Sep 5, 2015

Perkembangan berbahasa

sebelum ni, aku lupa post mana satu, aku pernah tulis pasal bagaimana manusia kembangkan bahasa berbagai2. Aku terlupa nak kait dengan agama, dan bila kait dengan agama maka terbatallah dan jelaslah salah pendapat aku sebelum ini (refer surah al-baqarah ayat 31 dan surah ar-rahman ayat 4)

isunya mudah, Allah ajar nabi adam semua benda yang diperlukan untuk kembangkan dunia ini termasuklah nama2 semua benda2 atas muka bumi dan seluruh bahasa2 pertuturan

bahasa2 pertuturan tersebut menjadi bahasa budaya kelompok tertentu apabila mereka berhijrah dan bergerak dalam kelompok masing2, dengan kta lain bagi memudahkan komunikasi maka mereka memilih hanya satu jenis bahasa percakapan sahaja. Bahasa tersebut berkembang kerana ada perkara2 baru yang sebelum ini belum mereka temukan atau beri nama kepadanya atau belum diajar oleh ibu bapa mereka sebelum mereka berhijrah ke berbagai tempat dek kerana benda tersebut tiada di tempat asal mereka

maka bolehlah dibuat kesimpulan mudah bahawa beberapa keturunan pertama nabi adam mampu berbahasa dengan semua bahasa yang ada, namun akhirnya mencukupkan diri dengan satu bahasa atau banyak2 bahasa yang digabungkan jadi satu bentuk bahasa baru seperti kita pada hari ini yang mana perkataan majlis dari bahasa arab tapi telah pun jadi sebagian bahasa melayu. Atau mereka dulu mungkin tiada istilah pemisahan bahasa namun perkataan yang mereka pilih itulah yang menjadi bahasa mereka

kanak2 pula dengan kemampuan belajar bahasa yang Allah kurniakan maka mereka mampu memahami bunyi2.

Bahkan haiwan pun, jika dibesarkan di kawasan berbeza, mereka akan adopt bahasa berbeza sesuai lokasi regional atau geografi mereka. Mungkin bukan semua haiwan tapi kajian menunjukkan beberapa haiwan seperti dolfin dan jerung ada bahasa kawasan masing2

SubhanalLah