Apr 23, 2012

Draft

bismilLahirRahmanirRahim

Bila tengok list blog yang tak dipublish, terdetik, bila la agaknya aku nak post semua draft2 ni?

Tergantunglah..kalau rajin untuk edit aku edit. Rough idea is there..

Rasa mahu menulis buku..terbitan biro agama PKPMI-CJ? hmm..

Tema? Fiqh sosial, ikhtilat atau seumpamanya

Tajuk? entah..

Perlu disediakan satu garis panduan buat panduan bersama, bukankah itu tugas aku?

Oh, amatlah mencemburui IMAN Bandung !!

Akhirulkalam..masih berusaha memantapkan diri dengan ilmu

Sebagai persiapan dan persediaan menghadapi segala kemungkinan yang bakal timbul dalam kehidupan

Sebelum persoalan kehidupan itu memeningkan kita, bukankah lebih baik kita berusaha mencari jawapannya terlebih dahulu, kan?

Menyusahkan diri? Adalah sedikit, namun bukan mahu susahkan diri tapi berfikir, kelak pasti masalah2 atau persoalan2 sebegini akan ditemui juga, jadi tiada salahnya mencari jawapannya lebih awal, kan?

Ilmu..bukanlah hanya berkisar mengenai perubatan semata-mata. Ia luas. Mengapa sempitkan?

Keutamaan? Ya, pada perubatan. Namun ia bukanlah segalanya. Ilmu itu umpama lautan luas, tidak akan mampu kita merenggutnya hingga licin lautan itu. Maka apa yang dapat kita cedok, cedoklah sebelum kapal yang kita layari berpindah dari kawasan tersebut. Mungkin kelihatan airnya sama namun di setiap laut itu pasti ada sesuatu yang tiada pada tempat lain.

Persepsi, medical students hanya perlu fokus pada medic, aku rasa itu bukanlah alasan.

Baiklah berhenti menulis, mulai sambung kerja yang belum terselesaikan..Masih risaukan amanah ini..kelemahan ini..Hingga akhirnya bertimbun draft tak terpostkan..Idea banyak, namun masih tidak dapat disusun teratur. InsyaAllah bakal dipostkan kelak =) Doakan hilanglah segala keserabutan yang bermain di minda. Pelbagai isu pelbagai agenda. Moga dikurniakan taufik dan hidayah serta dimudahkan jalan =)
Doakan buat kita bersama..
Ummah perlukan doa sebagai sokongan kita. Rakyat Falestina, sunni Syiria (Suriah) serta umat Islam sunni seluruh dunia mengharapkan bantuan kita, maka adakah doa pun tidak mampu kita panjatkan buat mereka?
Amatlah rugi..Sungguh bukanlah (sifat) kalangan kami orang yang tidak peduli terhadap hal umat Islam lainnya (maksud hadis-HR Bukhari-sahih) kenapa? kerana umat Islam itu umpama satu tubuh (juga maksud hadis-sahih)..matannya? carilah sendiri..usahakan lebih sedikit untuk mencari matan2 hadis. Cari maklumat lain mampu, takkan matan dan makna hadis tidak mampu, kan? -tepuk dada tanya iman-

Akhirul kalam..ad-din itu nasihat..Maka sama2lah kita menegur sesama kerana sesungguhnya nasihat itu bermanfaat dan peringatan itu bermanfaat buat orang yang menginginkannya. Dan telah hancurlah umat yang meninggalkan amanah amar ma'ruf nahi munkar. Kita semua du'at, ayuh jalaninya..

Salah silapku sila betulkan
walLahu a'lam

p/s: bila agaknya draft2 akan selesai diedit dan akhirnya berjaya dipost?? hmm..nak kata sibuk hingga tak sempat tak jugak, cuma malas..