May 28, 2012

Muzakarah?

bismilLahirRahmanirRahim

Sebelum lanjut, ada links menarik (from here tapi kena download lah), moga bermanfaat =) (sila kaji sendiri juga untuk lebih jelas, kot2 links ni silap? who knows?)
-interaksi dengan kajian ahli hadis moden
-benarkah imam Bukhari larang beramal dengan hadis dhaif?  (juga imam muslim, benarkah?)
-mengapa wujud hadis dhaif dalam karya imam hadis?
dan juga  (tak perlu download)
-should we reject weak hadith? (pt 1, pt 2)
-texts (1, 2, 3, 4, 5)  *ada juga perkara dalam texts tu yang aku tak setuju tapi tak perlulah aku bagitau part mana yang aku tak setuju tu*

Sebelum ini sering terfikir, muzakarah PAS dan UMNO tak berjaya kerana buku jingga dan kesepakatan PAS dalam PR. Tapi lepas fikir2 balik, baca kenyataan Ustaz Nik Abduh, fikiran dan pendirian aku juga turut berubah.

Kenapa? Cuba fikir, apa kebaikan kepada UMNO jika bermuzakarah dengan PAS?
Aku bukan apa, pemikiran mudah aku melihat bahwa jika UMNO dan PAS bermuzakarah untuk kebaikan umat Islam, untuk Melayu, itu bagus, amat bagus.

Tapi yang aku bimbang adalah, tidak tercapainya hasrat PAS yang mahukan UMNO mengubah cara fikir mereka. Bukan ubah polisi parti dan lain2 tapi ubah dari sudut praktikalnya, pengamalannya. Jika tiada jaminan dapat terjadinya perubahan sebegitu, maka bagaimana dapat diharapkan muzakarah yang memberi kebaikan kepada pimpinan dan parti UMNO? UMNO akan terus dalam pemikiran dan keadaan sekarang, yang berubah hanyalah mungkin pada penambaikan keadaan umat Islam.

Jika muzakarah itu tidak menjadikan kedua pihak lebih matang dalam melihat kondisi ummah dan keadaan ummah di seluruh dunia, pasti sukar hendak berjaya. Aku rasa iulah salah satu sebab kenapa TGNA letakkan syarat2 tertentu sebelum bermuzakarah dengan UMNO.

Apakah tuduhan PAS sebagai tunggangan DAP boleh diterima? Amat memalukan tuduhan sebegitu. Jika dipandang secara mudah, mereka telah merendahkan umat Islam melayu sendiri. Setelah itu nak bersama? Setelah dikatakan sebagai lemah dan sebagainya, masih mahu bekerjasama dengan orang lemah? Bagaimana dapat timbul kekuatana? Ok, fikiran aku jadi melencong kepada perkara lain pula (niat UMNO terhadap PAS dan niat PAS terhadap UMNO dalam hal muzakarah, padahal soal niat aku tak layak persoal, tapi kita menilai, berkata dan memutuskan berdasarkan zahir sesuatu perkara). Bagi aku, kerjasama PAS DAP buat masa sekarang penting untuk menjamin keadaan orang Melayu. Juga penting untuk saling memperkuat posisi masing2. Walau PAS mahu tumbangkan BN melalui PR, tapi aku rasa jika kekuatan PAS dalam PR masih belum mantap, PRU13 bukanlah masanya untuk ambil alih kerajaan. Kenapa? Salah satu syarat kerjasama politik Islam adalah bukan Islam mesti tunduk kepada pemerintahan Islam, walaupun mereka telah lama menetap di Malaysia dan komponen pimpinan PR. Tapi kerjasama politik Islam bukanlah perkara kecil dan sempit. Aku juga kurang mengerti sejauhmana kerjasama ini boleh berjalan sebelum ia wajib atau mesti dihentikan. Itu serah kepada pakar politik Islam, bukan untuk aku fikir, tapi untuk aku baca tulisan dan penulisan mereka (tak adakah yang menulis selain ketua pemuda PAS pusat dan presiden ISMA?).

Lagipula, aku yakin, MCA dan DAP keduanya pasti tidak setuju dengan langkah ini. Boleh dengar debat antara Lim Guan Eng dan presiden MCA (aku lupa nama dia, bekas Menteri Kesihatan tu). Aku jamin walau bagaimana yakin pun muzakarah dapat dilakukan, tapi tidak ada jaminan bangsa Cina tegar DAP dan MCA akan berdiam dalam hal ini. Seperti yang pernah aku cakap dulu (ntah post mana), parti Melayu mesti ada yang duduk sekali dalam kalangan parti Cina ni bagi mengekang mereka dari terus marak dengan tingkah mereka. Sistem perundangan dunia memakai sivil dan hak asasi manusia. Jika keadaan umat dan politik Islam seluruh dunia belum mapan, maka tak akan mampu menghalang kemaraan kesongsangan pemikiran penganut hak asasi manusia, PBB dan lain2 yang berpegang dengan fahaman itu yang mana mereka adalah dominan dalam dunia hari ini. Lihatlah Turki, bagaimana Erdogan membangunkan negaranya.

Masalah pemerintahan bukan hanya melihat kepada dalil syar'i, ia juga perlukan ijtihad berdasarkan keadaan semasa. Aku yakin dewan ulama PAS, pimpinan PAS dan majlis syuro PAS telah membahaskan perkara2 seumpama ini dan berkaitan dengannya semasak-masaknya.

Teringat kata2 TGNA, PAS akan bubar kalau UMNO sanggup ubah pendirian mereka dalam soal pemerintahan, politik agar tugas manusia sebagai khalifah di muka bumi dapat terlaksana baik.

Dulu aku fikir muzakarah PAS dan UMNO tanpa peleburan parti adalah perkara terbaik buat masa sekarang, tapi sekarang fikiran ini berubah, kerana apa? Boleh search dan baca sendiri pendirian pimpinan2 PAS seperti TGNA, TGHA, Us Nik Abduh, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Dan, hingga kini aku tidak tahu, adakah UMNO faham keadaan ini dan adakah ulama UMNO menyedari perkara sebegini? Tapi aku tetap menyokong pertemuan dan muzakarah antara ulama PAS dan ulama UMNO atas pertimbangan kedua pihak boleh duduk semeja dan saling memahami keadaan satu sama lain. Selain itu, muzakarah ulama antara aku lebih utama jika hendak dilihat dari sudut untuk kebaikan ummah. Mungkin sahaja ulama PAS ada yang berpandangan pengaruh ulama UMNO dalam UMNO kecil hingga tidak mampu membawa perubahan signifikan, tapi bagi aku, boleh2 sahaja untuk dicuba terlebih dahulu. Dan jika muzakarah antara ulama, bagi aku itu lebih aman dari kata2 keji mengeji terhadap kedua parti atas alasan yang menunjangi muzakarah dari kedua pihak adalah orang yang dihormati masyarakat yakni para asatizah dan ulama. Fitnah peleburan PAS dan UMNO sudah hilang punca dan pelbagai lagi juga dapat dikurangkan sebab yang bertemu bukanlah pimpinan parti, jadi keputusan muktamad tidak dapat diputuskan, namun persefahaman yang lebih baik antara golongan ulama dari kedua belah pihak dapat dicapai. Bagi aku, persefahaman antara ulama lebih dan utama dari penyatuan parti dan lain2 perkara berkait kedua parti secara langsung, buat masa sekarang.

Muzakarah ulama PAS atau TGNA sendiri dengan pimpinan UMNO aku rasa kurang sesuai buat masa sekarang selagi mana pimpinan UMNO belum dapat terima syarat TGNA. Itu pandangan peribadi sahaja.

Akhir kata, sekali lagi, aku setuju dengan muzakarah antara ulama UMNO dan PAS, namun kurang setuju muzakarah antara kepemimpinan UMNO dan PAS. (Atas pertimbangan, impak dan perspektif luar, kenapa? agar tidak timbul kesan buruk langsung)

p/s: sedih dengar debat PTPTN Rafizi "vs" KJ. Kenapa? Sebab lepas dengar, aku check2 jugalah beberapa perkara yang mereka sebutkan, betul atau tidak (statistik, audti, kewangan dan kira2 tu tak dapatlah aku tentukan mana betul mana salah), dan terkejutnya bila mendapati KJ ada membuat penipuan fakta dalam debatnya (penipuan apa? nak tau kenalah dengar dan teliti sendiri). Sebagai pelajar, aku rasa sedih sebab hampir diperbodohkan dengan penipuan fakta, huhu. 

salah silapku sila betulkan
walLahu a'lam