Dec 19, 2011

Perspektif

BismilLahirRahmanirRahim

Manusia ketika di alam roh menyatakan ketundukannya kepada Rabb bahawa Allah lah Rabb mereka. Namun setelah itu, setelah ia dimasukkan kedalam jasad yang telah terlebih dahulu mengalami pelbagai proses pembentukan dan dimasukkan pula bersama nafsu. Saat ia mampu berfikir dan telah matang, apa yang ia lakukan? Ia mengingkari persaksiannya. Maka tugas kitalah untuk menyedarkan kembali mengenai kesaksian itu.

Manusia, dari mana kita berasal? Bukankah dari sperma dan ovum orang tua kita? Pada awalnya, apakah bentuk kita? Apakah nama kita? Bagaimanakah keadaan kita? Semuanya berada dalam keadaan tidak tentu adakah kita akan selamat berkembang dan selamat dilahirkan dan selamat membesar? Pada masa2 itu, siapa yang menjaga kita? Kita lupa dan kita leka lantas kita ingkar.

Mungkin kerana kita terlalu dimanjakan dan mendapat terlalu banyak kemudahan dan bantuan hingga kita menjadi malas bekerja dan berusaha. Bagaimana agaknya jika air perlu diolah sendiri, tiada sungai, laut dan sumber air siap olah lainnya. Bagaimana agaknya jika tiada kenderaan?

Mungkin kerana terlalu banyak keselesaan membuatkan kita lalai dan lupa kepada Pencipta. Kita lupa untuk bersyukur, lupa untuk menyatakan dan menzahirkan rasa syukur kita kepada-Nya.

Kerana terlalu banyak menerima kita lupa untuk memberi kepada manusia. Kita menerima teknologi hingga lupa untuk membantu manusia2 yang kekurangan. Kita terlalu selesa dengan keadaan sekarang hingga tidak mahu berjuang kerana merasakan keadaan sekarang adalah terbaik hingga lupa bahwa kerja kita tidak akan berakhir selagi mana kalimatulLah belum menjadi kalam teragung di seluruh pelusuk dunia. Bagaimana ia akan terzahir jika kita belum menuju ke situ? Kita sendiri pun belum, bagaimana mengharapkan orang lain?

Kematangan yang dibina atas prinsip modal insan dan kefahaman deen insyaAllah itulah kematangan sebenarnya, bukan kematangan fatamorgana hasil penipuan usia dewasa lantas merasakan dirinya sudah rasional dan layak berbicara dan berbuat seenaknya hingga lupa ia juga makhluk yang punya Pencipta.
Ya, mungkin kerana terlampau selesa hingga kita lupa.

Kita semua mempunyai masalah mental jika merasakan diri kita adalah paling superior dengan keadaan sekarang. Tidak, kita tidak akan pernah menjadi paling superior (sebaik-baik makhluk) jika akal dan iman tidak kita selarikan!! Jika akal diselarikan dengan nafsu maka saat itu kita akan menjadi haiwan berakal!! Namun jika kita menselarikan nafsu dengan akal yang dipandu oleh iman dan kebenaran maka saat itu kita menjadi sebaik-baik makhluk.

Layan:


lirik here:  (salah eja tu harap dimaafkan penulisnya,huhu)

Salah silapku sila betulkan
WalLahu a'lam

No comments: