Apr 30, 2012

Salah tafsir ayat

 bismilLahirRahmanirRahim

Ada beberapa ayat al-Qur'an yang dulu aku salah tanggap dan salah faham. Tapi lepas dengar ceramah us Azhar Idrus (kredit tu Fahmi goldensand) dan rujuk beberapa tafsir dan disebut kembali oleh us Abdullah Bukhari dalam sesi pembentangan dan soal jawab (refer konvensyen fiqh 2012). Nak kongsikan juga di sini:

1) Surah ar-rahman ayat mengenai manusia dan jin tak akan mampu menembus langit kecuali dengan kuasa dan dengan izin Allah, us Abdullah Bukhari sebut, Maurice Buccaille silap dalam mentafsirkan ayat itu kerana jika dilihat dari sudut konteks ayat, ayat tersebut menceritakan mengenai suasana di padang mahsyar kelak di mana tiada manusia yang dapat keluar (gaya bahasa perli) dari situ. Penjelasan boleh dilihat dalam kitab2 tafsir terkenal atau yang simple (contoh: syafwatuttafasir). Namun berdasarkan keumuman pengajaran ayat, boleh2 sahaja dilihat konteks ayat itu sebagaimana yang disebut oleh Maurice Buccaille namun keutamaan adalah pada konteks asal namun jika ada pertentangan maka yang diutamakan adalah menurut konteksnya.

2) Satu lagi mengenai ayat Allah tak ubah nasib sesuatu kaum kecuali mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka, sepertimana disebut dalam tafsir Ibn Kathir, diingatkan oleh us Azhar Idrus dan ditegaskan lagi oleh us Abdullah Bukhari bahwa konteks itu merujuk kepada perubahan dari positif kepada negatif. Ustaz Abdullah Bukhari beri perang uhud sebagai contoh untuk ayat tersebut. Namun dalam sesi soal jawab, beliau menyatakan bahwa pengajaran ayat perlu dilihat dari sudut umum bukan kerana suatu sebab yang khusus, jadi dapat diguna untuk keadaan lain yang sesuai dengan ayat itu, namun hendaklah diutamakan tafsiran yang sesuai dengan konteks ayat atau yang paling hampir dengan kehendak Allah (dikaji oleh mufassirin). Contoh, mengenai larangan mencampakkan diri ke dalam kecelakaan, konteks ayat adalah berkaitan sifat bakhil dari infaqkan harta untuk jalan Allah  namun boleh dilihat dari sudut umum pengajaran ayat yaitu tidak boleh mencelakakan diri dengan merokok dll. Begitu juga ayat perubahan positif ke negatif tadi. Kaedah ini menampakkan mengenai keluasan dan bagaimana al-Qur'an berinteraksi dengan manusia.

Mengenai sains yang ada dalam al-Qur'an dan hadis antara yang boleh dirujuk adalah dr Danial (us Zahazan sarankan), buku2 dr Zakir Naik dan dr Zaghloul. Namun sebagaimana ditegaskan oleh para mufassirin, walaupun fakta sains bertentangan dengan al-Qur'an, maka kewajipan kita adalah mengikuti petunjuk al-Qur'an kerana kemukjizatan al-Qur'an tidaklah tergantung kepada fakta sains semasa (ilmu sains adalah ilmu aqal, ilmu aqal adatnya dapat berubah), selain itu, kita beriman kepada Allah maka menjadi kewajipan kita untuk meyakini kalam Allah berbanding kalam manusia. (Bezakan tafsiran ayat oleh ulama' dengan ayat muhkamat yang difahami umum. Contoh dalam hal ini adalah, dulu ada kalangan ulama yang mengatakan hujan turun dari langit kerana mereka melihat perkataan sama' sebagai langit, tapi kini kita tahu hujan bukan turun dari langit tapi dari awan, justeru perkataan sama' dilihat dari konteks lain dan dari kefahaman orang Arab yaitu segala sesuatu yang berada di atas kita disebut dengan sama'. Ini tidak bererti kita menjadikan sains lebih utama dari al-Qur'an sebaliknya itulah kemukjizatan al-Qur'an, dan manusia lemah kerana tidak mampu mentafsir atau melihat makna kata sama', namun kini semua sepakat mengenai definisi sama' tersebut) --> al-Qur'an adalah book of Signs bukan book of sciences <--

p/s: dalam al-Qur'an lebih banyak ayat muhkamat (ayat yang jelas) berbanding yang mutasyabihat, justeru utamakanlah ambil pengajaran dari ayat2 muhkamat. Yang mutasyabihat perlulah rujuk ulama tafsir dan kitab2 tafsir.

p/ss: Hikmah dan khazanah dari al-Qur'an itu luas, takkan habis dicedok manfaat darinya. Namun janganlah sampai lupa kepada matlamat asal, al-Qur'an sebagai kitab yang berisi amaran dan berita gembira dan untuk kita jadikan panduan dan asas menjalani hidup ini (manual hidup), bukan sekadar untuk digali ilmu darinya tapi untuk diamalkan apa yang ada didalamnya. Ingatan buat diri =)

salah silapku sila betulkan
walLahu a'lam

Apr 29, 2012

Professionalisme

bismilLahirRahmanirRahim

Bila berbicara soal profesion dan kepemimpinan, bagi aku ada beberapa ayat al-Qur'an yang penting yang dapat kita jadikan renungan, yaitu 2:247; 3:159-161; 12:55;28:26

Aku merujuk penjelasan dari tafsir Ibn Kathir (versi ebook dan qtafsir) dan mana2 kuliah yang ada menyentuh berkaitan ayat2 tersebut

Apa perkara penting dari ayat2 tersebut:
1) Kuat fizik
2) Musyawarah
3) 'Azam
4) Tawakkal
5) Jujur
6) Lemah lembut
7) Pemaaf
8) Doakan mereka
9) Yakin dengan pertolongan Allah
10) Imani hari akhirat (tanggungjawab dan amanah akan dipersoalkan kelak)
11) Memelihara amanah (hafiz)
12) Berilmu (pakar dalam bidang atau pengkhususan tersebut)
13) Kuat (mampu menjalankan amanah dengan bertanggungjawab dan mempunyai keilmuan dalam bidang itu)
14) Amanah dalam melaksanakan tugasan (tidak curi tulang dll)

Berdasarkan rujukan2 itu, maka dapatlah disimpulkan beberapa perkara:
1) Sebaik-baik orang yang dipilih adalah yang pakar
2) Amanah adalah ciri wajib ada bagi seseorang yang dikurniakan apa2 jawatan sekalipun
3) Berdasarkan konsep qawiyy dan amin ini, maka dapatlah disimpulkan bahwa Saidina Usman tidaklah mengamalkan kronisme
4) Setiap ada keputusan besar yang ingin diputuskan, maka dianjurkan bermusyawarah dengan ahli ra'yi yakni orang yang terpercaya dan berpengetahuan. RasululLah pernah bersabda mengenai Abu Bakar dan Umar, "Aku tidak akan berbeza dengan kalian bila kalian bersama dalam musyawarah". Bukanlah bererti Nabi bias atau berat sebelah atau bagaimana, namun Nabi yakin akan kemampuan nalar dua orang sahabatnya itu. Selain itu Umar dan Abu Bakar dikenal wazir Nabi dan pimpinan ummat
5) Makna kata azam dalam 3:159 membawa erti meminta pendapat dari ahli ra'yi dan mengikuti pendapat mereka. Kenapa? Bukanlah menidakkan kemampuan orang lain, namun jika mereka yang lebih tahu dalam isu tersebut, maka merekalah sumber rujukan. Dari sini dapat kita lihat betapa besarnya peranan umat Islam yang pakar dalam sesuatu bidang untuk dikedepankan keilmuannya.
6) Qawiyy sebagaimana dijelaskan oleh mufassirin dan ditegaskan lagi oleh ustaz Zaharuddin melalui ceramah beliau, bukanlah orang yang kuat fiziknya sahaja, sebaliknya orang yang berkemampuan memikul amanah yang diberi. Hal ini selari dengan kisah Abu Zar al-Ghifari radhialLahu 'anhu yang ditolak permintaan jawatannya oleh baginda Nabi. Dan atas nasihat Nabi, beliau menolak sebarang tawaran jawatan setelah kewafatan Nabi sallalLahu 'alaihi wa sallam. Namun meminta jawatan tidaklah salah jika kita mampu berdasarkan kisah Yusuf 'alaihissalam dalam QS 12:55 yang meminta jawatan. Bukanlah ini bererti menyelisihi hadis Nabi agar tidak meminta jawatan namun perlu dilihat konteksnya. Bahkan Nabi Allah Sulaiman 'alaihissalam meminta kerajaan yang tidak dianugerahkan kepada siapa pun selainnya baik sebelum, atau setelahnya lalu Allah memperkenankan permintaannya dan memberikan kekuasaan yang luas kepada Sulaiman 'alaihissalam meliputi ifrit dan syaitan.
7)

p/s: menarik profesional unggul menurut al-Qur'an