Sep 19, 2011

pengorbanan

bismilLahirRahmanirRahim

ok, kuliah sem baru minggu pertama selesai. Dan aku masih gagal atasi distractions yang muncul. Alhasil? kelas pagi terlepas sebab tidur, buku medic tidak dibuka kerana benda lain yang dibuka.

Ujian integrasi 1 akan bermula jumaat ini. Hmm, masih ada beberapa hari perlu dilalui dengan pengisian belajar sebagai persediaan. Kali ini aku hadapi gangguan lebih besar dari biasa. Jika sebelum ini distractionnya bersifat internal yaitu sama ada aku nak atau tidak laksanakan itu terserah aku dan kekuatan minda dalam menanganinya, kali ini ia bukan sesuatu yang boleh ditolak kerana ia adalah tanggungjawab yang menuntut pengurusan waktu dan pengorbanan masa yang luar biasa. Banyak tugasan dan tanggungjawab perlu diselesaikan. Bagaimana akan aku hadapi? hmm, itu terserah kebijaksanaan pengurusan masa dan kemampuan mengatasi diri sendiri. Alhasil, semuanya kembali kepada sikap.

Ok, perlu kuatkan diri. Sikap sebagai alat majukan diri tapi jika salah bersikap, ia akan menjadi pemundur diri. Semuanya terserah kepada tarbiyah dalam membentuk sikap dan pola fikir. Jika benar tarbiyah insyaAllah akan membentuk pola fikir yang tepat. Pola fikir yang tepat insyaAllah memandu ke arah penentuan tindakan yang tidak kuat dalam menilai sisi buruk dan baik sebelum meletakkan keputusan tindakan yang mana akan dilaksanakan. Pola fikir yang baik menjadikan kita orang yang bermatlamat dan optimis terhadap sesuatu yang kita usahakan. Sikap yang keras terhadap distractions menjadikan kita insan yang teguh dengan pendirian dan prinsip dan tidak mudah goyah dengan rintangan.

Kesimpulannya, kita memerlukan tarbiyah bagi membentuk diri. Namun dari mana kita dapatkan tarbiyah itu? Ya, banyak sumber tarbiyah, boleh jadi dari para asatizah, motivator, bahan bacaan, hasil pemerhatian, nasihat dan teguran bermanfaat dan lain2 lagi. Maka untuk mendapatkan hasil optimum, janganlah kita menutup diri dari tarbiyah.

P/s: fikirkan objektif, letakkan matlamat mampu capai, kemudian rancang kaedah yang realistik bersama backup plan seterusnya bekerja dan berusahalah dalam rangka ibadah bagi menjayakannya, insyaAllah dimudahkan segala urusan =)

Salah silap saya sila betulkan
WalLahu a'lam