Aug 26, 2011

catatan hati

bismilLahirRahmanirRahim

sebelum ini cerita pasal kulit, isi dan biji. Kali ini nak cakap pasal aplikasinya pula

baiklah, jom teruskan

jika makanan kita memilih buah kerana khasiatnya, menolak makanan segera dan makanan ringan kerana bahayanya, maka begitulah dengan ilmu. Makanan ringan nak ambil boleh tapi bukanlah sebagai yang utama, sebaliknya jka mahu diambil sebagai sampingan, makan tatkala perlawanan bola, silakan asalkan tidak berlebihan. Begitu juga ilmu, ada yang perlu kita jadikan menu utama, menu sampingan dan menu yang tidak berapa perlu tapi silakan jika nak diambil sedikit selagi mana tidak haram. Utamakanlah ilmu fardhu ain, dengan turut belajar ilmu2 fardhu kifayah lainnya sebagai sampingan. Saat kita sudah mula kuat dengan asas agama, silakan jika mahu kurangkan ilmu agama (yang fardhu ain dah lengkap) untuk mula serius dengan ilmu fardhu kifayah namun makanan utama kita masih pada ilmu2 yang bermanfaat. Tak salah sekali sekala nak baca komik dan buku lainnya yang kurang ilmunya sekadar hiburan.

Kemudiannya, ilmu itu perlulah kita dalami dengan bersungguh-sungguh agar kita mendapat inti dari ilmu itu, agar kita mendapat kefahaman dari ilmu itu dan bukan sekadar menggapai di permukaan. Tapi ini sesuatu yang berbeza pada keluasan ilmu. Ilmu Allah itu luas, tidak dapat kita nak belajr semua, maka utamakan pada apa yang sedang menjadi fokus kita tanpa melupakan ilmu2 lainnya yang perlu untuk kehidupan. Sekolah kita ada dimana2, bukan sekadar di universiti dan di buku2. Pengalaman boleh menjadi sumber ilmu jika kita mengambil pelajaran darinya. Orang sekeliling juga boleh menjadi guru kita jka kita pandai mengambil ibrah darinya. Seperti juga buah tadi, ada yang elok dan ada yang tidak, kita yang pilih mana yang kita nak. Moga kita tidak salah dalam membuat pilihan.

Then, tidak dilupakan, ilmu yang kita peroleh dengan penuh susah payahnya itu tidak akan bermanfaat jika kita sendiri tidak menghadamnya. Bagaimana hndak menghadamnya? Itulah dengan berterusan dalam belajar dan cuba mempraktikkan apa yang kita belajar. Moga kita merasai enaknya buah dari ilmu itu.

Namun setelah kita merasa keenakannya, tidakkah kita mahu menyuburkan dan berbagi? Itulah dengan istiqamah dalam belajar dan beramal serta menambahkan mengajak orang lain untuk turut sama merasai keenakan buah ilmu dan amal itu. Dan ingatlah, amal itu tidaklah cuma solat, sedekah dan puasa. Banyak amalan kebaikan yang boleh kita suburkan seperti bersikap adil, membaikkan hubungan antara manusia, mengucapkan salam, memelihara hati dari penyakit2nya, menjaga lisan, mengutamakan dalil atas nafsu dan lain2 lagi. Itu semua sekadar ilmu dan teori jika kita tidak mengamalkannya. Ramai orang mengatakan adil itu mendatangkan ketenangan kepada jiwa, namun jika kita tetap zalim, bagaimana dapat kita merasai manisnya ketenangan?

itulah kita, sentiasa dahagakan ilmu tapi berapa ramai antara kita yang dapat merasai manisnya ilmu itu? dan berapa ramai yang dapat berkongsi rasa manis itu kepada orang lain?

Sekian
sekadar cuba sampaikan isi fikiran
walLahu a'lam

p/s: jika mencintai seseorang maka berusahalah untuk membuktikannya
bagaimana? salah satunya dengan jujur dan sanggup mengenepikan kepentingan dan kemahuan sendiri demi yang dicintai.. Dan jika cinta kepada makhluk mampu menghantarkan kita kepada sikap jujur dan mengenepikan kepentingan sendiri, maka kenapa tidak kita lakukan hal sama demi cinta kita kepada Khaliq?

muhasabah ramadhan ke-26 =) : ilmu, iman, amal, jujur, cinta, utamakan orang lain, adil
p/ss: dahulukan diri sendiri dalam soal ibadah dan melakukan kebaikan =)
p/sss: dahulukan orang lain dalam hal2 selain ibadah (seperti makan, barangan tertentu dll)