Aug 8, 2012

Universiti

BismilLahirRahmanirRahim

Aku tertanya-tanya apa itu sekolah, matrikulasi, kolej, universiti dan apa fungsi mereka?

Adakah fungsi mereka melahirkan robot? Atau melahirkan manusia berfikir?

Aku yakin fungsinya melahirkan manusia berakal.

Tapi adakah ia melahirkan manusia berjiwa? Yang punya ruh?

Tertanya-tanya. Jika tiada yang dinamakan Jam'iyyah, universiti, madrasah, sekolah, kolej, matrikulasi dll institusi pengajian atau alma mater secara khusus merujuk kepada institusi tertentu seperti sekarang, bagaimana tradisi keilmuan itu akan berjalan?

Ketergantungan vs keyakinan dan kepercayaan itu berbeza.

Aku mahu jadi manusia merdeka. Oleh itu aku memberontak terhadap dunia
Namun tiada siapa menyangka persepsi dan perspektif serta sistem kepercayaan dan keberanian itu yang perlu diperbetulkan, bukannya sistem. Kenapa? Kerana mengubah apa yang mampu diubah itu lebih utama dari membiarkan diri hanyut mengikut arus sistem yang tidak melihat kita.

Akhir kata. Manusia hebat bukanlah yang menentang sistem tetapi berani berdiri menegakkan apa yang pada persepsi, perspektif dan kepercayaannya katakan sebagai benar dan haq!

No comments: