tatkala melihat sekumpulan anak2
yang usianya pada aku mungkin usia remaja
tidak kukisahkan siapa dia
namun aku sedih melihat bagaimana mereka bersama anak2 yang lebih kecil
bagaimana mereka menunaikan solat
bagaimana akan wujud pengganti rijal dakwah
jika jamaah sendiri runtuh?!

sebelum ini aku sedih kerana jamaah kosong
aku sedih kerana insan2 terdekat juga tidak bersama kemasjid
aku sedih kerana tidak dapat mempengaruhi mereka untuk ke masjid
kali ini aku sedih melihat remaja2 yang solatnya hanya untuk main2
jika lalai dalam solat pun dicemuh Allah azza wa jalla
kira2 apakah balasan bagi yang mempermainkan solat?

ketandusan ilmu?
mungkin
namun aku bimbang, jika solat begitu
bagaimana pula dengan yang lain
bagaimana kita menilai puasa kita?
adakah sekadar melambai dan melafaz
marhaban ya ramadhan
ahlan ya ramadhan
kemudian senyap membisu dari pengisian yang digemburkan
cukupkah?
moga aku tidak selemah itu
moga aku lebih kuat dari sangkaanku sndiri
moga Allah kuatkan diri ini
walau tidak banyak namun
pada aku cukuplah jika kualiti amal dapat diperbaiki
dan kuantiti dapat ditambah sedikit sahaja
moga2 setelah tamat sekolah tarbiyyah ini kita mendapat sesuatu
bukan sekadar lapar dan dahaga

ya Allah aku takut, aku bimbang, aku gelisah
bila memikirkan ajal yang datang mendadak
bila memikirkan celakanya orang2 yang tidak mendapatkan ampunan di bulan ramadhan
di mana akan kuhadapkan wajah ini jika aku
ya aku, seorang yang mahu menjadi salah seorang dari barisan itu
barisan da'ie, rijal dakwah, pejuang
namun rebah di medan nafsu, tewas kepada diri sendiri
na'uzubilLah

ayuh kita berjuang bersama!!
sungguh ramadhan dan puasa adalah sekolah tarbiyyah yang hebat
mengajar kita indahnya berbagi, indahnya bertaqarrub, indahnya berjamaah, indahnya tilawah dan tadarrus dan pelbagai lagi
Allahu Allah
sungguh tanpa taufiq dan hidayah-Mu takkan kugapai semua keindahan dan kelazatan itu

ayuh sahabat2ku, kita teruskan perjuangan!!
penilaian bagaimana solat dan puasa kita membentuk kita
dapat kita lihat melalui kesannya terhadap hidup kita
apakah ia menambahbaik diri kita, tidak mengubah atau kita makin jauh dari kebaikan?
nilailah diri dan amalan kita..

p/s: cinta adalah sesuatu yang indah namun boleh jadi menakutkan jika salah memandangnya!!

salah silap saya sila betulkan
walLahu a'lam

No comments: