Jul 17, 2011

pintu-pintu yang ada

bismilLahirRahmanirRahim

manusia bergerak seiring usia, bertindak seiring kematangan
namun tetap musuh mereka adalah syaitan dan nafsu

aku meneliti diri, tengok-tengok adakah terjebak dalam perangkap mereka
sambil merenungi setiap pintu yang ada
adakah pintu2 itu pintu yang patut dilalui atau perlu dibiarkan?

pada setiap pintu kelihatan corak dan ukiran indah
menarik perhatian setiap insan untuk mendekatinya, memasukinya
jika pintu itu pintu yang salah, amatlah rugi
kerana telah tertipu dan masuk ke dalam perangkap mereka tanpa disedari

tipu daya syaitan amatlah halus
nafsu pula amatlah pandai memujuk dan merayu
ditambah dengan keindahan zahir baik dipandangan mata mahupun akal
itulah dunia dan seluruh isinya
pintu yang ramai manusia tertipu dengannya

masih banyak pintu2 lain
pintu ilmu dan amal turut tersedia
ramai yang alim tertipu
apatah lagi si jahil seperti al-faqir ini

masih dalam proses menilai pilihan tindakan yang cuba diambil namun..
hmm, apa aku mengarut ni?
xcerli just nak cakap, finally i decided few things for my goodness..insyaAllah tepatlah keputusan2 tersebut
lagi pun, ada beberapa perkara yang pada penilaian aku, aku tak patut teruskan dan wajar tinggalkan
walau seindah mana ia di pandangan mata, namun pintu2 fitnah dan kerosakan sedaya upaya perlu ditutup
tinggalkan yang tidak perlu jika ia hanya membebankan dan memberatkan untuk amal dan akhiratmu

p/s: bimbang tindakan dan kata2 sendiri menjadi punca fitnah, nauzubilLah min zalik..

salah silap saya, sila betulkan
walLahu a'lam