May 10, 2012

Complicated

BismilLahirRahmanirRahim

Merenung buku "Merenungi Diri". Baru renung dan tengok buku itu sudah mampu buat aku termenung panjang. Belek-belek halaman isi kandungan, renungan makin panjang.

Beralih ke laptop, letak headphone di kepala, lagu dimainkan. Termenung jauh dan dekat.

Amat sukar dijelaskan situasi sebegini.

Buka youtube, lagu dihentikan sementara.

Minda bergerak melayani maklumat dari pak cik youtube dan datuk google.

Perjalanan dan langkahan dimana hujungnya?

Belum kelihatan di mana hujungnya

Bak kata ahli tasauf, jika kamu tidak mampu, kembalilah ke pangkal jalan, berpautlah di batang yang kukuh. Jangan teruskan langkah kerana dibimbangi nanti hujung tak cecah, pangkal terlepas. Akhirnya? tersesat dalam perjalanan.

Jika terasa lemah dan layu, cepat-cepat kembali ke jalur asalmu, jangan biarkan diri terhanyutkan arus.

Langkah kaki terhenti. Minda kembali kepada buku "Kisah Nabi dan Rasul". Kisah Musa kembali di fikiran. Musa dan Harun.

Anjakan dan mengambil pelajaran. Nabi Muhammad sallalLahu 'alaihi wa sallam siyasahnya hebat. Jika Ibrahim musnahkan patung dengan tangannya sendiri, baginda bermula dari bawah melangkah ke depan akhirnya tumbanglah patung-patung berhala lambang kesyirikan di tangan para pemuda yang dahulu pernah suatu ketika berada dalam Jahiliyyah.

Jahiliyyah dimusnahkan oleh mereka sendiri.

Tarbiyyah melahirkan jundiyy pemusnah musuh nyata dan musuh tersembunyi. Rijal deen.

Kemampuan tidak terhad kepada fizikal semata. Lebih utama adalah bagaimana kita melaburkan dan meleburkan kemampuan tersebut demi Khaliq dan syariat?
Perjuangan, pahit di lidah, namun hasilnya buah kesihatan dan kebugaran diri dan ummah dari jahiliyyah moden. 

p/s: kekeliruan tidak akan hilang dan terjawab jika kita hanya berpangku tangan tidak menyinsing lengan =)

salah silapku sila betulkan
walLahu a'lam