Aug 15, 2011

Any Words? La ilaha illalLah Muhammad RasululLah

 BismilLahirRahmanirRahim

Ini kenyataan penuh Us Nasruddin - kenyataan penuh yang mana hanya dipetik tak sampai separuh oleh Utusan Malaysia. Mengapa hanya diambil part menyokong JAIS, tidak sepenuhnya? hmm, tak mengapalah, sekurang2nya dia bagi link bolehlah baca sendiri kenyataan Us Nasruddin berkenaan isu serbuan JAIS dan pendirian DPP berkenaan isu murtad (juga telah disentuh oleh Dr Dzulkefly Ahmad sebagaimana dilaporkan dalam Harakahdaily). Selain itu, kenyataan media TGHA dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut menekankan hal sama yaitu mahu bersemuka dan mendapat laporan penuh dan terperinci dair JAIS terlebih dahulu sebelum membuat apa2 keputusan lanjut. Namun amat sedih bila Perkasa cuba tunjuk pandai dengan menuduh PAS dan TGNA terlalu berlembut terutama soal bacaan al-Qur'an menggunakan pembesar suara di Pulau Pinang sedangkan itu bukan sekadar kenyataan dari PAS dan TGNA bahkan juga dr MAZA, kenapa tidak dikatakan Dr MAZA dan asatizah lain yang sependapat dengan TGNA sebagai tidak prihatin terhadap Islam? Janganlah mempermainkan isu sebegini, tiada manfaatnya buat diri bahkan hanya dapat merosakkan lagi hubungan sedia renggang. Baiklah, kembali isu murtad, kenapa tidak dilihat kenyataan TGHA? disini.
Harakah persoal tindakan UMNO, here, a blogger persoal PAS pula. Kesimpulannya? entahlah..

Isu pembesar suara, ada kewajarannya juga bila Perkasa mempersoalkan kenapa dulu boleh sekarang tak boleh? Adakah ada agenda lain atau bagaimana? Perubahan waqi dll mungkin menimbulkan perbezaan tapi entahlah sebab aku pun tak tahu keadaan sebenar macam mana, so taktahu nak komen apa, diam2 jelah,huhu.

Harap isu aqidah ini dapat sama2 kita memandang secara optimis sebagai satu keperluan untuk membetulkan segala sistem yang bermasalah hingga membawa kepada berjayanya usaha memurtadkan umat Islam di negara ini sepertimana disebut oleh Us Nasruddin. Dan moga kita thabat atas kebenaran, mohonlah kepada-Nya agar ditetapkan hati dalam Islam, moga terus dalam kebenaran atas jalan lurus.

Akhir sekali sekadar copy paste dari harakah satu resolusi yang didapat dari hasil muzakarah beberapa NGO Islam:from here
Berikut adalah resolusi penuh sidang meja bulat berkenaan.
1. Kami bersepakat dan beriltizam untuk mempertahankan pegangan akidah umat Islam di negara ini daripada dicerobohi selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan di dalam Perlembagaan Malaysia dan juga Peruntukan Undang-undang yang sedia ada termasuk menguatkuasakan undang-undang murtad.
2. Kami mendokong dan menyokong usaha mana-mana pihak untuk memperkukuh akidah umat Islam melalui program-program pendidikan dan kebajikan serta menuntut diperkasakan program-program tersebut termasuklah dengan mengembalikan semula bantuan yang secukupnya kepada sekolah-sekolah agama rakyat.
3. Kami menggesa supaya Jais dan pihak-pihak berwajib yang lain segera membuat tindakan dan pendakwaan jika benar terdapat usaha-usaha untuk memurtadkan umat Islam dari pegangan akidah mereka sebagaimana tuntutan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan dan Bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan.
4. Kami menuntut supaya badan-badan yang berkaitan dengan harta amanah umat Islam bertindak secara cekap bagi membantu umat Islam yang terpinggir dan tercicir supaya kehidupan mereka lebih terbela dan terjamin.
5. Kami mendesak supaya isu-isu berkaitan dengan akidah umat Islam tidak dimanipulasikan dan diputarbelit oleh akhbar-akhbar untuk memberikan kelebihan politik kepada sesuatu pihak sehingga memecahbelahkan perpaduan umat Islam.
6. Kami menegaskan bahawa isu-isu berkaitan dengan akidah umat Islam ini adalah isu yang sangat sensitif yang boleh menjejaskan keharmonian kaum, justeru menyeru kepada semua pihak supaya tidak bertindak menyalahi undang-undang yang termaktub.
7. Kami menuntut supaya semua pihak yang pernah terlibat merobohkan institusi-institusi Islam termasuklah meruntuhkan institusi pendidikan Islam, masjid dan surau memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia disebabkan tindakan-tindakan mereka inilah yang telah mendorong agama Islam tidak dihormati.
8. Kami menggesa supaya institusi-institusi yang mentadbir urusan umat Islam diserahkan kepada mereka yang benar-benar layak dan dihormati supaya institusi-institusi ini akan dilihat sebagai benar-benar berwibawa.
9. Kami mencadangkan supaya forum-forum seperti sidang meja bulat ini dijadikan platform muzakarah yang dapat menemukan semua pihak, pelbagai jalur pemikiran yang mewakili masyarakat madani dan parti-parti politik demi meninggikan syiar Islam di negara ini.
10. Kami NGO yang hadir hari ini bersepakat untuk bergabung dalam membela Islam.