Jan 22, 2019

Medicine - Bunyi Jantung

bismilLahirRahmanirRahim

just wanna post something yang berkaitan ngan medic. Pagi tadi selesai exam integrasi 1 blok kardiovaskular dan aku tahu, almost all questions aku blurr sebab aku baca dua subjek sahaja (IPD dan PA), so bahagian IKA, PK, bedah, gizi, bye2lah. Kalau dah gizi bye2, farmako apatah lagi!!

But still, just nak share berkenaan bunyi jantung. Bunyi jantung normal lubb-dubb tanpa murmur dan bunyi jantung tambahan. Dalam pemeriksaan fizik jantung, melalui pemeriksaan bunyi jantung jika didapat bunyi jantung abnormal maka pemeriksaan selanjutnya diperlukan. Apakah yang diperiksa saat pemeriksaan bunyi jantung? Pertama didengarkan adakah bunyi jantungnya normal atau tidak. Jika tidak, maka dikenalpasti adakah kelainan berupa murmur ataukah bunyi jantung tambahan. Jika murmur, dipastikan dahulu adakah systolic murmur ataukah diastolic murmur.

Sebelum lebih lanjut, ingat kembali fisiologi jantung. Saat sistolik, yang berlaku adalah ventrikel berkontraksi dan darah dipam keluar dari jantung melalui aorta dan arteri pulmonari. Maksudnya, saat sistolik, yang katup atau injap yang terbuka adalah injap aorta (semilunar valve divided into two: aortic valve and pulmonic valve) dan pulmonal. Saat ini yang menutup adalah injap atrioventricular (AV valves) iaitu injap mitral (jantung kiri) dan injap trikuspid (jantung kanan). Penutupan katup menghasilkan getaran meimbulkan bunyi jantung pertama yang biasanya lebih rendah nadanya. Setelah itu, darah dari vena kembali ke jantung. Saat ini injap AV terbuka dan injap semilunar pula tertutup. Fasa pengisian jantung ini dipanggil diastolik.

Maka bagaimana boleh timbul bunyi kelainan? Bunyi abnormal timbul kerana adanya masalah pada katup jantung, faktornya pelbagai. Baiklah, kembali kepada murmur. Apakah murmur? Murmur adalah kelainan bunyi jantung yang disebabkan oleh masalah pada bukaan dan penutupan katup. Jika masalahnya pada bukaan ia dikenal sebagai stenosis, dan jika disebabkan oleh gangguan penutupan maka itu adalah regurgitasi atau insufisiensi. Bagaimana mengenali kelainan2 ini menggunakan stetoskop? Baiklah, pertama harus diketahui beza bunyi jantung tambahan (BJ3,BJ4) dengan murmur. Setelah diketahui itu adalah murmur, maka dilihat adakah masalah pada sistolik ataupun diastolik. Pada masa sama diperhatikan bunyi yang terdengar di lokasi mana dan paling jelas dimana. Ada enam lokasi pemeriksaan bunyi jantung. Setelah diketahui di lokasi mana kelainan itu, maka barulah dikenalpasti apakah kemungkinan kelainan. Contohnya, jika bunyi kelainan adalah sistolik murmur di katup mitral, maka ingat kembali, sistolik adalah keadaan dimana katup dibawab (AV) menutup. Jika terjadi sistolik murmur di katup mitral maka jelas bahawa kelainannya adalah pada gangguan penutupan katup mitral. Gangguan penutupan, maka hampir pasti ia adalah regurgitasi katup mitral atau mitral insufficiency. Jika diastolik murmur pada katup mitral, maka kemungkinan gangguan pada saiz bukaan katup, yang mana mungkin disebabkan oleh stenosis. Apakah punca berlakunya masalah pada katup, oh itu perlukan perbincangan lain.

Selain masalah pada saiz bukaan dan kebocoran katup, masalah mungkin timbul kerana katup menutup tidak sekata hingga timbul bunyi jantung tambahan. Jika hanya satu pasangan yang tidak

Jan 21, 2019

Safi Men Dynamic White (1)

Bismillah

Kali ini nak sentuh mengenai Safi Men Dynamic White punya bahan2

Bahan-bahannya adalah (c&p dari eshop tesco)

  1. Water, 
  2. Sodium Cocoyl Isethionate, 
  3. Glycerin, 
  4. Potassium Cocoyl Glycinate, 
  5. Cocamidopropyl Betaine, 
  6. Acrylates Copolymer, 
  7. Glycol Distearate, 
  8. Cocamide Methyl MEA, 
  9. Polyethylene, 
  10. Citric Acid, 
  11. Menthol, 
  12. Sodium Hydroxide, 
  13. Polyquaternium-39, 
  14. PEG-14M, 
  15. Tetrasodium EDTA, 
  16. Opuntia Ficus-Indica (Cactus) Stem Extract, 
  17. 4-Butylresorcinol, 
  18. Fragrance, 
  19. Methylisothiazolinone
Post mengenai facial foam ini juga akan terbahagi kepada beberapa postingan

Men's Biore Acne & Oil Defense (1)

Bismillah

Dalam facial foam ini, seperti sabun atau pencuci lainnya, ada zat aktif, ada preservative, ada penstabil, ada pewangi dan zat tambahan (contoh: antibakteri untuk mengelakkan pertumbuhan kuman dalam facial foam itu sendiri)

Dalam postingan ini nak tulis pasal bahan2 yang ada dalam Men's Biore Acne&Oil Defense. Sumber rujukan? PubChem dan seumpamanya. Aku cuma nak tulis pasal bahan tersebut golongannya apa (eg: alcohol), kegunaannya apa (eg: penstabil), cara kerjanya (eg: pengaruhi enzim apa), dan kesan sampingan atau bahayanya (eg: alergi pada yang alergik) dan nota2 tambahan jika ada

Bahan2 yang diguna adalah:

  1. Water (aqua)
  2. Glycerin
  3. Sorbitol
  4. Myristic acid
  5. Stearic acid
  6. Behenic acid
  7. Palmitic acid
  8. Dipropylene Glycol
  9. Potassium Hydroxide
  10. Ethoxydiglycol
  11. Lauric Acid
  12. Kaolin
  13. Fragrance (parfum)
  14. Disodium EDTA
  15. Etidronic acid
  16. Polyquaternium-7
  17. Dipotassium Glycyrrhizate
  18. Menthol
  19. o-Cymen-5-ol
  20. Methylparaben
  21. Propylparaben
Post mengenai facial foam ini akan dilanjutkan kemudian, insyaallah. Selain facial foam ini, aku nak tulis juga pasal facial foam lainnya yang aku bercadang untuk guna iaitu Safi Men Dynamic White. 

Oh, btw, ada terjumpa satu post mengenai sunblock. Mudahnya ada 2 jenis iaitu untuk kulit sensitif dan berminyak serta kulit normal. Untuk kulit sensitif dan berminyak boleh guna yang zat aktifnya mineral sedangkan kulit normal lebih baik yang zat aktifnya kimiawi. 

Feb 4, 2015

Di Mana Muslim yang Mengkaji Otak?

bismilLahirRahmanirRahim

bagi sesiapa yang mempelajari mengenai otak pasti akan kagum dengan hebatnya ciptaan Allah yang satu ini

satu organ yang sangat kecil tapi fungsinya begitu banyak dan pelbagai

sehingga hari ini masih banyak kajian2 dilakukan untuk mengetahui secara detail bagaimana ia bekerja

bila mengaitkan sinaps otak, brain plasticity dengan seruan2 untuk makan makanan yang tayyib, untuk bermasyarakat, saling berkenalan, membaca al-Qur'an dan berteman dengan orang baik. Kekaguman akan timbul bila melihat bahawa sinaps2 neuron ini dipengaruhi oleh kehidupan harian dan ia mempengaruhi bagaimana kita berfikir dan buat keputusan kemudiannya. Ia berkaitan, ia putaran yang tak berkesudahan dan berterusan hingga kita mati atau otak kita rosak (contoh: Alzheimer) hingga sinaps2 tadi tidak mampu berlaku secara sepatutnya.

Namun masih menjadi tanda tanya dalam diri bagaimana nak kait hubungan otak, fikir, aqal dan qalb dengan selamat untuk menjelaskannya kepada orang lain. Beza seorang muslim dengan bukan islam, seorang pelajar perubatan muslim dengan muslim bidang lain adalah seharusnya para pelajar muslim yang belajar perubatan mampu menjelaskan hubungan agama dengan ilmu perubatan yang dipelajarinya. Lebih tinggi nilainya jika mengkaji ayat2 al-Qur'an dan isi2 hadis yang berhubungan dengan ilmu perubatan, neurosains dan berkaitan untuk menjelaskan lagi kemukjizatan al-Qur'an, tanpa terlalu bergantung kepada hasil kajian bukan islam.

Baca buku sains dan islam (lupa tajuk tepatnya) membuat diri rasa nak buktikan sesuatu bila pengarangnya menceritakan rasa malunya dengan segelintir doktor muslim yang bentang kajian atau hasil kajian orang lain yang tidak begitu memberangsangkan dan tidak begitu bermutu. Ia menggambarkan profesional muslim tidak mampu buat kajian berdasarkan kenyataan dan ayat2 dari al-Qur'an dan hadis secara lebih mendalam dan akhirnya terpaksa ber"gantung" kepada kajian bukan islam baik dari timur atau barat

Moga researchers muslim mampu buat terobosan baru yang bakal menzahirkan deen ini dan kalam Allah dan rasul-Nya dalam dunia penyelidikan bidang kesihatan terutamanya (yang sedia ada dah banyak namun apa salahnya menambah khazanah kajian?)

Moga kelak aku mampu menjadi kalangan tersebut

dan langkah pertama untuk itu adalah memahami al-Qur'an dan hadis
mula bertatih dan biasakan diri baca tafsir2 kontemporari tapi belum ketemu mufassir yang mampu jelaskan dengan baik hubungan ayat2 tertentu (yang sifatnya saintifik menurut pandangan aku) dengan sains moden. Ini halangan pertama kerana aku tak tahu betul atau salah apa yang aku rasa itu, ini menimbulkan bimbang kerana ini berkait firman dan kalam Allah

moga aku tak tersesat oleh kerana rasa ingin tahu ini





Oct 7, 2014

Medicine - Fungsi Buah Pinggang

Ginjal adalah salah satu organ tubuh yang penting

Ginjal mempunyai beberapa fungsi penting antaranya:
  1. Memelihara keseimbangan air dan elektrolit
  2. Memelihara tekanan arteri
  3. Glukoneogenesis
  4. Memelihara keseimbangan asid dan basa (acid & base)
  5. Mengekskresi bahan toksik dan produk hasil metabolisme
  6. Berperan dalam eritropoesis
Fungsi ginjal dalam memelihara keseimbangan air dan elektrolit adalah melalui pengaturan sekresi dan reabsorbsi air dan elektrolit terutamanya natrium (Na+). Elektrolit lainnya yang turut diekskresi antaranya adalah magnesium, kalium, fosfat dan kalsium. Fungsi ini tergantung kepada sejauhmana kemampuan ginjal mengekskresi zat2 tersebut per minit. Dan ini penting diketahui kerana keseimbangan antara asupan atau pemasukan zat dan ekskresi zat harus dipertahankan supaya tidak terjadi kerosakan ginjal akibat bebanan kerja berlebihan yang berterusan yang terpaksa dilakukan oleh ginjal. 

Fungsi ginjal dalam memelihara tekanan arteri adalah melalui fungsi keseimbangan cairan dan elektrolit, juga melalui fungsi pelepasan hormon renin.

Keseimbangan asam basa (acid-base) dipertahankan secara bersama dengan fungsi paru melalui ekspirasi. Hidrogen disingkirkan melalui fungsi ginjal dan paru bagi mengelakkan asidosis dan dipertahankan bagi mengelakkan alkalosis. Pengaturannya sesuai keperluan fisiologi tubuh.

Bahan toksik dan produk hasil metabolisme turut diekskresi oleh ginjal, antaranya hasil metabolisme ubat2an, hasil metabolisme asam nukleik dan asam amino, hasil pemecahan sel darah merah (bilirubin). Fungsi ekskresi ini dipengaruhi keperluan tubuh terhadap bahan2 tersebut. Jika berlebihan, ia dibuang.

Ginjal juga berperan dalam eritropoeisis atau proses pembentukan sel eritrosit atau sel darah merah melalui penghasilan eritropoeitin. Eritropoetin adalah hormon yang mengawal eritropoesis.

Feb 22, 2014

Kalam Omar Kasule

copy pasted from omarkasule
ISLAMIC MEDICAL EDUCATION RESOURCES-04
0709-Towards a Motivated Medical Student
Presented to freshmen students of the Faculty of Medicine Indonesia Islamic University Yogyakarta, Indonesia on Friday 7th September 2007 by Professor Omar Hasan Kasule Sr. MB ChB (MUK), MPH (Harvard), DrPH (Harvard) Professor of Epidemiology and Islamic Medicine University of Brunei Darussalam and Visiting Professor of Epidemiology University of Malaya WEB: http://omarkasule.tripod.com

1.1 MOTIVATION TO CHOOSE A CAREER IN MEDICINE:
What motivates students to enter medical school will affect their commitment to practice of good medicine. Medicine is a vocation and success in it requires special aptitude and motivation. Two processes are going on. Schools and society form the character of the student and knowledge base pre-medical school. During medical school and after graduation, there are influences from the profession and from colleagues that affect the physician’s motivation. The motivating factors range from the idealistic to the pragmatic material rewards. It is difficult to undertake a valid survey research of the reasons for choosing a medical career. Many students will consciously or unconsciously talk about altruistic motivation. The real motivators may be prestige, status, family/peer pressure, and expectation of material rewards. Students are idealistic on entry into medical school. They talk about studying medicine to become physicians and serve the community. Towards the end of their education, many students talk about benefiting from their education to find a job, enjoy easy life and have a high social status.

1.2 MOTIVATION PRE-MEDICAL SCHOOL:
Choice of a medical career fulfils a communal obligation, fardh kifayat. In some cases it may be an individual obligation, fard ‘ayn, where there is no other physician in the community. Families and communities should encourage children to enter the medical profession where there is a shortage of medical manpower. Imaam al Shafie underlined the importance of medicine when he said: ‘I know of no discipline of knowledge after knowing the halaland the haram that is more noble than medicine. He regretted the monopoly of medicine by people of the book[i]when he said that that Muslims lost one third of all knowledge and left it to the Jews and Christians that Muslims lost one third of all knowledge and left it to the Jews and Christians. Students should be taught that study of medicine contributes to preparing the ummah’s strength, i’idaad al quwwat[ii] and restoring Muslim dignity[iii]

1.3 MOTIVATION DURING THE MEDICAL SCHOOL:
Including Islamic values in the medical curriculum will motivate students towards excellence. Including Islamic values in the curriculum inculcates in students the culture of service and putting the public good before personal interests.

1.4 MOTIVATION AFTER MEDICAL SCHOOL:
The following Islamic concepts are motivating for the physician: the search for excellence, ihsaan[iv] and bearing witness against other communities[v], good deeds, and fulfilling amanat This implies that this ummat must lead the destiny of humanity and its members must excel in work as befits leaders who must set the example for others. Good work, ‘amal salih, is the basis for all human endeavors by a Muslim.

1.5 FINANCIAL COMPENSATION
The physician working in a materialistic society is torn between contradictory forces of greed and service. Service should have the higher priority but the material rights and privileges of the physician should not be forgotten because he also wants to live a happy life. The prophet talked a lot about payment of the physician. The physician fee should be fixed and known in advance. The prophet paid the cupper who operated on him[vi]. The physician fee must be known in advance according to the general principle, idha istajarta ajiiran fa a’alimuhu ajrahu[vii]. It is a sin to fail to agree on a fee for service in advance, ‘uqubat man lam yufi al ajiir ajrahu[viii].

2.0 EARLY MUSLIM PHYSICIANS AS MODELS OF MOTIVATION
2.1 IMPORTANCE OF ROLE MODELS
The student should be taught about the Islamic heritage in medicine as a motivator for excellence. There are several good books about these physicians such as ‘Uyuun al anbau fi tabaqaat al atibba by Ibn Abi Usaibat in the 7thcentury of hijra. The model of the earlier physicians is inspiring to the young ones. They were encyclopedic and all-rounded in their knowledge. They would lead prayers in the mosque, go and research on medicine, and may be return to teach Qur’an. The main lesson for the young student is that the ancient Muslim physicians were able to excel while they maintained their Islamic identity. Islam is not incompatible with excellence in science or medicine. There are several accounts of achievements by early Muslim medicine written by Muslims and non-Muslims. The Muslims may overstate while the non-Muslims may understate and in-between lies the truth. Early Muslim physicians excelled in several medical fields.

2.2 PHYSICIANS OF THE 3rd CENTURY H
Abubakr Muhammad Bin Zakariyyah Al Razi (251-313H/865-923 CE), a Persian and a student of al Tabari, wrote more than 100 books the most famous being al Hawi al Kabir (in full ‘al Haawi fi Sina’at al Tibb) in 30 volumes. It was translated into Latin and reprinted many times in Europe. His other books were: al Mansuuri andTibb al Ruuh. He was interested in chemistry and is said to have prepared absolute alcohol from fermented sugar. He invented a scale for measuring specific gravity. He made detailed clinical observations. He described smallpox. He investigated women’s diseases, obstetrics, hereditary diseases, eye diseases, small pox, and measles. He discovered surgical sutures. He used anesthetics. He used ammonia to control diarrhea. He considered psychological factors in the treatment of disease. He was director of hospitals in Baghdad and his native land in Rayy.

2.3 PHYSICIANS OF THE 4th CENTURY
Al Shaikh al Rais Abu Ali Al Hussain Bin Abdillah Bin al Hassan Ibn Sina (370-428 H / 980 – 1037 N) wrote many books the most famous being al Qanuun fi al Tibb, a 14-volume encyclopedia on disease classification and causes, therapeutics, simple and compound medicines, hygiene, and functions of the body. The book was translated into Latin and had a major impact on western medicine being taught until the 18th century CE. Ibn Sina recognized that TB was contagious. He accurately described the symptoms of diabetes mellitus. He discovered ancylostoma. Besides medicine, Ibn Sina made contributions to science, mathematics, chemistry, and philosophy.

Abu Al Qasim Khalaf Bin Abbas Al Zahrawi (b. 912 N, d. 404 AH/1013 N) practiced medicine in Qurtuba in the reign of the Omayyad Khalifat Abdurahman the Third who ruled 912-961 N. His fields of interest were: surgery, pharmacology, and anatomy. He designed over 200 surgical instruments. His book Kitaab al tasriif liman 'Zajaza 'an Ta'liif  became a standard textbook of surgery. His other writings were Risala fi Tafdhil al ‘Asal ‘ala al Sukkar, Tadhkirat fi al Dawaa al Mushil [first medical encyclopedia in Andalusia], Maqala fi ‘ilal al Kula, Risalat fi al Baras, Kitaab al Iqtisad fi Islahi al Anfus wa al Jasad, Kitab al Aghdhiyat wa al Adwiyat, Kitaab al Jami fi al Ashribat wa ‘ilm al Ajinnat, Kitaab al Zina, Kitaab al Qaanuun al Muqtadab, Kitaab Mukhtasar Hilt al Bur li Jalinus. Al Zahrawi was an expert in cancer surgery and tooth extraction.

2.4 PHYSICIANS OF THE 5th CENTURY H
Ibn Zuhr produced 6 consecutive generations of famous physicians the most famous being Abu Marwan Abdu Al Malik Ibn Zuhr (b. 1091 or 1094 N d.487H / 1162 N), a contemporary of Ibn Rushd, who lived in Andalusia andMorocco. His main book was al Taysir whose full title is Kitaab al Taysiir fi al Mudaawat wa al Tadbiirtranslated into Latin and used in Europe.

2.5 6th CENTURY ONWARDS
Abu Al Waliid Muhammad Ibn Rushd (B. 1126 N d.  595 H / 1198 N) lived in Qurtuba in Andalusia. He was interested in philosophy and also practiced medicine medicine. He wrote a medical work called al Kulliyattranslated in Europe. He made the observation that smallpox infected only once.

Alau Al Ddiin Abu Al Hasan Bin Abu Al Hazim Al Qurashi Al Dimashqi Ibn Al Nafees (d. 686H / 1288 CE) was born in Syria but practiced in Cairo. He described blood circulation before William Harvey but this was not noticed in Europe. He authored sharh tashriih al qanuun in which he explained pulmonary circulation.


[i] (Al Suyuti)
[ii] (8:60)
[iii]  (5:54, 63:8)
[iv] (2:185, 3:134, 3:148, 4:40, 5:85, 6:160, 7:50, 10:26, 11:115, 13:22, 16:30, 16:90, 16:96-97, 16:128, 17:53, 22:37, 23:96, 27:89, 28:77, 29:69, 39:10, 41:34-35, 42:23, 51:15-19, 53:31-32, 55:60, 57:11, 57:18, 64:17)
[v] (2:143, 3:140, 4:69, 22:78, 39:69)
[vi] (Bukhari K34 B39)
[vii] (Nisai K35 B44, Zaid 654)
[viii] (Bukhari K37 B10, Ibn Majah K16 B4)

Oct 24, 2012

Persoalan mengenai perubatan

BismilLahirRahmanirRahim

Ada beberapa persoalan bermain di minda, tapi hampir terjawab kesemuanya (dah banyak kali timbul tapi setiap kali itu aku rujuk kembali site yang sama kot2 ada perubahan, huhu =)
Apa itu? 
Sebelum terlupa, persoalan2 ini jawapan2nya ada perbezaan pendapat di kalangan fuqaha', jadi jangan berbalah mengenainya, berlapang dadalah itu lebih baik =)

Ada yang tahu jawapan mengenai persoalan2 ini?
1: Penggunaan ubat yang mengandung benda haram adalah haram kecuali darurat, apa itu darurat dalam perubatan?..JUGA
2: apa hukum berubat? DAN  
3: jika tak wajib, adakah ada pengecualian?
4: jika ada, bagaimana nak tahu wajib atau tidak? JUGA 
5: apa pula hukum air kencing unta dan berubat dengannya?
  5.1: ada pendapat mengatakan tidak najis berdasarkan hadis Nabi sallalLahu 'alaihi wa sallam perintahkan 'Uraynin berubat menggunakan campuran air kencing dan susu unta, TAPI 
  5.2:ada yang mengatakan hadis di atas menunjukkan keharusan/bolehnya guna benda haram sebagai ubat jika darurat, so kesimpulannya?
6: Bagaimana pula dengan hadis berubat menggunakan sutera?
7: Apa hukum menjaga kesehatan?
p/s: mencegah tak sama dengan mengubati =)

Ada yang tahu? Kalau nak tahu kena cari sendiri sebab aku tak tahu bagaimana nak ringkaskan, huhu. Kalau dah dapat ringkaskan, nanti aku post,kot? (jangan sembunyi ilmu..)
Tapi yang aku boleh bagi jawapan direct (kesimpulan hasil bacaan) aku bagi, antaranya:
2) harus (ada perbezaan pandangan mengenai hukum berubat tapi aku cenderung kepada harus)
3) ada
4) risikonya (membahayakan nyawa/mendatangkan mudharat yang lebih besar atau tidak)

Apa2 hal pun, perubatan ini bagi aku tak boleh pandang sebelah mata sahaja. Lagipun apa yang kita panggil sebagai perubatan (ke pengubatan?) alternatif itu juga bagus, tak kisahlah perubatan tradisional Cina, akupunktur, tibb nabawi (aku tak tahu apa istilah untuk perubatan berdasarkan bekam, madu, habbatussauda' dll yang ada disebut dalam al-Qur'an dan hadis) dll lagi. Evidence-based medicine (EBM) bukan segalanya (kalau tak, tak adalah sebelum penelitian ilmiah mengenai khasiat madu, akupunktur dll wujud, ada yang guna, kan?) Tapi menjadi keharusan bagi kita melakukan penelitian2 sebab seluruh isi bumi ini untuk kita gunakan/manfaatkan seoptimum mungkin untuk kebaikan kita semua (khalifah di muka bumi) dan dekatkan diri kepada Allah (ulul albab?) (asalkan dalam batas syara' lah) Dan dengan adanya penelitian2 itu serta bukti2 ilmiah itu, ia dapat meningkatkan lagi izzah Islam dan kaum muslimin di mata bukan Islam (dakwah). 

salah silapku sila betulkan
walLahu a'lam

May 4, 2012

Kisah Musa dalam surah an-Nazi'at

bismilLahirRahmanirRahim

Kehidupan sebagai mahasiswa tak boleh lari dari buku. Namun kadangkala terasa muak (err, sebenarnya malas) juga kalau setiap masa dok baca buku atau buka website berkaitan medic sahaja (padahal tak pernah atau amat jarang sekali..bosan tu alasan sahaja).
Sekarang blok hematologi dan onkologi, blok yang bagi aku, okla sebab aku suka patologi klinik (suka lab, teori kurang..just like mikrobiologi). Besok skill lab bedah dasar, aku belum tidur lagi, padahal esok ujiannya jam 7.30.  Kang tak tersedar bagaimana? Okeh, sebelum tidur terasa nak post sumthing dari koleksi draft (pastinya setelah dicut-pasted beberapa bahagian dimasukkan ke blog lain..(sebab takut ada yang anggap ia offensive as it related with ulama terkenal Syeikh Said Ramadhan al-Bouty.
 Baiklah, berbalik kepada bosan. So, bila dah macam tu, kecenderungan pasti berubah, kan? Kecenderungan lebih kepada politik tanah air dan tafsir dalam 2-3 minggu terakhir ini. Hmm, terasa mahu share something yang dibaca, mengenai kisah Musa 'alaihissalam dalam surah an-Nazi'at.

Surah an-Nazi'at adalah surah Makkiyyah. Seperti surah2 lain dalam juzuk 'amma ini, surah ini turut menekankan prinsip aqidah dengan fokus kepada yaumul qiamah (dalam surah ini disebut thommah al-kubra).


Dalam surah ini ada kisah mengenai Musa 'alaihissalam yang diperintahkan mendatangi Firaun yang melampaui batas dan tirani (tagha = transgress or tyrant) untuk mengajaknya bertaubat. Dalam syafwatuttafasir disebutkan bahwa Musa 'alaihissalam berbicara dengan lembut terhadap Firaun yang mana hal ini senada dengan ayat 44 surah Thaha (20:44). Pertanyaan yang ditanyakan adakah mahu menyucikan diri? Musa menawarkan untuk menunjukinya ke jalan lurus agar timbul dalam hatinya kelak rasa kehambaan dan takut terhadap Allah. Musa bahkan menunjukkan mukjizat (ayat al-kubra) berupa tongkat dan tangan yang bercahaya (7:106-108) Namun Firaun membantah malah menyatakan bahwa dialah rabb al-a'la. Dalam tafsir ibn kathir dan syafwatuttafasir, menurut riwayat dari Ibn Abbas dan Mujahid, disebutkan bahwa Allah memberi masa 40 tahun kepada Firaun setelah ucapannya yang pertama bahwa dialah Ilah (28: 38). Namun Firaun membantah dan membangkang, lantas Allah menyeksanya dan hal tersebut menjadi pengajaran bagi ummat terkemudian.

Dalam tafsir Fi Zilal (ebook) disebutkan, "Neither tyranny nor transgression should be allowed to take place or be left unchecked. They lead to corruption and to what displeases God. So God [limitless is He in His glory] selects one of His noble servants and charges him with the task of trying to put an end to them. The
instructions given to this noble servant require him to go to a tyrant in an attempt to turn him away from his erring ways, so that he has no excuse should God decide to exact His retribution." 

Membaca kisah Mesir, Firaun dan nabi Musa 'alaihissalam mengingatkan aku mengenai Syria, Bashar al-Assad, Syeikh Said Ramadhan al-Buty dan Yusuf al-Qaradhawi. Berita mengenai ada tentera yang memaksa orang menyebut tiada tuhan selain bashar al-asad walau tidak diketahui kesahihannya namun ia tetap menjadikan aku teringat..


p/s: Awal2 surah berkaitan malaikat pencabut nyawa (walau ada khilaf sebab ada mufassirin yang tafsirkan sebagai bintang tapi bukan itu isunya) dan sangkakala. Aku suka pendekatan Syed Qutb dalam tafsir Fi Zilal di mana beliau tidak berlarut-larut dalam membahaskan perbezaan pandangan mengenai tafsiran ayat tapi lebih mengarah ke aspek bahasa yang menekankan dan menggambarkan betapa besar ancaman dari Allah berupa ingatan bahwa malaikat itu taat, sangkakala itu pasti dan kebenaran kebangkitan.  Tak terdaya rasanya nak tulis di sini bagaimana Syed Qutb gambarkan mengenai ayat2 tersebut, paling2 pun mungkin boleh copy paste dari ebook. Tapi rasanya lebih baik baca sendiri dalam tafsir Fi Zilal.

p/ss: Teringat mengenai virus2, ada yang mengatakan ia bermula sebagai bentuk azab dari Allah kepada orang2 tertentu yang sangat zalim dan dari mereka virus2 itu merebak. Contohnya tentera bergajah Abrahah yang dimusnahkan dengan hijarah min sijjil, ada yang mengatakan itu hanyalah jenis benda dan boleh jadi ia suatu virus yang memusnahkan hingga jadilah mereka, disebabkan virus2 itu, umpama daun dimakan ulat,  dan begitu juga kaum Nabi2 terdahulu, apa yang al-Qur'an gambarkan terjadi kepada mereka dilihat dari sudut gejala klinis infeksi virus yang fatal (contoh: umpama mendengar teriakan keras dll). Mereka mendasarkan keadaan umat2 itu dengan kesan virus itu jika menyerang dalam jumlah yang masif. Sejauh mana kebenarannya, itu aku tak tahu. Untuk tahu kenalah periksa dan kaji sendiri..

salah silapku sila betulkan
walLahu a'lam

Apr 30, 2012

Salah tafsir ayat

 bismilLahirRahmanirRahim

Ada beberapa ayat al-Qur'an yang dulu aku salah tanggap dan salah faham. Tapi lepas dengar ceramah us Azhar Idrus (kredit tu Fahmi goldensand) dan rujuk beberapa tafsir dan disebut kembali oleh us Abdullah Bukhari dalam sesi pembentangan dan soal jawab (refer konvensyen fiqh 2012). Nak kongsikan juga di sini:

1) Surah ar-rahman ayat mengenai manusia dan jin tak akan mampu menembus langit kecuali dengan kuasa dan dengan izin Allah, us Abdullah Bukhari sebut, Maurice Buccaille silap dalam mentafsirkan ayat itu kerana jika dilihat dari sudut konteks ayat, ayat tersebut menceritakan mengenai suasana di padang mahsyar kelak di mana tiada manusia yang dapat keluar (gaya bahasa perli) dari situ. Penjelasan boleh dilihat dalam kitab2 tafsir terkenal atau yang simple (contoh: syafwatuttafasir). Namun berdasarkan keumuman pengajaran ayat, boleh2 sahaja dilihat konteks ayat itu sebagaimana yang disebut oleh Maurice Buccaille namun keutamaan adalah pada konteks asal namun jika ada pertentangan maka yang diutamakan adalah menurut konteksnya.

2) Satu lagi mengenai ayat Allah tak ubah nasib sesuatu kaum kecuali mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka, sepertimana disebut dalam tafsir Ibn Kathir, diingatkan oleh us Azhar Idrus dan ditegaskan lagi oleh us Abdullah Bukhari bahwa konteks itu merujuk kepada perubahan dari positif kepada negatif. Ustaz Abdullah Bukhari beri perang uhud sebagai contoh untuk ayat tersebut. Namun dalam sesi soal jawab, beliau menyatakan bahwa pengajaran ayat perlu dilihat dari sudut umum bukan kerana suatu sebab yang khusus, jadi dapat diguna untuk keadaan lain yang sesuai dengan ayat itu, namun hendaklah diutamakan tafsiran yang sesuai dengan konteks ayat atau yang paling hampir dengan kehendak Allah (dikaji oleh mufassirin). Contoh, mengenai larangan mencampakkan diri ke dalam kecelakaan, konteks ayat adalah berkaitan sifat bakhil dari infaqkan harta untuk jalan Allah  namun boleh dilihat dari sudut umum pengajaran ayat yaitu tidak boleh mencelakakan diri dengan merokok dll. Begitu juga ayat perubahan positif ke negatif tadi. Kaedah ini menampakkan mengenai keluasan dan bagaimana al-Qur'an berinteraksi dengan manusia.

Mengenai sains yang ada dalam al-Qur'an dan hadis antara yang boleh dirujuk adalah dr Danial (us Zahazan sarankan), buku2 dr Zakir Naik dan dr Zaghloul. Namun sebagaimana ditegaskan oleh para mufassirin, walaupun fakta sains bertentangan dengan al-Qur'an, maka kewajipan kita adalah mengikuti petunjuk al-Qur'an kerana kemukjizatan al-Qur'an tidaklah tergantung kepada fakta sains semasa (ilmu sains adalah ilmu aqal, ilmu aqal adatnya dapat berubah), selain itu, kita beriman kepada Allah maka menjadi kewajipan kita untuk meyakini kalam Allah berbanding kalam manusia. (Bezakan tafsiran ayat oleh ulama' dengan ayat muhkamat yang difahami umum. Contoh dalam hal ini adalah, dulu ada kalangan ulama yang mengatakan hujan turun dari langit kerana mereka melihat perkataan sama' sebagai langit, tapi kini kita tahu hujan bukan turun dari langit tapi dari awan, justeru perkataan sama' dilihat dari konteks lain dan dari kefahaman orang Arab yaitu segala sesuatu yang berada di atas kita disebut dengan sama'. Ini tidak bererti kita menjadikan sains lebih utama dari al-Qur'an sebaliknya itulah kemukjizatan al-Qur'an, dan manusia lemah kerana tidak mampu mentafsir atau melihat makna kata sama', namun kini semua sepakat mengenai definisi sama' tersebut) --> al-Qur'an adalah book of Signs bukan book of sciences <--

p/s: dalam al-Qur'an lebih banyak ayat muhkamat (ayat yang jelas) berbanding yang mutasyabihat, justeru utamakanlah ambil pengajaran dari ayat2 muhkamat. Yang mutasyabihat perlulah rujuk ulama tafsir dan kitab2 tafsir.

p/ss: Hikmah dan khazanah dari al-Qur'an itu luas, takkan habis dicedok manfaat darinya. Namun janganlah sampai lupa kepada matlamat asal, al-Qur'an sebagai kitab yang berisi amaran dan berita gembira dan untuk kita jadikan panduan dan asas menjalani hidup ini (manual hidup), bukan sekadar untuk digali ilmu darinya tapi untuk diamalkan apa yang ada didalamnya. Ingatan buat diri =)

salah silapku sila betulkan
walLahu a'lam

Apr 29, 2012

Professionalisme

bismilLahirRahmanirRahim

Bila berbicara soal profesion dan kepemimpinan, bagi aku ada beberapa ayat al-Qur'an yang penting yang dapat kita jadikan renungan, yaitu 2:247; 3:159-161; 12:55;28:26

Aku merujuk penjelasan dari tafsir Ibn Kathir (versi ebook dan qtafsir) dan mana2 kuliah yang ada menyentuh berkaitan ayat2 tersebut

Apa perkara penting dari ayat2 tersebut:
1) Kuat fizik
2) Musyawarah
3) 'Azam
4) Tawakkal
5) Jujur
6) Lemah lembut
7) Pemaaf
8) Doakan mereka
9) Yakin dengan pertolongan Allah
10) Imani hari akhirat (tanggungjawab dan amanah akan dipersoalkan kelak)
11) Memelihara amanah (hafiz)
12) Berilmu (pakar dalam bidang atau pengkhususan tersebut)
13) Kuat (mampu menjalankan amanah dengan bertanggungjawab dan mempunyai keilmuan dalam bidang itu)
14) Amanah dalam melaksanakan tugasan (tidak curi tulang dll)

Berdasarkan rujukan2 itu, maka dapatlah disimpulkan beberapa perkara:
1) Sebaik-baik orang yang dipilih adalah yang pakar
2) Amanah adalah ciri wajib ada bagi seseorang yang dikurniakan apa2 jawatan sekalipun
3) Berdasarkan konsep qawiyy dan amin ini, maka dapatlah disimpulkan bahwa Saidina Usman tidaklah mengamalkan kronisme
4) Setiap ada keputusan besar yang ingin diputuskan, maka dianjurkan bermusyawarah dengan ahli ra'yi yakni orang yang terpercaya dan berpengetahuan. RasululLah pernah bersabda mengenai Abu Bakar dan Umar, "Aku tidak akan berbeza dengan kalian bila kalian bersama dalam musyawarah". Bukanlah bererti Nabi bias atau berat sebelah atau bagaimana, namun Nabi yakin akan kemampuan nalar dua orang sahabatnya itu. Selain itu Umar dan Abu Bakar dikenal wazir Nabi dan pimpinan ummat
5) Makna kata azam dalam 3:159 membawa erti meminta pendapat dari ahli ra'yi dan mengikuti pendapat mereka. Kenapa? Bukanlah menidakkan kemampuan orang lain, namun jika mereka yang lebih tahu dalam isu tersebut, maka merekalah sumber rujukan. Dari sini dapat kita lihat betapa besarnya peranan umat Islam yang pakar dalam sesuatu bidang untuk dikedepankan keilmuannya.
6) Qawiyy sebagaimana dijelaskan oleh mufassirin dan ditegaskan lagi oleh ustaz Zaharuddin melalui ceramah beliau, bukanlah orang yang kuat fiziknya sahaja, sebaliknya orang yang berkemampuan memikul amanah yang diberi. Hal ini selari dengan kisah Abu Zar al-Ghifari radhialLahu 'anhu yang ditolak permintaan jawatannya oleh baginda Nabi. Dan atas nasihat Nabi, beliau menolak sebarang tawaran jawatan setelah kewafatan Nabi sallalLahu 'alaihi wa sallam. Namun meminta jawatan tidaklah salah jika kita mampu berdasarkan kisah Yusuf 'alaihissalam dalam QS 12:55 yang meminta jawatan. Bukanlah ini bererti menyelisihi hadis Nabi agar tidak meminta jawatan namun perlu dilihat konteksnya. Bahkan Nabi Allah Sulaiman 'alaihissalam meminta kerajaan yang tidak dianugerahkan kepada siapa pun selainnya baik sebelum, atau setelahnya lalu Allah memperkenankan permintaannya dan memberikan kekuasaan yang luas kepada Sulaiman 'alaihissalam meliputi ifrit dan syaitan.
7)

p/s: menarik profesional unggul menurut al-Qur'an

Feb 7, 2012

Jadilah Manusia Bermanfaat - versi hadis lengkap

bismilLahirRahmanirRahim

Ilmu jika tidak dimanfaatkan dan diamal/dipraktikkan maka apakah gunanya?
Jadilah insan bermanfaat.
Dengan mempelajari ilmu kedoktoran dan memanfaatkannya di jalan yang betul insyaAllah akan ada kebaikan yang banyak yang dapat kita peroleh. Namun peliharalah niat. Ikhlaskan niat kerana Allah. Fastabiqul khairat. (Jadikan setiap amal kita sebagai saham akhirat =)
Usahalah untuk memberi kerana tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang dibawah namun ingat juga,  tidak dapat memberi melainkan orang yang punya sesuatu untuk memberi. Jadi apa yang kita mampu beri? Usahalah semampu mungkin untuk mampu memberi semampu mungkin. Optimumkan fungsi dan potensi diri

"Barangsiapa yang meringankan bagi seorang mu'min satu kesusahan di dunia niscaya Allah akan meringankan kesusahannya pada hari kiamat, barangsiapa yang mempermudah kesulitan orang sedang kesulitan niscaya Allah akan mempermudah kesulitannya di dunia dan akhirat, dan barangsiapa yang menutup aib seorang muslim niscaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat, dan Allah akan selalu membantu seorang hamba selama hamba tersebut membantu saudaranya"
(Petikan hadis ke-36 hadis Arbain Imam Nawawi (1))
(1)Diriwayatkan oleh Muslim (2699), Abu Daud (3643 dan 4946), at-Tirmizi (1425, 2646, 2945), Ibnu Majah (225), Ahmad (2/252, 296)
p/s: hadis dan tahqiq didapat dari terjemah Syarah Hadis Arbain Imam Nawawi Ta'liq oleh Syeikh Uthaymeen, terjemahan oleh Ahmad S Marzuqi, terbitan Media Hidayah

Bekerjalah untuk memudahkan orang lain, jangan susahkan. Dalam muamalat mahupun dakwah kita dituntut untuk memudahkan urusan manusia lainnya selagi urusan itu bukanlah urusan yang bertentangan dengan syariat.


Diriwayatkan dari Jabir berkata,”Rasulullah saw bersabda,’Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.”
(HR. Thabrani dan Daruquthni)
source: eramuslim

Jadilah manusia yang bermanfaat. Tingkatkan potensi dan fungsi diri untuk menjadi insan yang bermanfaat buat manusia lain. Selain bidang kedoktoran, tidak salah kita mencuba bidang lain juga demi menambah nilai tambah dan fungsi manfaat kepada orang lain.



Dari Abu Hurairah radhialLahu 'anhu, ia berkata rasululLah sallalLahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Setiap persendian seseorang harus dikeluarkan sedekahnya setiap hari mulai matahari terbit. Memisahkan (menyelesaikan perkara) antara dua orang (yang berselisih) adalah sedekah. Menolong seseorang naik ke atas kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah. Berkata yang baik juga termasuk sedekah. Begitu pula setiap langkah berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah. Serta menyingkirkan suatu rintangan dari jalan adalah sedekah"

(Hadis Arbain li imam Nawawi no 26 (2))
source tambahan: rumaysho 
(2) Diriwayatkan oleh Bukhari (2707, 2891, 2989), Muslim (1009), Ahmad (2/316, 328, 329, 350), al-Baihaqi (4/187), al-Baghawi (1645) dan disahihkan oleh Ibnu Hibban (al-Ihsan 3381)

Dalam hadis lain menyatakan dua rakaat (HR Abu Daud, Ahmad dan At-Thahawi - disahihkan oleh Ibnu Hibban) sunat dhuha mencukupi untuk hari itu. Alangkah besarnya ganjaran solat dhuha.
(dalam hadis qudsi empat rakaat yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Ahmad, ad-Darimi - disahihkan oleh Ibnu Hibban. Juga terdapat dalam riwayat at-Tirmizi dan Ahmad yang disahihkan oleh al-Albani)

p/s:  hadis dan tahqiq didapat dari terjemah Syarah Hadis Arbain Imam Nawawi Ta'liq oleh Syeikh Uthaymeen, terjemahan oleh Ahmad S Marzuqi, terbitan Media Hidayah


 Alangkah mudahnya sedekah itu. Setiap perbuatan baik adalah sedekah. Jika kelak kita bekerja sebagai doktor, cabang kebajikan itu terbuka luas untuk kita gunakan. Cuma adakah kita akan benar2 menggunakan profesi untuk kebajikan dan sedekah atau tidak, itu kembali kepada niat masing2.

-------------------------------------------------------------------------------------------------


Dalam banyak keadaan kita merasa diri begitu lemah dan serba kekurangan. Janganlah merasa lemah kerana kita adalah yang terbaik jika kita beriman dan tiada yang kekal di dunia ini (ali imran ayat 139-141) (asy-syarh) sebaliknya teruslah berusaha dan bekerja

dan sungguhpun jika kita merasa lemah, janganlah kita terperangkap tipu daya syaitan hingga menghina diri sendiri (penciptaan) sedangkan hal ini adalah dilarang sebagaimana dalam hadis2 berikut:


Dari Aisyah radhialLahu anha bahwa rasululLah sallalLahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Janganlah seorang di antara kalian berkata "sungguh jelek diriku (penciptaan)", tapi katakanlah "sungguh hina diriku (sifat)"
(Adabul Mufrad no. 802 (3))
(3)Hadis sahih diriwayatkan oleh al-Bukhari (5825), Muslim dalam bab Adab (16), Abu Daud no 4978, Ibnu Hibban (13/31), Tibrizi dalam al-Misykat (4765)

Dari Ayah Abu Umamah radhialLahu 'anhu katanya bahwa rasululLah sallalLahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Jangan seseorang di antara kalian berkata "sungguh jelek diriku" tapi katakanlah "sungguh hina diriku".
(Adabul Mufrad no 803 (4))
(4) Hadis sahih diriwayatkan oleh Muslim dalam bab Adab (17), Abu Daud (4978), dan Tibrizi (4795)
p/s: status hadis dari terjemahan adabul mufrad (sudah ditahqiq) terbitan pustaka al-kautsar - terjemahan oleh Moh Suri Sudahri

link ini no 809,810


Dari ‘Aisyah r.a. berkata: Rasulullah saw bersabda, “Jika mengantuk salah seorang dari kamu dalam mengerjakan shalat hendaklah ia tidur sehingga hilang rasa kantuknya. Sesungguhnya jika seseorang mengerjakan shalat dengan mengantuk, jangan-jangan ia akan membaca istighfar lalu mengigau mengumpat dirinya sendiri.”
(HR Bukhari dan Muslim)
source: abizakii nombor 48

Jika dalam keadaan sedang solat pun kita dituntut berhenti dan berehat agar tidak tersalah doa, apatah lagi dalam keadaan luar solat, lebih2 lagi kita perlu perhati apa yang kita ucap dalam doa kita. Sebaiknya, jika doa ma'thur ada dan bersesuaian dengan doa yang kita ingin pinta, maka bacalah doa ma'thur, itu lebih baik.


p/s: Jangan pernah berputus asa dari rahmat Allah. Tawakkallah hanya kepada Allah kerana hanya Dia lah pelindung satu2nya.
p/ss: Iman yazid wa yanqis tapi try our best to not let our guard down
p/sss: Jadilah insan yang berbakti dan janganlah merasa lemah kerana kita adalah sebaik-baik makhluq (al-bayyinah ayat 7) dan sebaik-baik manusia (ali imran ayat 110) jika kita beriman, bertaqwa, berbuat kebajikan dan beramal soleh serta melakukan amar ma'ruf nahi munkar. Justeru islah nafsak wad'u ghairak!!
--------------------------------------------------------------------------------------

WalLahu a'lam
Salah silapku sila betulkan

Jadi Manusia Bermanfaat

bismilLahirRahmanirRahim

Ilmu jika tidak dimanfaatkan dan diamal/dipraktikkan maka apakah gunanya?
Jadilah insan bermanfaat.
Dengan mempelajari ilmu kedoktoran dan memanfaatkannya di jalan yang betul insyaAllah akan ada kebaikan yang banyak yang dapat kita peroleh. Namun peliharalah niat. Ikhlaskan niat kerana Allah. Fastabiqul khairat. (Jadikan setiap amal kita sebagai saham akhirat =)
Usahalah untuk memberi kerana tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang dibawah namun ingat juga,  tidak dapat memberi melainkan orang yang punya sesuatu untuk memberi. Jadi apa yang kita mampu beri? Usahalah semampu mungkin untuk mampu memberi semampu mungkin. Optimumkan fungsi dan potensi diri.


"Barangsiapa yang meringankan bagi seorang mu'min satu kesusahan di dunia niscaya Allah akan meringankan kesusahannya pada hari kiamat, barangsiapa yang mempermudah kesulitan orang sedang kesulitan niscaya Allah akan mempermudah kesulitannya di dunia dan akhirat, dan barangsiapa yang menutup aib seorang muslim niscaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat, dan Allah akan selalu membantu seorang hamba selama hamba tersebut membantu saudaranya"
(Petikan hadis ke-36 hadis Arbain li Imam Nawawi - sahih)

Bekerjalah dan mudahkan untuk orang lain, jangan susahkan. Dalam muamalat mahupun dakwah kita dituntut untuk memudahkan urusan manusia lainnya selagi urusan itu bukanlah urusan yang bertentangan dengan syariat.


Diriwayatkan dari Jabir berkata,”Rasulullah saw bersabda,’Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.”
(HR. Thabrani dan Daruquthni)
source: eramuslim

Jadilah manusia yang bermanfaat. Tingkatkan potensi dan fungsi diri untuk menjadi insan yang bermanfaat buat manusia lain. Selain bidang kedoktoran, tidak salah kita mencuba bidang lain juga demi menambah nilai tambah dan fungsi manfaat kepada orang lain.



Dari Abu Hurairah radhialLahu 'anhu, ia berkata rasululLah sallalLahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Setiap persendian seseorang harus dikeluarkan sedekahnya setiap hari mulai matahari terbit. Memisahkan (menyelesaikan perkara) antara dua orang (yang berselisih) adalah sedekah. Menolong seseorang naik ke atas kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah. Berkata yang baik juga termasuk sedekah. Begitu pula setiap langkah berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah. Serta menyingkirkan suatu rintangan dari jalan adalah sedekah"

(Hadis Arbain li imam Nawawi no 26 - sahih)
source tambahan: rumaysho

 Alangkah mudahnya sedekah itu. Setiap perbuatan baik adalah sedekah. Jika kelak kita bekerja sebagai doktor, cabang kebajikan itu terbuka luas untuk kita gunakan. Cuma adakah kita akan benar2 menggunakan profesi untuk kebajikan dan sedekah atau tidak, itu kembali kepada niat masing2.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Dalam banyak keadaan kita merasa diri begitu lemah dan serba kekurangan. Janganlah merasa lemah kerana kita adalah yang terbaik jika kita beriman dan tiada yang kekal di dunia ini (ali imran ayat 139-141) (asy-syarh) sebaliknya teruslah berusaha dan bekerja
dan sungguhpun jika kita merasa lemah, janganlah kita terperangkap tipu daya syaitan hingga menghina diri sendiri (penciptaan) sedangkan hal ini adalah dilarang sebagaimana dalam hadis2 berikut:

Dari Aisyah radhialLahu anha bahwa rasululLah sallalLahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Janganlah seorang di antara kalian berkata "sungguh jelek diriku (penciptaan)", tapi katakanlah "sungguh hina diriku (sifat)"
(Adabul Mufrad no. 802 - sahih)

Dari Ayah Abu Umamah radhialLahu 'anhu katanya bahwa rasululLah sallalLahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Jangan seseorang di antara kalian berkata "sungguh jelek diriku" tapi katakanlah "sungguh hina diriku".
(Adabul Mufrad no 803 - sahih)
link ini no 809,810


Dari ‘Aisyah r.a. berkata: Rasulullah saw bersabda, “Jika mengantuk salah seorang dari kamu dalam mengerjakan shalat hendaklah ia tidur sehingga hilang rasa kantuknya. Sesungguhnya jika seseorang mengerjakan shalat dengan mengantuk, jangan-jangan ia akan membaca istighfar lalu mengigau mengumpat dirinya sendiri.”
(HR Bukhari dan Muslim)
source: abizakii nombor 48

Jika dalam keadaan sedang solat pun kita dituntut berhenti dan berehat agar tidak termengeji, termengutuk diri sendiri, apatah lagi dalam keadaan luar solat, lebih2 lagi kita perlu perhati apa yang kita ucap dalam doa kita. Sebaiknya, jika doa ma'thur ada dan bersesuaian dengan doa yang kita ingin pinta, maka bacalah doa ma'thur, itu lebih baik.



p/s: Jangan pernah berputus asa dari rahmat Allah. Tawakkallah hanya kepada Allah kerana hanya Dia lah pelindung satu2nya.
p/ss: Iman yazid wa yanqis tapi try our best to not let our guard down
p/sss: Jadilah insan yang berbakti dan janganlah merasa lemah kerana kita adalah sebaik-baik makhluq (al-bayyinah ayat 7) dan sebaik-baik manusia (ali imran ayat 110) jika kita beriman, bertaqwa, berbuat kebajikan dan beramal soleh serta melakukan amar ma'ruf nahi munkar. Justeru islah nafsak wad'u ghairak!!--------------------------------------------------------------------------------------

WalLahu a'lam
Salah silapku sila betulkan

Aug 22, 2011

Perubatan Islam (1) - Manhaj

bismilLahirRahmanirRahim

tanggal 21 ogos 2011, aku ikuti satu daurah bermula kurang lebih jam 9.30 pg selesai jam 12.00 tenghari. AlhamdulilLah, perkongsian yang bermanfaat dari abg Naseem.

Daurah dimulai dengan penjelasan perbezaan manhaj dan fiqh kemudian perbezaan definisi manhaj perubatan Islam atau tibb nabawi dengan manhaj Islam dalam perubatan.
Manhaj cakupannya lebih luas berbanding fiqh kerana boleh menyangkut soal aqidah, etika dan akhlaq.
Manakala manhaj Islam dalam perubatan definisinya lebih luas berbanding manhaj perubatan Islam. Manhaj Islam dalam perubatan adalah menjadikan Islam sebagai asas dalam perubatan (boleh juga difahami sebagai perspektif Islam terhadap perubatan). Manhaj perubatan Islam pula lebih menjurus kepada ayat2 al-Qur'an dan hadis nabi berkaitan perubatan dan ayat shifa' serta kaedah syifa' seperti bekam, madu lebah dan ayat-ayat al-Qur'an.

Dijelaskan juga tibb nabawi adalah apa2 yang nabi ucapkan atau lakukan berkaitan penyebaran, penyembuhan dan perawatan penyakit. Juga hal2 yang dipandang sama ada ia bersifat umum atau khusus seperti habbatussauda', bekam, kurma ajwa' dan lain-lain. Habbatussauda' disebutkan dalam hadis sebagai penawar segala penyakit, maka difahami disini memang benar ia penawar segala penyakit ATAU penawar segala penyakit yang ada di jazirah Arab ketika itu atau paling tidak penyakit yang nabi ketahui.

Untuk lebih detail, dijelaskan juga tiga pandangan ulama terhadap hadis berkaitan perubatan:
pertama (majoriti ulama) - samakan level hadis dengan al-Qur'an yaitu menerima semua hadis berkaitannya dan difahami secara zahir (lafaz)
kedua (Ibn Khaldun dan al-Qadhi fudhail bin Iyadh) - mengambil makna hadis dan tidak fokuskan kepada lafaz hadis dalam hal2 bersifat objektif seperti hal2 berkaitan peubatan, politik dan lain2 kerana bersandarkan hadis2 tertentu seperti pertanyaan sahabat "adakah ini pendapatmu atau perintah wahyu?" dan sabda rasul berkaitan penanaman kurma "kamu lebih tahu urusan duniamu" dan lain2 yang menunjukkan ada saatnya baginda rasul berbicara berdasarkan pandangan baginda sendiri.
ketiga - mengambil jalan tengah antara keduanya yaitu merincikan hadis2 berkaitan perubatan

Setelah itu didatangkan pemaknaan perubatan berdasarkan definisi medik dengan tambahan yaitu perubatan adalah mesti berbasis bukti (evidence-base medicine) dan setiap yang menyembuhkan adalah penyembuhan dengan menafikan dan mengecualikan hal2 berkaitan syirik (tangkal dll), khurafat (tiada sumber baik qauliyah atau kauniyah), sihir dan bid'ah (perubatan yang dikaitkan dengan nuansa keIslaman tanpa dalil yang sahih seperti memakan kurma sebelum solat dengan bacaan tertentu dalam bahasa arab).
Untuk ini ditekankan bahwa ada dua pendirian kita terhadap ayat2 qauliyah dan kauniyah dipandang dari sudut tuntutan dan konsekuensinya. Untuk lebih mudah faham, begini:



1) Tuntutan qauliyah, konsekuensi kauniyah - contohnya bacaan al-fatihah untuk menyembuhkan penyakit
2) Tuntutan kauniyah konsekuensi qauliyah - contohnya kurma ajwa' dapat mengelakkan sihir
3) Tuntutan qauliyah konsekuensi qauliyah - contohnya ayat suci al-Qur'an untuk halau jin
4) Tuntutan kauniyah konsekuensi kauniyah - contohnya madu lebah dan bekam

Dijelaskan juga aqidah atau pegangan kita dalam soal perubatan, yaitu:
-Meyakini setiap penyakit ada penawarnya kecuali maut, maka kita perlu berusaha mencari penawarnya (hadis)
-Penyakit, kesedihan jika dihadapi dengan sabar maka diganjari maghfirah (hadis)
-Doa sebagai usaha syifa' (kisah nabi Ayyub alaihissalam)
-Ada penyakit yang disebabkan oleh syaitah (2:275) contohnya darah istihadhah dan sakit anggota badan
-Tawakkal kepada Allah (kita hanya berusaha, hasil pada Allah)
-Rendah hati terhadap kekuasaan Allah (Allah yang datangkan penyakit dan Dia juga berikan penawar, mungkin ubat yang kita bagi tidak sesuai dos tapi dengan kuasa Allah dapat menyembuhkan)

Seterusnya peranan syariat terhadap perubatan
-Syariat memberi info alam ghaib dalam menentukan tindakan perubatan (bila kehidupan bermula dll)
-Menetapkan batasan tindakan (seperti persentuhan berlainan jantina, pil KB dll)
-Menetapkan priority (solat jumaat atau tindakan operasi sedangkan tindakan operasi boleh ditangguh)
-Memberikan pedoman sunnah dalam amalan harian (eg:cara solat)

Untuk ini juga perlukan kepada kaedah2 fiqh seperti:
-Maqasid Syariah seperti dijelaskan oleh asy-Syatibi dan perlu disandarkan kepada susunannya (din, nyawa, akal, maruah dan keturunan, harta) jika ada dua atau lebih maqasid yang terlibat secara jelas dan bukan zhonni
-dharurat mengizinkan yang haram
-dharurat diambil sekadarnya
-memilih yang lebih ringan mudharatnya berbanding dua mudharat yang jelas
-yang harus menjadi haram jika keharusan itu membawa kepada perkara haram
-mengelakkan mudharat diutamakan dari mendatangkan manfaat (dilihat pada rationya)

Kemudian peranan perubatan terhadap syariat
-Menetapkan tindakan yang memberikan mudharat (kerana membawa kemudharatan itu haram maka perlu diketahui apa yang membawa kepada mudharat untuk dihindari)
-Forensik untuk menegakkan keadilan (hukum ta'zhir) [abg naseem tak pasti dalam urusan qisas bagaimana]
-Melengkapi definisi syariat (eg: mati, istihadhah, usia janin dll)
-Menyarankan hal2 yang memudahkan penyelesaian syariat (pil tahan haid untuk tunaikan haji, ubat untuk inkontinensia urin dll)

Seterusnya dikemukakan beberapa soalan untuk dijawab dalam sesi berkongsi pendapat
-Pemberian kondom dan jarum suntik kepada penagih dadah dan pelacur untuk menghindari AIDS : tidak boleh kerana dalam hal ini, walaupun AIDS boleh menyebabkan kematian (susunan maqasid, nyawa diutamakan) namun terkena AIDS itu bersifat zhonni sehingga hal yang jelas (menjaga maruah dan nasab) mengatasi yang zhonni
-Aborsi wanita yang diperkosa : tidak boleh kerana ia membunuh nyawa, walaupun berdasarkan statistik anak yang lahir itu akan depresi dan secara jelas (berdasarkan statistik)  ramai yang bunuh diri hingga tidak dipandang bunuh diri atau depresi anak itu sekadar zhonni sebaliknya jelas dan diyakini, namun hal ini menyangkut pandangan keluarga dan masyarakat, maka menjadi tuntutan kepada masyarakat untuk mengubah perspektif dan memelihara anak hasil perkosaan . Selain itu, dikuatkan juga dengan kisah dizaman nabi sallalLahu alaihi wa sallam, ada wanita yang diperkosa dan tidak diaborsi sebaliknya para sahabat berebut untuk menjaganya kerana dipandang sebagai anak yatim
-Menyelamatkan nyawa pemurtad, boleh atau tidak? : Boleh kerana tidak tahu ke depan dia akan terima hidayah atau tidak. (aku teringat kisah nabi di thaif)
-Mengubati pasien lipoma di tangan yang tiada duit : Jika melibatkan nyawa maka wajib. Jika tidak dirawat lipoma itu tidak membahayakan pasien, maka terserah.
-Mana yang diutamakan, pasien muslim atau kafir? : Lihat tingkat keparahan, bukan agama

Akhir sekali ada diberi beberapa hal berkaitan fiqh
1) konsep maradh tidak sama dengan penyakit dalam perubatan, maradh disebabkan adanya rasa sakit atau tidak enak badan walau tiada penyakit tertentu (macam orang tua yang kurang sihat) sedangkan penyakit tidak semestinya rasa sakit (contoh: penyakit2 asimptomatik)
2) Aborsi kriminalis dibenarkan jika usia janin <40 hari, khilaf jika <4bulan dan adalah dilarang jika >4bulan. Namun perlu dilihat kepada keperluannya juga, tak boleh sesuka hati nak gugur atau aborsi janin
3) Transplantasi jantung babi disamakan dengan puasa. Makan ketika puasa batalkan puasa tapi suntikan yang tidak bermaksud memberi nutrisi tidak membatalkan puasa, begitu juga babi, yang diharamkan adalah pada memakannya bukan pada selainnya maka transplantasi jantung babi dibolehkan (ingat, illatnya nutrisi so kalaupun tidak makan seperti suntikan protein babi, itu tetap dilarang)
p/s:persoalan najis tertolak kerana nyawa diutamakan (mudharat menghalalkan yang haram namun diambil sekadarnya) dan najis didalam tubuh tidak menghalang sahnya solat dll ibadah (ingat najis di usus besar,rektum dan urin di pundi kencing)


correct me if i'm wrong
jangan malu bertanya if ada keraguan (mungkin penulis silap)
walLahu a'lam