May 20, 2012

Hidup berjamaah

BismilLahirRahmanirRahim

Sebelum melanjutkan, ada satu link yang menarik nak dikongsikan: taamul fil jamaah (moga bermanfaat =)

Hidup sebagai ahli jamaah tertentu kadangkala menjadikan kita terasa seolah terkongkong. Namun aku suka perasaan ini, yang aku tak tahu nak cakap apa nama dia. Suatu perasaan yang walaupun ruhani kita lemah, kita akan tetap mencintai hidup berjamaah ini. Bukan kerana sukakan part beraktiviti bersama, tapi mungkin suka part dapat bercampur dengan orang yang kita rasakan dapat membantu kita untuk tetap bertahan dalam jalan ini, untuk terus berusaha menjadi lebih baik. Walau amal kurang, namun perasaan untuk tingkatkan amal itu terus ada jika kita berteman dengan orang2 yang dapat mempengaruhi fikiran kita dalam sudut itu (faham2 sendirilah). Inilah keindahan hidup berjamaah bagi aku.

Namun, tetap, kelak di akhirat kelak nafsi-nafsi. Kita tidak membawa dosa orang lain dan kita tidak juga mengutip pahala orang lain (pengecualian isu pengumpat dll yang seumpamanya). Justeru, walaupun kita merasakan "whoa, bestlah", "baguslah" dan lain2 seumpamanya, namun untuk di sana, tetap apa yang kita siapkan sebagai bekal di sana menjadi taruhan kita. Maksudnya? maksudnya, dalam amal jama'ie di dunia kita mungkin boleh mengharapkan orang lain untuk menjadi penyokong kita, tapi itu untuk dunia kita. Untuk akhirat kita, kitalah yang bertanggungjawab!!

Nak bagi contoh pun susah. Sebab aku dalam blok ObGyn, maka contoh aku pun ObGyn jugalah. Contoh: Modul blok ini ada subjek gizi, ilmu kesehatan anak, obgyn, patologi anatomi, patologi klinik, ilmu kesehatan jiwa, anestesi, dan farmakologi dan aku ada kawan yang rajin study kemudian explainkan kepada aku satu persatu tanpa aku memasuki medan amal, agak2 bagaimana jawapan aku dalam ujian? Sekadar dengar, tak buat further study, tak buat assignment, tak masuk kelas amali dan lain2. Sekadar dengar. Kondisi ini, walaupun kita malas macam mana pun, jika kita bantuan orang untuk terangkan, insyaAllah kita akan tahu. Tapi sekadar itulah. Kemudian ujian kita tak masuk, amali tak pergi, buat assignment tidak, cuba dalami topik yang kita kurang jelas pun tidak, agak2 apa hasil ujian kita? Ujian kita adalah nafsi2. Hasilnya juga nafsi2. Itulah contoh mudahnya. 
p/s: adakah contoh aku ni tak sesuai atau tak kena pada tempatnya? hmm

p/ss: bila ada orang cakap "bila kau nak kawen?", "aku rasa kau antara yang akan kawen paling awal", dan beberapa lagi yang aku tak perlu tulis, buat aku tefikir, "ni mesti sebab mereka belum kenal lagi siapa aku sebenarnya, biarlah,heheh". Salah satu perkara mudah, aku nak cakap soal kawen dengan ma aku pun susah, nak kawen awal? Nak bertegas dengan diri pun susah, nak didik isteri? itu antaranyala, banyak lagi perkara lain.

p/sss: tapi dalam mencari zaujah, carilah yang sefikrah dan sekufu dari sudut dakwah. Kenapa? agar lebih mudah gerak kerja dakwah kelak dan insyaAllah membentuk baitulmuslim yang soleh. Taklah kita menjadi penghalang kecepatan mujahidah solehah, dan dia juga tidak menjadi penghalang usaha kita menjadi mujahid soleh wa muslih. Ilmu mungkin kita boleh bagi, tapi fikrah dakwah tak semudah itu untuk fahamkan, betul tak? moga dikuatkan =)

salah silapku sila betulkan =)
walLahu a'lam

No comments: