Oct 24, 2012

Doktor

bismilLahirRahmanirRahim

Dah lama, tapi simpan sebagai draft, baru post, huhu..

Balik ke Kelantan sempena cuti raya dan sem haritu, aku gembira dan juga sedih. Banyak yang buat aku gembira dan banyak juga buat aku sedih, tapi aku nak sebut hanya satu yaitu perubahan kecil2an yang menjadi besar yang berlaku di Kelantan (aku lihat di KB dan Machang).

Kenapa sedih? Sebab tahun lepas aku balik, yang bertudung tetapi masalah soal baju dan seluar tak seramai tahun ini. Maksudnya? Ya, makin ramai. Bahkan lebih teruk pun ada. Kalau tahun lepas lengan panjang ketat, tahun ini lengan pendek bahkan ada yang tak bertudung pun. Aku tak tahu bagaimana perkara sebegini berlaku dan apa puncanya.

Aku makin nekad mahu jadi doktor zahir dan batin. Dan sebelum itu, tentunya aku terlebih dahulu perlu tahu apa, bila dan bagaimana nak atasi masalah zahir dan batin sendiri.

Jadi amat penting penggabungan ilmu kedoktoran dan ilmu dakwah dan tarbiyyah serta tazkiyytun nafs (tasauf) untuk capai tujuan ini.

Aku mahu jadi pendidik, mendidik diri sendiri, keluarga dan anak bangsa.

Jadi bagaimana? Moga Allah permudahkan segalanya.

Tak salahkan kalau ada more than 1 bidang pekerjaan? Harap kemahuan ini tidak mudah rapuh dan hilang.
Terima kasih dr Yosephine yang membezakan pekerjaan dan profesi, baru aku faham,huhu. Jadi profesi kita adalah abid, da'ie, khalifah, ulul albab. Pekerjaan kita? doktor dll
p/s: Lepas baca buku "Bagaimana Menyentuh Hati" aku rasa aku dah sia2kan teramat banyak peluang, huhu.
p/ss: Wajib ke atas tiap2 laki muslim yang nak menikah khatam bab haid, nifas, wiladah dan istihadhah (dll ilmu fardhu ain) sebab kewajipan suami jugalah fahamkan isteri mengenai fardhu ain

salah silapku sila betulkan
walLahu a'lam

No comments: