Apr 28, 2012

Lupa

bismilLahirRahmanirRahim

Antara perkara penting untuk berubah adalah uzlah. Oh, uzlah yang bagaimana dan kenapa?
Yaitulah uzlah dengan hijrah dari tempat yang suasana tidak membantu ke arah perubahan yang ingin kita capai ke tempat atau masyarakat dengan suasana yang dapat membantu kita ke arah perubahan itu. Uzlah juga dengan menjauhi perkara2 yang boleh mengganggu dan mengingatkan kita kepada kelakuan lama yang kita cuba ubah.

Tanpa dua hal ini, yaitu sokongan dan halangan, sukar untuk lakukan perubahan.

Kita cenderung untuk melupai perkara yang kita kurang fokus dan tidak nampak. Kenapa kita tidak fokus dalam solat, kenapa kita lalai dari mengingat Allah, kenapa kita tidak takutkan efek dosa dan balasan neraka?

Justeru, jika kita ingin melupakan sesuatu yang tidak penting untuk kita, maka salah satu langkah yang perlu dilakukan adalah menjauhi perkara tersebut dan segala perkara yang dapat menghampirkan kita kepada perkara tersebut. Ini adalah cara kita menghalang gangguan tadi dari mempengaruhi usaha perubahan kita.

Tapi hanya dengan menghalang itu tidak cukup. Kita perlukan sokongan. Bagaimana? Itulah dengan berjamaah dan beramal jama'ie. Bersama-sama membentuk suasana yang baik, yang memperkukuh perubahan yang kita ingin lakukan. Melalui sokongan itu kita dapat terus gagah dan bermotivasi.

Kerana kita manusia, makhluk sosial, kita juga perlukan manusia lain, sahabat2 untuk menyokong kita. Kekuatan rohani melalui hablumminalLah. Juga untuk membantu memperkukuh hablumminalLah ini, kita juga memerlukan sokongan suasana yang solehah. Berada dalam lingkungan yang memelihara solat malam akan menjadikan kita juga terdidik ke arah itu. Bukankah qiamullail adalah salah satu sumber memperkukuh hablumminalLah sekaligus membina kekuatan rohani?

Meninggalkan manusia untuk menghampiri rabb, bagi aku, perlu dilihat siapakah manusia yang kita tinggalkan itu.


p/s: kenapa perintah Allah ada yang diseru kepada orang seluruh manusia (contoh: sembah rabb yang menciptakan kita), ada kepada orang Islam, ada kepada orang beriman dan ada kepada orang bertaqwa. Kenapa? Sebab Allah Maha Mengetahui siapa dari kalangan hamba-Nya yang mampu. Orang beriman mampu lakukan pengorbanan yang lebih hebat dari orang islam yang bukan mu'min dan begitulah seterusnya.

p/ss: kekuatan TAWAKKAL kepada Allah berbeza mengikut kadar iman manusia. Oleh itu janganlah hairan mengapa Nabi sanggup berperang melawan tentera Quraisy Makkah dalam perang Badar walau kelihatan tidak seimbang. Keyakinan mereka kepada bantuan Allah tidaklah sama dengan kita.Maka perlulah kita meneliti kembali konsep tawakkal agar kita tidak salah memandang orang yang tawakkal dengan orang yang tidak cuba berusaha atas alasan yakin dengan bantuan Allah sedangkan itu hanya sekadar alasan.

salah silapku sila betulkan
walLahu a'lam