Jul 13, 2013

fitnah dan fitrah

bismilLahirRahmanirRahim

Apa guna berjawatan besar, bergaji besar tapi diri terbelenggu oleh kedua itu dari menyatakan kebenaran dan bersama dengannya?

Lupakah kita surah at-takathur dan hadis wahn?

Lupakah kita akhirat itu kekal, janji Allah itu pasti?

Lupakah kita hadis mengenai fitnah, rasululLah perintahkan kita jauhi fitnah dan tetap bersama jamaah yang boleh membantu kita selamat dari fitnah

Tinggalkan dunia kerana takut fitnah menimpa diri itu lebih baik dari terpalit dengan fitnah dan terkotori olehnya

Dan bersama masyarakat serta sabar dengan kerenah mereka adalah lebih baik dari bersendirian namun tidak sabar dengan masyarakat

Walau apa pun kondisi kita, tetaplah pelihara diri dari terjebak dalam fitnah dunia. Jika merasa akan terpalit oleh fitnah dunia maka cegahlah diri dari mendekatinya walau dunia terpaksa engkau gadaikan untuk sebuah iman.

Ingatlah pemuda al-Kahfi dimuliakan Allah
Kemuliaan dari siapa lagi kita inginkan selain dari kemuliaan yang Allah kurniakan?

Apakah kita mengejar kemuliaan dan hati manusia
Hingga terlupa atau pinggirkan sifat cemburu Allah?

astaghfirulLah

Manusia dicipta atas fitrah dan disuruh memelihara fitrah dan membantu memelihara fitrah itu
Dalam fitrah itu ada tauhid, dalam fitrah itu ada ta'abuddi, dalam fitrah itu ada taat

Sekali fitrah itu dicampak entah ke mana
Maka saat itu kita menghinakan diri menjadi sehina2 makhluq asfala safilin

Jangan dihinakan diri kita lantaran mahukan pujian manusia, mahu menjaga hati manusia
Jangan gadaikan prinsip kerana mahukan kekayaan dan jawatan sementara

Islam mengajarkan, tiada ketaatan dalam maksiat
Dan tiadak boleh memfitnah atau membuka pintu fitnah

Islam menggalakkan memelihara diri dan maruah
Jauhi mudarat baik menyebabkannya atau menjadi mangsanya

Sentiasalah berdoa agar Allah tetapkan iman, tetapkan atas dan bersama kebenaran
Sentiasalah berdoa agar terpelihara dari fitnah

Berapa ramai yang demi posisinya sanggup biarkan diri terfitnah oleh dunia dan posisi itu
Maka meninggalkan posisi itu lebih mulia

Keluarga juga berpotensi menjadi faktor fitnah
Maka peliharalah diri dan keluarga dari bahana fitnah dan ancaman azab neraka

Bukanlah jawatan itu yang dicari
Tapi memuliakan Islam dan dakwah itu yang kita inginkan kerana itulah sumber bekal

Bekal terbaik itu adalah taqwa
Bukan wang, bukan makanan dan lainnya

Islam tak akan dapat naik kecuali pendokongnya rela bekerja atau tinggalkan segalanya demi Islam
Tak akan berjaya kecuali jiwa seluruhnya diserahkan untuk Islam

Jika jawatan itu menjadi penghalang antara aku dengan jalan Islam yang lurus
Moga Allah memisahkan aku dari jawatan yang menghalang itu agar aku dapat terus bersama dengan jamaah Islam yang berada di jalan lurus

salah silapku sila betulkan
walLahu a'lam


No comments: