Feb 4, 2015

otak dan kajian muslim bidang kesihatan

bismilLahirRahmanirRahim

bagi sesiapa yang mempelajari mengenai otak pasti akan kagum dengan hebatnya ciptaan Allah yang satu ini

satu organ yang sangat kecil tapi fungsinya begitu banyak dan pelbagai

sehingga hari ini masih banyak kajian2 dilakukan untuk mengetahui secara detail bagaimana ia bekerja

bila mengaitkan sinaps otak, brain plasticity dengan seruan2 untuk makan makanan yang tayyib, untuk bermasyarakat, saling berkenalan, membaca al-Qur'an dan berteman dengan orang baik. Kekaguman akan timbul bila melihat bahawa sinaps2 neuron ini dipengaruhi oleh kehidupan harian dan ia mempengaruhi bagaimana kita berfikir dan buat keputusan kemudiannya. Ia berkaitan, ia putaran yang tak berkesudahan dan berterusan hingga kita mati atau otak kita rosak (contoh: Alzheimer) hingga sinaps2 tadi tidak mampu berlaku secara sepatutnya.

Namun masih menjadi tanda tanya dalam diri bagaimana nak kait hubungan otak, fikir, aqal dan qalb dengan selamat untuk menjelaskannya kepada orang lain. Beza seorang muslim dengan bukan islam, seorang pelajar perubatan muslim dengan muslim bidang lain adalah seharusnya para pelajar muslim yang belajar perubatan mampu menjelaskan hubungan agama dengan ilmu perubatan yang dipelajarinya. Lebih tinggi nilainya jika mengkaji ayat2 al-Qur'an dan isi2 hadis yang berhubungan dengan ilmu perubatan, neurosains dan berkaitan untuk menjelaskan lagi kemukjizatan al-Qur'an, tanpa terlalu bergantung kepada hasil kajian bukan islam.

Baca buku sains dan islam (lupa tajuk tepatnya) membuat diri rasa nak buktikan sesuatu bila pengarangnya menceritakan rasa malunya dengan segelintir doktor muslim yang bentang kajian atau hasil kajian orang lain yang tidak begitu memberangsangkan dan tidak begitu bermutu. Ia menggambarkan profesional muslim tidak mampu buat kajian berdasarkan kenyataan dan ayat2 dari al-Qur'an dan hadis secara lebih mendalam dan akhirnya terpaksa ber"gantung" kepada kajian bukan islam baik dari timur atau barat

Moga researchers muslim mampu buat terobosan baru yang bakal menzahirkan deen ini dan kalam Allah dan rasul-Nya dalam dunia penyelidikan bidang kesihatan terutamanya (yang sedia ada dah banyak namun apa salahnya menambah khazanah kajian?)

Moga kelak aku mampu menjadi kalangan tersebut

dan langkah pertama untuk itu adalah memahami al-Qur'an dan hadis
mula bertatih dan biasakan diri baca tafsir2 kontemporari tapi belum ketemu mufassir yang mampu jelaskan dengan baik hubungan ayat2 tertentu (yang sifatnya saintifik menurut pandangan aku) dengan sains moden. Ini halangan pertama kerana aku tak tahu betul atau salah apa yang aku rasa itu, ini menimbulkan bimbang kerana ini berkait firman dan kalam Allah

moga aku tak tersesat oleh kerana rasa ingin tahu ini