Jun 18, 2012

Paradigma

bismilLahirRahmanirRahim

Kadangkala kita seolah antara dua

Tidak tahu hendak pilih arah mana

Namun kadangkala kita juga kerana hentakan kasar pada apa yang kita pegang selama ini

Akan tetapi kita secara tiba2 tersedar bahwa apa yang kita pegangi itu silap, salah

Walau ia mungkin tak keseluruhannya salah

Akan tetapi ia adalah sesuatu yang jika kita ubah ia membawa impak besar terhadap diri dan kehidupan

Hingga kita menjadi seseorang yang meragui keupayaan diri sendiri untuk berubah ke arah itu

Itupun jika kita menyedari dan memahami serta siap berubah

Bagaimana jika tidak mahu berubah kerana besarnya impak?

Atau kerana ketidaksanggupan kita untuk menghadapi kenyataan sendiri?

Dek kerana sedar betapa besarnya silap kita dahulu hingga terasa lemah bila hendak mengubah dan membetulkan keadaan sendiri

Kejutan itu membuat diri kita sekali lagi terhuyung hayang dengan kehidupan yang kita bawa selama ini

Perubahan pada paradigma dan apa yang kita percaya atau falsafah hidup

Jika benar2 kita menjalani perubahan itu sebagaimana kita jalani kehidupan kita terdahulu

Impaknya pada diri terlalu amat besar

Jahiliyyah itu hancur kerana Islam

Begitu sebaliknya, Islam pada diri akan melemah jika jahiliyyah menguasai diri

salah silapku sila betulkan
walLahu a'lam

No comments: