Jun 23, 2012

Kajian manusia

bismilLahirRahmanirRahim

Macam2 manusia pengkaji mengkaji mengenai teknologi dan kehidupan

Teknologi dikembangkan untuk mengembangkan kemampuan manusia

Lagi gila teknologi yang diguna ke arah "menghidupkan" manusia

Brain transplant, head transplant, whole-body transplant

Mahu create brain?

Lagi gila, decellularize brain!! dan guna stem cell untk kembangkan kembali sel2. Bagaimana? entahlah

Pemindahan tisu, pemindahan organ dan pelbagai lagi teknologi dan kemajuan di bidang sains dan perubatan serta teknologi. Ia mungkin menguntungkan sesetengah pihak tapi jika dinilai dari sudut etika dan agama, aku tak tahu nak cakap bagaimana. Soulless human terhasil? entahlah

Macam2..teknologi molekular, bioteknologi, biologi molekular dan macam2 bidang lagi berpakat bersama bidang bedah saraf, kejuruteraan, jantung dan pelbagai lagi pakar2 bidang masing2, demi "memanjangkan" usia manusia, asalkan ada wang?

Moto para saintis, tiada yang mustahil kerana kita tidak tahu apa limit atau had yang ditetapkan di dunia ini

Macam2 manusia buat untuk elak mati padahal mati itu pasti

Bagaimana agaknya kehidupan manusia 20 tahun ke depan?
Projek mars?
Hmm..macam2

p/s: narcolepsy

salah silapku sila betulkan
walLahu a'lam

Jun 18, 2012

Paradigma

bismilLahirRahmanirRahim

Kadangkala kita seolah antara dua

Tidak tahu hendak pilih arah mana

Namun kadangkala kita juga kerana hentakan kasar pada apa yang kita pegang selama ini

Akan tetapi kita secara tiba2 tersedar bahwa apa yang kita pegangi itu silap, salah

Walau ia mungkin tak keseluruhannya salah

Akan tetapi ia adalah sesuatu yang jika kita ubah ia membawa impak besar terhadap diri dan kehidupan

Hingga kita menjadi seseorang yang meragui keupayaan diri sendiri untuk berubah ke arah itu

Itupun jika kita menyedari dan memahami serta siap berubah

Bagaimana jika tidak mahu berubah kerana besarnya impak?

Atau kerana ketidaksanggupan kita untuk menghadapi kenyataan sendiri?

Dek kerana sedar betapa besarnya silap kita dahulu hingga terasa lemah bila hendak mengubah dan membetulkan keadaan sendiri

Kejutan itu membuat diri kita sekali lagi terhuyung hayang dengan kehidupan yang kita bawa selama ini

Perubahan pada paradigma dan apa yang kita percaya atau falsafah hidup

Jika benar2 kita menjalani perubahan itu sebagaimana kita jalani kehidupan kita terdahulu

Impaknya pada diri terlalu amat besar

Jahiliyyah itu hancur kerana Islam

Begitu sebaliknya, Islam pada diri akan melemah jika jahiliyyah menguasai diri

salah silapku sila betulkan
walLahu a'lam

Hidup dan tujuan

bismilLahirRahmanirRahim

Setiap orang ada tujuan masing2 dalam melakukan sesuatu perkara

Belajar, untuk apa?
Kerja untuk apa?

Semuanya ada sebab masing2

Ada yang mahu hidup senang sendiri, ada yang mahu tolong orang, ada yang mahu tegakkan deen, ada yang mahu itu dan mahu ini

Aku?

Setelah 25 blok aku lalui, macam2 perkara aku tempuh, tadi terfikir kembali tujuan aku terima course perubatan dibandingkan course engineering, atau political sciences, atau law atau pengajian Islam dan bahasa arab yang aku pernah tanda dalam borang UPU atau pernah disyorkan orang untuk ambil.

Tapi, still sampai sekarang aku merasakan aku tersilap satu perkara yaitu tidak cakna dengan diri sendiri dan keperluan diri.

Aku terfikir, dulu tujuan aku adalah untuk menolong orang dan juga memenuhi tuntutan fardhu kifayah bidang ini sebab dulu orang cakap bidang ini masih banyak yang perlu dilunaskan oleh umat Islam. Begitu juga dakwah, aku fikir bidang ini adalah bidang tatap muka paling mudah yaitu dengan pasien. Ruangan pasien boleh diisi bahan dakwah.

Tapi, tak dimungkiri, keinginan menolong orang jauh lebih besar dari perkara lainnya (tolong dalam soal kesihatan).

Tadi terfikir, motivasi hadir dari semangat yang jitu yang tidak putus. Dan semangat itu dapat terhasil dari tujuan yang jelas yang mana kita sanggup korbankan apa sahaja untuk mencapainya.

Akhirnya konklusi aku, bahwa tujuan menolong orang bukanlah tujuan yang tepat. Jika hari ini kita berfikir dengan menjadi doktor kita ingin menolong orang dan masyarakat untuk mendapat kesihatan yang lebih baik, kita silap. Kenapa? kerana setiap kerja kita sebenarnya adalah bertujuan memperhambakan diri kepada-Nya. Jadi walau apa pun kerja kita, jika kerja itu adalah untuk mencapai redha-Nya itulah yang sebaiknya.

Nilai tambahnya? Ya, pada apa yang kita bawakan melalui kerja itu. Sebagai muslim, kita adalah da'ie. Jadi kita bukan sekadar bekerja untuk dunia kita dan bukan sekadar untuk hambakan diri kepada-Nya, kenapa? Kerana sebagai makhluq, kita juga sebagai khalifah yang wajib atas kita untuk menjalani kehidupan di dunia sesuai sunnatulLah dan syariat-Nya dan wajib atas kita untuk mengusahakan agar semua tunduk pada sunnatulLah dan mengusahakan tertegak syariat dan kalimah Allah di muka bumi.

Dalam blok 26, fungsi doktor dalam masyarakat ada 5. Dari 5 perkara itu, semuanya boleh disatukan bawah payung kita sebagai khalifah.

Aku? masih cuba untuk tegakkan deen dalam diri. Dan masih keliru dengan perjalanan ini dan apa yang aku lakukan. Aku tahu apa perlu dicari tapi keliru bagaimana menjalani.
Tanpa deen dalam diri, kita mudah untuk futur, kalah kepada faktor luaran dan kelemahan jiwa dalaman sendiri.

Tujuan menjadi doktor bukan kerana manusia (menolong manusia), tapi menjadikan apa sahaja bidang yang kita lalui sebagai cara kita mengungkapkan syukur kita kepada-Nya. Bagaimana? Iaitulah dengan menjadi hamba yang mengikhlaskan niat hanya kerana-Nya, menjadi khalifah yang menjalankan sunnatulLah dan syariatulLah dan beramal jama'ie agar Islam benar2 menjadi rahmat yang memayungi seluruh alam.

Bina semangat bukan atas sebab manusia tapi atas sebab ketuhanan, rabbani. Insan rabbani, insan ulul albab.

Pernah dengar kata2 seperti semua agama sama atau tiada agama yang lebih baik dari yang lain atau Islam agama terbaik?
Bagi aku, tiada agama yang lebih baik antara satu sama lain kerana hanya ada satu agama yang benar. Tiada dua agama pada satu masa yang diterima Allah. Jadi, tiada yang lebih baik berbanding, bukannya bermaksud semua agama sama, tapi, bagi aku sebagai muslim, ia adalah kerana hanya Islam yang baik, lebih baik dan terbaik, tanpa adanya pembanding level baik buruknya, lebih dan kurangnya. Tiada istilah kristian lebih baik berbanding Islam dari sudut itu dan ini, atau yahudi benar dari sudut ini dan Islam kurang dari sudut itu. Tidaklah suatu agama kurang baik berbanding Islam tapi sebetulnya suatu agama selain Islam bukanlah agama yang benar, dan hanya Islamlah agama benar. Bagaimana dapat kita bandingkan antara hakikat dan kepalsuan? Sesuatu yang palsu tidak layak dibandingkan dengan yang sebenar. Kasut adidas palsu layakkah dibanding dengan kasut adidas original? Tiada kata yang original lebih baik berbanding yang palsu, kerana yang original pembandingnya adalah yang original juga. Jadi jika hendak dibandingkan kasut adidas original, perlu dibandingkan dengan kasut lain yang original juga. Begitu juga dengan Islam, perlulah dibandingkan dengan agama atau deen yang original juga. Dan kerana tiada tuhan lain selain Allah, dan Allah tidak menjadikan adanya agama lain selain Islam, maka bagaimana dapat kita bandingkan Islam dengan agama lain? Sedangkan tidak layak agama lain dibandingkan dengan Islam. 

p/s: Melihat langit, tiada kekaguman yang lebih hebat terhadap ciptaan-Nya dibandingkan dengan langit, angkasa dan apa yang ada padanya. Bulan dan matahari, dua kompenen berbeza tapi ada persamaan. Matahari dan bintang walau serupa dan ada persamaan tapi tidak semuanya sama.

Jun 4, 2012

Muzakarah? dr uthman el-muhammady

bismilLahirRahmanirRahim

Tiada kata lain selain setuju, huhu..



Setuju dengan 90% pandangan beliau. Tapi itulah, masalahnya sebab ada yang tak faham keluasan muzakarah dan kepentingannya, maka jadi konflik dan timbul isu.

Moga selesai cepat2, huhu

Ok, exam dah dekat, banyak lagi tak baca, adess..