May 21, 2012

Target dakwah

bismilLahirRahmanirRahim
-pejam celik pejam celik, hari ini dah 29 rabiulakhir, maghrib nanti masuklah tarikh baru 1 rejab 1433H. Rejab bulan haram, dianjurkan memperbanyak ibadah di dalamnya =) ayuh, masuk gear persiapan ramadhan =) -

Baiklah, jom teruskan.
Siapa target dakwah kita?
Sebelum melanjutkan, ada video menarik nak dikongsi


Baiklah jom lanjutkan. Kita bukanlah pemberi hidayah. Tapi kita punya tugas memberi peringatan, kita da'ie. Kita boleh jadi faktor perubahan.

Anasir taghyir (agen pengubah)
Dalam target dakwah kita, ada orang yang diletakkan keutamaan berbanding yang lain sebagai target dakwah. Konsep ini berdasarkan apa yang Nabi sallalLahu 'alaihi wa sallam lakukan sebagaimana disebut dalam surah 'Abasa. Bagaimana? Kita mendakwahi orang yang mempunyai pengaruh dan kemampuan untuk menjadi agen pengubah, yang mampu memimpin dan bukan sekadar dipimpin. Namun pada masa sama, kita tidaklah mengabaikan dakwah kepada orang2 yang zahirnya mahu mengikuti dan mahu bersama2 kita mengikuti jalan ini, jalan dakwah para pejuang.

Apa ciri2 anasir taghyir?
Antaranya adalah dia dihormati oleh kalangannya, masyarakatnya atau/dan sesiapa yang mengenalnya. Dia juga mampu menambat hati orang lain untuk bersamanya. Kaedah dakwah sebegini juga pernah diguna oleh mubaligh Islam dahulu ketika menyampaikan risalah Islam kepada orang2 di tanah Jawi ini. Mereka menikahi kalangan terhormat dari masyarakat setempat, pernikahan diraja dan lain sebagainya hingga pabila Islamnya raja atau pemimpin setempat, maka rakyatnya atau masyarakat sekitarnya turut kembali kepada fitrah insani, Jika dalam generasi sahabat, mereka yang masuk golongan ini adalah Abu Bakar, Abu Zar al-Ghifari, Umar al-Khattab dan lain2 yang kebanyakannya dari kibarussahabah (sahabat besar).

Kalangan yang dihormati ini kan luas cakupannya. Seseorang yang dihormati itu boleh2 saja dihormati, terkenal dan dikagumi dalam kalangannya sahaja. Amanah doktor juga dapat dijadikan alat untuk anasir taghyir. Kenapa? Kerana kita ketahui profesi ini mempunyai posisi yang baik dalam masyarakat. Justeru, setiap doktor yang dihormati masyarakat setempat, berpekerti yang baik, dan kompeten dia adalah anasir taghyir. Kedengarannya mudah, tapi tak semua begitu. Kenapa? Kerana tak ramai yang sanggup intima'. Namun jika berjaya, dakwah ini akan lebih cepat tersebar dan didengari lebih ramai orang dengan lebih berkesan.


Namun seperti dikatakan, pada masa sama kita tidak melupakan kalangan yang bukan anasir taghyir. Mereka2 ini kita tidak harapkan untuk menjadi agen pengubah, namun setidaknya mereka bersama kita, bekerja bersama kita dan menolong semampu mereka. Mereka mungkin tidak mempunyai kapasiti untuk menarik audience yang ramai namun dengan komitmen mereka, mereka dapat menarik beberapa orang pun sudah memadai.

Inilah yang dilakukan kebanyakan mubaligh Pakistan. Mereka menikahi masyarakat setempat dan membina baitulmuslim di tengah2 masyarakat non-muslim sepertimana yang berlaku di United Kingdom dan lain2. Jika di generasi sahabat, mereka2 ini mungkin kalangan hamba yang dibebaskan seperti Bilal bin Rabah dan lain2 atau sahabat kecil (sahabat ada sahabat besar, dan ada sahabat kecil). 


Tidak semudah itu jalan ini kerana jalan ini jalan penuh liku, penuh onak, penuh duri. Tapi yakinlah, kemenangan milik Islam! Dan, juga susah kerana tak ramai yang sanggup mendakwahi orang kepada Islam. Ingat, dakwah kita adalah menyeru insan2 kembali kepada Islam, kepada ajaran al-Qur'an dan sunnah, bukan kepada fikrah kita. Fikrah kita hanyalah alat. Begitu juga jamaah kita, ia hanyalah wadah amal jama'ie, bukan matlamat seruan dakwah.

p/s: pernikahan bukan hanya antara dua insan dan dua hati, tapi melibatkan dua institusi kekeluargaan bahkan mungkin dua masyarakat! Jika keduanya mampu menjadi anasir taghyir, masyaAllah! Dan keluarga muslim itu bukan sekadar berlegar antara dua insan baik dari sudut cinta, tanggungjawab, ibadah, fikrah, dakwah dll tetapi juga menuntut kita untuk meramaikan rijal deen ini kerana mereka adalah amanah Ilahi kepada kita, juga harapan Nabi kepada umatnya, juga aset akhirat kita! Moga dikuatkan =)  
-merenung jauh ke dalam diri, ilmu masih sedikit, tapi cabaran makin besar-

salah silapku sila betulkan =)
walLahu a'lam

No comments: