Aug 4, 2011

hakisan

bismilLahirRahmanirRahim

hari ini, zaman ini kita dapat lihat ketandusan ilmu agama yang makin menyerlah
kikisan dan hakisan terhadap ilmu bernuansa Islam makin subur dimana-mana
ditambah sikap orang Islam (muslim) sendiri yang tidak bangga menjadi muslim
dan tidak berusaha menegakkan syiar Islam!! sebaliknya malu dan segan!!

mendengar berita bagaimana para musuh Islam berusaha memerangi Islam
mereka berusaha memerangi Islam, bukannya muslim
dalam apa cara sekalipun mereka berusaha menghilangkan syiar Islam
dan sekali lagi kita menyaksikan para muslim malu dengan Islam yang sepatutnya diagungkan (inferior)

hari ini kita dapat melihat bagaimana persepsi masyarakat muslim terhadap harakah Islamiyyah
di sebalik membantu dan saling menguatkan antara sesama, kita cenderung untuk saling menjatuhkan
dan ini membuat bangga para musuh Islam
usaha mereka menjauhkan muslim dari Islam dan dakwah makin membuahkan hasil

juga kini kita dapat lihat bagaimana para musuh Islam melalui pendekatan agama hanya pada ritual
mereka merosakkan Islam secara senyap kerana pendekatan ini terpakai untuk semua agama
sedangkan kita tahu kesyumulan Islam berbanding agama lain hingga dengan adanya fahaman ini
maka lunturlah Islam sebagai ad-din!!sebagai CARA HIDUP, PERATURAN HIDUP!!

usaha dakwah terpinggir dan dipinggir
para aktivis dakwah tidak dibantu dan diperkuat oleh insan2 bergelar muslim
sebaliknya mereka dibantu oleh orang-orang yang melihat keadilan Islam walau bukan muslim
hairan,kan? bila da'ie seolah dicemuh muslim tapi dibela oleh bukan muslim!!

hari ini kita melihat umat Islam di seluruh dunia dianggap sebagai golongan yang wajar dibuang dari peta
sekali lagi kita hanya melihat
dan sekali lagi, umat Islam yang diperangi itu dibela oleh bukan Islam!!
dan kesekian kalinya kita menjadi pemerhati nasib ummah, bukan pembantu!!

terjadilah Islam hanya ada pada nama, wujud kerana keturunan, kekal kerana KTP, IC dll
dipinggir umatnya sendiri, syiarnya tidak diangkat sebaliknya diperlekehkan sesuka hati
umat Islam tidak dibela sebaliknya dicemuh, dizalimi, dikutuk oleh rakannya yang juga muslim
akhirnya kita memenangkan para musuh Islam yang dari dulu cuba menyuntikkan fikrah "aku tidak pedulism"!!
yakni tidak peduli terhadap agamanya, prinsip hidupnya, saudara seaqidahnya, syiar agamanya dan bahkan
nasibnya DISANA!!
sedangkan jika benar kita imani hari qiamat dan syurga neraka, adakah begini sikap kita?
tepuk dada tanya iman

muhasabah diri di pagi ramadhan

salah silapku sila tegur dan betulkan
walLahu a'lam