Jan 22, 2019

Medicine - Bunyi Jantung

bismilLahirRahmanirRahim

just wanna post something yang berkaitan ngan medic. Pagi tadi selesai exam integrasi 1 blok kardiovaskular dan aku tahu, almost all questions aku blurr sebab aku baca dua subjek sahaja (IPD dan PA), so bahagian IKA, PK, bedah, gizi, bye2lah. Kalau dah gizi bye2, farmako apatah lagi!!

But still, just nak share berkenaan bunyi jantung. Bunyi jantung normal lubb-dubb tanpa murmur dan bunyi jantung tambahan. Dalam pemeriksaan fizik jantung, melalui pemeriksaan bunyi jantung jika didapat bunyi jantung abnormal maka pemeriksaan selanjutnya diperlukan. Apakah yang diperiksa saat pemeriksaan bunyi jantung? Pertama didengarkan adakah bunyi jantungnya normal atau tidak. Jika tidak, maka dikenalpasti adakah kelainan berupa murmur ataukah bunyi jantung tambahan. Jika murmur, dipastikan dahulu adakah systolic murmur ataukah diastolic murmur.

Sebelum lebih lanjut, ingat kembali fisiologi jantung. Saat sistolik, yang berlaku adalah ventrikel berkontraksi dan darah dipam keluar dari jantung melalui aorta dan arteri pulmonari. Maksudnya, saat sistolik, yang katup atau injap yang terbuka adalah injap aorta (semilunar valve divided into two: aortic valve and pulmonic valve) dan pulmonal. Saat ini yang menutup adalah injap atrioventricular (AV valves) iaitu injap mitral (jantung kiri) dan injap trikuspid (jantung kanan). Penutupan katup menghasilkan getaran meimbulkan bunyi jantung pertama yang biasanya lebih rendah nadanya. Setelah itu, darah dari vena kembali ke jantung. Saat ini injap AV terbuka dan injap semilunar pula tertutup. Fasa pengisian jantung ini dipanggil diastolik.

Maka bagaimana boleh timbul bunyi kelainan? Bunyi abnormal timbul kerana adanya masalah pada katup jantung, faktornya pelbagai. Baiklah, kembali kepada murmur. Apakah murmur? Murmur adalah kelainan bunyi jantung yang disebabkan oleh masalah pada bukaan dan penutupan katup. Jika masalahnya pada bukaan ia dikenal sebagai stenosis, dan jika disebabkan oleh gangguan penutupan maka itu adalah regurgitasi atau insufisiensi. Bagaimana mengenali kelainan2 ini menggunakan stetoskop? Baiklah, pertama harus diketahui beza bunyi jantung tambahan (BJ3,BJ4) dengan murmur. Setelah diketahui itu adalah murmur, maka dilihat adakah masalah pada sistolik ataupun diastolik. Pada masa sama diperhatikan bunyi yang terdengar di lokasi mana dan paling jelas dimana. Ada enam lokasi pemeriksaan bunyi jantung. Setelah diketahui di lokasi mana kelainan itu, maka barulah dikenalpasti apakah kemungkinan kelainan. Contohnya, jika bunyi kelainan adalah sistolik murmur di katup mitral, maka ingat kembali, sistolik adalah keadaan dimana katup dibawab (AV) menutup. Jika terjadi sistolik murmur di katup mitral maka jelas bahawa kelainannya adalah pada gangguan penutupan katup mitral. Gangguan penutupan, maka hampir pasti ia adalah regurgitasi katup mitral atau mitral insufficiency. Jika diastolik murmur pada katup mitral, maka kemungkinan gangguan pada saiz bukaan katup, yang mana mungkin disebabkan oleh stenosis. Apakah punca berlakunya masalah pada katup, oh itu perlukan perbincangan lain.

Selain masalah pada saiz bukaan dan kebocoran katup, masalah mungkin timbul kerana katup menutup tidak sekata hingga timbul bunyi jantung tambahan. Jika hanya satu pasangan yang tidak

Jan 21, 2019

Safi Men Dynamic White (1)

Bismillah

Kali ini nak sentuh mengenai Safi Men Dynamic White punya bahan2

Bahan-bahannya adalah (c&p dari eshop tesco)

  1. Water, 
  2. Sodium Cocoyl Isethionate, 
  3. Glycerin, 
  4. Potassium Cocoyl Glycinate, 
  5. Cocamidopropyl Betaine, 
  6. Acrylates Copolymer, 
  7. Glycol Distearate, 
  8. Cocamide Methyl MEA, 
  9. Polyethylene, 
  10. Citric Acid, 
  11. Menthol, 
  12. Sodium Hydroxide, 
  13. Polyquaternium-39, 
  14. PEG-14M, 
  15. Tetrasodium EDTA, 
  16. Opuntia Ficus-Indica (Cactus) Stem Extract, 
  17. 4-Butylresorcinol, 
  18. Fragrance, 
  19. Methylisothiazolinone
Post mengenai facial foam ini juga akan terbahagi kepada beberapa postingan

Men's Biore Acne & Oil Defense (1)

Bismillah

Dalam facial foam ini, seperti sabun atau pencuci lainnya, ada zat aktif, ada preservative, ada penstabil, ada pewangi dan zat tambahan (contoh: antibakteri untuk mengelakkan pertumbuhan kuman dalam facial foam itu sendiri)

Dalam postingan ini nak tulis pasal bahan2 yang ada dalam Men's Biore Acne&Oil Defense. Sumber rujukan? PubChem dan seumpamanya. Aku cuma nak tulis pasal bahan tersebut golongannya apa (eg: alcohol), kegunaannya apa (eg: penstabil), cara kerjanya (eg: pengaruhi enzim apa), dan kesan sampingan atau bahayanya (eg: alergi pada yang alergik) dan nota2 tambahan jika ada

Bahan2 yang diguna adalah:

  1. Water (aqua)
  2. Glycerin
  3. Sorbitol
  4. Myristic acid
  5. Stearic acid
  6. Behenic acid
  7. Palmitic acid
  8. Dipropylene Glycol
  9. Potassium Hydroxide
  10. Ethoxydiglycol
  11. Lauric Acid
  12. Kaolin
  13. Fragrance (parfum)
  14. Disodium EDTA
  15. Etidronic acid
  16. Polyquaternium-7
  17. Dipotassium Glycyrrhizate
  18. Menthol
  19. o-Cymen-5-ol
  20. Methylparaben
  21. Propylparaben
Post mengenai facial foam ini akan dilanjutkan kemudian, insyaallah. Selain facial foam ini, aku nak tulis juga pasal facial foam lainnya yang aku bercadang untuk guna iaitu Safi Men Dynamic White. 

Oh, btw, ada terjumpa satu post mengenai sunblock. Mudahnya ada 2 jenis iaitu untuk kulit sensitif dan berminyak serta kulit normal. Untuk kulit sensitif dan berminyak boleh guna yang zat aktifnya mineral sedangkan kulit normal lebih baik yang zat aktifnya kimiawi.