Nov 2, 2014

sains dan agama

ini bukan nak bicarakan bagaimana nak harmonikan antara sains dan agama menurut aqal, tapi sekadar nak luahkan apa yang bermain di minda hasil fikiran terhadap nas dan kalam ulama dengan sains

1) frekuensi bunyi: antara manusia, haiwan dan alam kubur
Dari Aisyah Radhiallahu ‘anha, ia berkata: Suatu ketika ada dua orang tua dari kalangan Yahudi di Madinah datang kepadaku. Mereka berdua berkata kepadaku bahwa orang yang sudah mati diadzab di dalam kubur mereka. Aku pun mengingkarinya dan tidak mempercayainya. Kemudian mereka berdua keluar. Lalu Nabi shallallahu’alaihi wa sallam datang menemuiku. Maka aku pun menceritakan apa yang dikatakan dua orang Yahudi tadi kepada beliau. Beliau lalu bersabda: ‘Mereka berdua benar, orang yang sudah mati akan diadzab dan semua binatang ternak dapat mendengar suara adzab tersebut’. Dan aku pun melihat beliau senantiasa berlindung dari adzab kubur setiap selesai shalat” (HR. Bukhari 6005)

2)  dua dunia: antara teori wormhole dan hari kebangkitan (qtafsir, eramuslim)
namun hubungan ini tidak kuat sebab dinyatakan dalam al-Qur'an bahwa di bumi baru tersebut (as-sahirah) gunung2 diratakan sehingga terlihat rata atau plain. Maka kemungkinan besar masih tetap di bumi sama tetapi diperbaharui oleh Allah setelah kejadian kiamat

3) patogen dan larangan agama
contoh larangan makan dalam bekas emas dan perak
Sesiapa minum dalam bekas perak sesungguhnya dia menuangkan dalam perutnya api Jahannam.
Direkod oleh Bukhari (no: 5311) dan Muslim (no: 2065).

juga kalam makna umum dari kalimah syaitan adalah sifat yang membawa keburukan. Sifat sebegini turut ada pada selain manusia dan jin (surah an-nas) termasuk kuman (microscopic pathogens) dan benda2 merosakkan seperti arak (dikategorikan khaba-is)


4)  dimensi alam: antara teori dimensi berbeza dan alam ghaib
perbezaan antara dimensi alam malakut dengan alam syahadah
termasuklah laju gerak malaikat yang dicipta dari nur
juga laju gerak jin yang dicipta dari api tanpa asap
juga laju manusia yang dicipta dari pelbagai unsur tanah
kepelbagaian unsur ini menimbulkan perbezaan2 fizikal

namun ini juga tidak cukup kuat untuk dipastikan kerana ia berkait perkara ghaib yang tidak boleh kita sabitkan kecuali dengan dalil naqli

namun, apa pun, prinsip penting agama tidak boleh kita pisahkan tiga unsur utama yaitu mentauhidkan dan mentaukidkan tauhidkan Allah, mempelajari dan memahami hukum hakam dan cara beramal, dan ketiga adalah prinsip akhlaq, adab, tafakkur dan hikmah beramal dan mematuhi hukum hakam syariat. Apa yang ditemukan sains, ia bersifat datang kemudian dari dalil naqli maka sewajarnya kita hanya menerima dalil aqli yang tidak mencanggahi dalil naqli (macam konsep teori dan law dalam kajian sains, law sifatnya tetap dan hanya berubah konteks seperti keumuman hukum gerak Newton (Newton laws of motion) dikhususkan dengan adanya hukum fizik quantum,  tetapi teori sifatnya masih diperdebatkan)

kalau ada yang lain yang aku terfikir, insyaAllah aku update~