Oct 24, 2012

Akal dan qalb

bismilLahirRahmanirRahim

tersimpan dalam draft, taknak simpan lagi lama, so aku post, huhu..

Apa kita tahu mengenai akal dan qalb
p/s: if tulisan Arab, kena eja betul2. kalb (k = kaf) dan qalb (q=Qof) itu membawa makna berbeza =)

adakah sekadar otak dan jantung?
p/s: jantung lepas ini akan guna perkataan hati sebagaimana yang kita biasa pakai

atau sekadar ilmu dan perasaan?

atau apa?

pada aku, ada aspek lain yang tak kurang pentingnya
apa?
 common sense?

bukan. bukan common sense. habis tu sixth sense?
tak juga

iaitulah ??
aku tak tahu apa term yang tepat untuk benda itu (orang kelantan kalau tak tahu, biasa sebut "mugo tu"=benda itu)

kenapa?
sebab aku lihat makin lama orang makin hilang benda itu
kesannya? hati mula jadi keras

bayangkan
seorang doktor melihat pesakitnya sebagai bahan ujian!!
seorang ayah melihat anaknya tidak lebih sekadar penuhi makan, pakai, tempat tinggal dan kehendak
apa lagi? masih banyak contoh-contoh lain yang tak perlu disebut satu persatu

p/s: contoh direct adalah kaedah penyampaian yang penting sebab ramai yang tahu tapi tak ramai yang nampak atau dapat aplikasi apa yang dia tahu kecuali setelah diberi contoh. Tapi terkadang orang tak dapat terima jika ayatnya direct sebab "makan dalam" kata orang. Padahal orang bagi ayat direct sebab sayangkan dia, taknak dia terus tersalah langkahnya setelah berkali-kali ayat kiasan atau pengetahuan umum diberi tanpa ayat direct tapi tak dapat difahami (atau buat-buat tak faham? dan kiaskan kiasan kepada perkara lain agar diri sendiri "tak terkena"). Di dunia ini bolehlah kot nak main ayat, di depan Allah nanti bagaimana agaknya?

hati itu jika tak dirawat dan dijaga
lama kelamaan ia menjadi keras
kesannya?
ya, tiada lagi apa yang dinamakan "benda itu"

apa nama untuk "benda itu"? entahlah aku pun tak tahu nak letak perkataan apa yang sesuai (masalah vocab, huhu)
hmm, fikirlah sendiri. Tapi "benda itu" itu menjadi hijab atau dinding antara hati ke hati dan antara makhluq dan Khaliq. Hijab yang bagaimana?
Ya, ia tak nampak dan tak mengerti hubungan hati dan hubungan makhluq-Khaliq
Ini bahaya!!
kenapa?
sendiri mahu fikirlah apa akan jadi bila antara hati tidak terhubung dan dengan Khaliq tidak terhubung

Solusi?
carilah sendiri, huhu
salah satunya doa!!
doa apa? minta dibukakan pintu hati, minta orang lain sayang kita, minta hidayah.
Jap, kepada siapa kita minta ini semua?
Kepada ALLAH yang Membolak balikkan hati, Yang Membuka pintu hati, Yang Memberi hidayah, Yang Menghubungkan hati-hati dan Yang Memberikan hati manusia perasaan berkasih sayang antara satu sama lain

salah silapku sila betulkan
walLahu a'lam

No comments: