Sep 24, 2012

Pengenalan Dunia Baru

BismilLahirRahmanirRahim

Dunia Baru? New World. Tadi dalam kelas, salah satu frasa yang jarang didengar adalah New World Blacks (pertama kali dengar sebenarnya). New World? Apa tu? Menurut kamus, ia bermaksud western hemisphere dan termasuk dalamnya Amerika. Dalam istilah politik ia merujuk kepada Amerika Selatan atau Amerika Utara. (mudah cerita, dunia Barat)

Sekarang bukan masanya membahaskan mengenai mereka punya New World, tapi kita punya New World. Bukan new sebenarnya, kita dulu telah pernah, dan kini pabila ia berulang, ia bukanlah sesuatu yang baru tetapi ia adalah memperbaharui atau dalam kata lain tajdid. Tajdid apa? Banyak perkara, antaranya:

-Soal dakwah dan haraki
-Soal siyasi dan muamalat
-Soal fiqhi
-Soal tauhid

Kenapa perlukan tajdid? Kerana kondisi ummah tidak dapat tidak, perlu disegarkan dan disedarkan kembali.

Bagaimana? Tarbiyyah!

Kuasa tarbiyyah membentuk minda haraki, jasad askari, jiwa sufi, darah jihadi, ruh Islami dan jamaah tanzimi.

Bergerak dalam jamaah.

Dakwah ini tidak perlukan orang2 tidur tetapi perlukan orang2 yang sentiasa jaga, umpama kata2 saidina Umar, "Jika aku tidur di siang hari, aku telah lengah terhadap amanah rakyat. Jika aku tidur di malam hari, aku telah lengah terhadap hubungan dengan Allah". Itulah minda da'ie, murabbi, mujaddid, muharrik atau apa sahaja istilah yang hendak digunapakai. Siapa yang lebih baik ungkapannya dari yang menyeru kepada Allah?

Bagi para penyeru, tiada yang lebih penting selain memelihara diri agar segala beban dan amanah dakwah yang terpikul, terlaksanakan. Kerana apa? Kerana dakwah bukan sekadar di masyarakat. Medan amal itu luas. Engkau bersendiri, lalu dalam kesendirianmu engkau memperkukuh kembali azammu, memasakkan kembali bahan2 dan tsaqafah haraki, itu adalah bahagian dari tugasan dakwah. Bagaimana tidak sedangkan untuk memperkasakan dan menjadikan dakwah itu lebih mapan dan berkesan, ia perlukan da'ie yang mapan juga. Mapan yang bagaimana? Ya, iaitulah yang tidak berbolak-balik hatinya setelah datang kepadanya kebenaran. Ia menanggalkan pakaian jahiliyyah dan memakai pakaian iman dan taqwa. Mandinya umpama membuang karat2 jahiliyyah di jasad.

p/s: tidaklah aku mengatakan manusia itu maksum sedangkan ia insan biasa bukan rasul. Namun dalam kekurangannya, ia tidak berterusan dan tidak tetap dalam kejahiliyahannya. Sayonara Jahiliyyah!! Aku masih perlukan sokongan!! Moga diri ini tetap thabat dan istiqamah =)

p/ss: Ucapan terbaik (41:33)
Janji Allah (24:55)

Salah silapku sila betulkan
walLahu a'lam


No comments: