Sep 20, 2011

Belajar

bismilLahirRahmanirRahim

Medical student, title yang bagi sesetengah orang kelihatan gah, tapi bagi aku ia sesuatu yang menyakitkan. Sakit bukan pada banyaknya yang perlu dipelajari tapi entahlah, rasa macam ada yang tak kena, something wrong somewhere but just dont know apakah ia. Terasa diri kosong. Kurang makanan rohani? Adanya distraction dan tidak mampu fokus? atau apa? entahlah. Tapi apa2 hal pun, jadikan ia ibadah kerana itulah tujuan hidup kita. Jika ia tak menjadi ibadah, rugilah kita kerana ia tak boleh menjadi bekal untuk disana kelak.

Masih banyak yang belum dibaca, sebetulnya masih belum mula membaca medical-related books. PBL masih entah ke mana. Aku masih pening2 lalat, belum biasakan diri dengan keadaan. Ingatkan lepas balik Malaysia dapat semangat baru rupanya ia sekejap sahaja. Ok, semangat baru diperlukan!!

Masih rasa malas? Hmm, aku rasa ini ada kaitan dengan faktor pemakanan dan hubungan dengan-Nya. Ya, itulah sumber kekuatan manusia. Jika empat hal ini terjaga insyaAllah kita sentiasa kuat. Bagaimana kita menjaganya? Hmm, terserah masing2. Bagaimana kita menjaga jasmani, rohani, emosi dan intelek kita? Meletakkan matlamat dan perancangan itu dalam kategori mana? Atau ia suatu kategori baru? Tidak, pada aku ia adalah hasil gabungan semua aspek!! Bagaimana kita merancang matlamat dan meletakkan garis perancangan mestilah sesuai kemampuan jasmani dan tidak menekan rohani, pada masa sama ia mestilah menggunakan seoptimal mungkin kemampuan intelek. Jika ketiganya seimbang, insyaAllah ia akan melahirkan insan yang punya emosi positif. Kekuatan jasmani, rohani dan intelek kita dilaburkan dengan sebaiknya. Rasa puas, gembira dan syukur yang lahir akan menjadikan kita insan dengan emosi positif. Harapnya, ia menjadikan kita lebih bahagia dengan hidup, tanpa depresi dan rasa mahu bunuh diri dan sebagainya (gangguan emosi yang menjurus kepada gangguan mental).

Buku harus mula dibuka. Bagaimana hendak memulakan? Apa yang perlu diutamakan dan yang mana dikemudiankan? Entahlah, persoalan bagaimana meletakkan keutamaan masih menghantui diri. Ia mengganggu emosi. Satu hal lagi, rasa penat. Mungkin sebab diet yang salah. Tapi bagaimana diet yang betul? Hmm, entahlah, ini juga mengganggu emosi. Ok, as medical students aku patut tahu bagaimana meletakkan keutamaan dan bagaimana merancang aktiviti dan diet untuk kesihatan dan optimalkan kemampuan jasmani tapi aku just blurr. Perasaan begini mengurangkan self-confidence dan hasilnya, emosi menurun. Efeknya, hasil kerja lain juga menurun. Ia mengganggu kelancaran dan keharmonian bermasyarakat, kesannya emosi makin merudum. Ok, satu faktor sahaja sudah cukup untuk mencelarukan sebuah kehidupan!! Mengusahakan sebuah perubahan, ia berat tapi ia bermakna kita mampu. Jika tidak mampu maka jadilah kita orang2 yang kurang upaya atau kemampuan. Ya, OKU!!

p/s: i dont want to be OKU!! =(
p/ss: mood - banmal song

salah silapku sila betulkan
walLahu a'lam

Sep 19, 2011

pengorbanan

bismilLahirRahmanirRahim

ok, kuliah sem baru minggu pertama selesai. Dan aku masih gagal atasi distractions yang muncul. Alhasil? kelas pagi terlepas sebab tidur, buku medic tidak dibuka kerana benda lain yang dibuka.

Ujian integrasi 1 akan bermula jumaat ini. Hmm, masih ada beberapa hari perlu dilalui dengan pengisian belajar sebagai persediaan. Kali ini aku hadapi gangguan lebih besar dari biasa. Jika sebelum ini distractionnya bersifat internal yaitu sama ada aku nak atau tidak laksanakan itu terserah aku dan kekuatan minda dalam menanganinya, kali ini ia bukan sesuatu yang boleh ditolak kerana ia adalah tanggungjawab yang menuntut pengurusan waktu dan pengorbanan masa yang luar biasa. Banyak tugasan dan tanggungjawab perlu diselesaikan. Bagaimana akan aku hadapi? hmm, itu terserah kebijaksanaan pengurusan masa dan kemampuan mengatasi diri sendiri. Alhasil, semuanya kembali kepada sikap.

Ok, perlu kuatkan diri. Sikap sebagai alat majukan diri tapi jika salah bersikap, ia akan menjadi pemundur diri. Semuanya terserah kepada tarbiyah dalam membentuk sikap dan pola fikir. Jika benar tarbiyah insyaAllah akan membentuk pola fikir yang tepat. Pola fikir yang tepat insyaAllah memandu ke arah penentuan tindakan yang tidak kuat dalam menilai sisi buruk dan baik sebelum meletakkan keputusan tindakan yang mana akan dilaksanakan. Pola fikir yang baik menjadikan kita orang yang bermatlamat dan optimis terhadap sesuatu yang kita usahakan. Sikap yang keras terhadap distractions menjadikan kita insan yang teguh dengan pendirian dan prinsip dan tidak mudah goyah dengan rintangan.

Kesimpulannya, kita memerlukan tarbiyah bagi membentuk diri. Namun dari mana kita dapatkan tarbiyah itu? Ya, banyak sumber tarbiyah, boleh jadi dari para asatizah, motivator, bahan bacaan, hasil pemerhatian, nasihat dan teguran bermanfaat dan lain2 lagi. Maka untuk mendapatkan hasil optimum, janganlah kita menutup diri dari tarbiyah.

P/s: fikirkan objektif, letakkan matlamat mampu capai, kemudian rancang kaedah yang realistik bersama backup plan seterusnya bekerja dan berusahalah dalam rangka ibadah bagi menjayakannya, insyaAllah dimudahkan segala urusan =)

Salah silap saya sila betulkan
WalLahu a'lam

Sep 14, 2011

baru

bismilLahirRahmanirRahim

AlhamdulilLah, selamat tiba di kota Jakarta beberapa hari lalu
Dan sekarang, sudah ada permulaan baru yaitu permulaan tahun baru pengajian (third year). Dan untuk kali ini aku kena kuatkan fokus. Sebelum ini fokus mudah lari disebabkan persoalan2 yang timbul di benak fikiran. Persoalan2 itu membuatkan aku tak mampu nak fokus kepada apa yang aku perlu fokus. Setiap datang idea, buah fikiran atau persoalan di benak fikiran, aku tak boleh tahan untuk kongsikan atau cari jawapan. Akhirnya, fokus terganggu dek banyaknya persoalan tak terjawab. Mungkin aku perlu ubah pendekatan tapi apa pendekatan yang nak digunakan? Time management aku masih lagi teruk, terutama bila melibatkan soal fokus itu.

Namun kali ini tak ada pilihan melainkan cuba fokus dan lupakan yang kurang penting. Perlu seupaya mungkin elakkan mencari sesuatu yang boleh timbulkan persoalan2 pelbagai hingga tak mampu nak buat benda lain selain mencari jawapan kepada persoalan tersebut. Mungkin salah satunya, kurangkan search internet dan baca isu2 panas semasa kerana ia akan membawa aku untuk terus membaca dan cari jawapan isu2 tersebut dengan membaca artikel2 insan2 hebat dalam bidang masing2. Instead of search internet, aku rasa lebih elok aku fokuskan kepada membaca buku tanpa memfokuskan kepada persoalan khusus dan tertentu, dan mendengar dengan tujuan kembangkan minda tanpa disekat oleh perasaan mahu mendapatkan jawapan semata. Tapi banyak sangat buku dan ceramah yang nak dihabiskan sebenarnya!! Hmm, lets see what happen.

Ok, tumpukan kepada belajar medic. Sekarang blok cardiovascular 2, belajar mengenai kelainan2 berkaitan jantung seperti VSD, ASD, aneurisma dan lain2. Namun, masih lagi farmako menjadi kelemahan utama (kelas farmako yang aku bukan setakat tak mampu fokus, bahkan tak mampu absorb apa yang cuba lecturer sampaikan). Once dah hilang fokus, maka amatlah susah untuk faham. Tapi still, ubat2 antihipertensi itu perlu dihadamkan. Ok, ikon sekarang adalah dr. Danial dan Prof Muhaya. Just wanna be like them. Masih memikirkan ruang, peluang akan cita2 untuk sambung pengajian dalam bidang hadis dan tafsir setelah tamat pengajian sebelum, kalau boleh, sambung semula pengajian perubatan dalam bidang psikologi ataupun psikiatri dan juga analisis (sains masyarakat). Moga segala harapan tercapai. Tapi still aku dari dulu sampai sekarang inginkan, fluent in Arabic!! moga dapat peluang belajar dan fluent =) doa, doa dan doa, moga dibukakan jalan dan dipermudakan urusan dan usaha =)