Feb 10, 2012

Always

bismilLahirRahmanirRahim

short update..
ingatan yang kembali mendatangi pemikiran, hasil pencerahan Nouman Ali Khan berkaitan hal lain tapi sekali lagi ditekankan..dakwah Islam itu adalah berdasarkan al-Qur'an dan sunnah dan ajak kepada mengikuti al-Qur'an dan sunnah. Dan bukanlah dakwah itu mempergunakan al-Qur'an untuk menyampaikan idea kita!!

Sampaikan apa yang Allah nak kita sampaikan dan bawa orang kepada syariat Allah, bukan kepada pemikiran dan idea kita

Benda2 kecil macam ni selalu terlupakan dan terlalaikan

Justeru itulah, kita diseru kepada ilmu bukan semata-mata amal
Jadilah insan yang menghargai ilmu dan mencintai ilmu =)

p/s: ada perbezaan antara pendekatan dan matlamat.

salah silapku sila betulkan
walLahu a'lam

Feb 7, 2012

Jadi Manusia Bermanfaat

bismilLahirRahmanirRahim

Ilmu jika tidak dimanfaatkan dan diamal/dipraktikkan maka apakah gunanya?
Jadilah insan bermanfaat.
Dengan mempelajari ilmu kedoktoran dan memanfaatkannya di jalan yang betul insyaAllah akan ada kebaikan yang banyak yang dapat kita peroleh. Namun peliharalah niat. Ikhlaskan niat kerana Allah. Fastabiqul khairat. (Jadikan setiap amal kita sebagai saham akhirat =)
Usahalah untuk memberi kerana tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang dibawah namun ingat juga,  tidak dapat memberi melainkan orang yang punya sesuatu untuk memberi. Jadi apa yang kita mampu beri? Usahalah semampu mungkin untuk mampu memberi semampu mungkin. Optimumkan fungsi dan potensi diri.


"Barangsiapa yang meringankan bagi seorang mu'min satu kesusahan di dunia niscaya Allah akan meringankan kesusahannya pada hari kiamat, barangsiapa yang mempermudah kesulitan orang sedang kesulitan niscaya Allah akan mempermudah kesulitannya di dunia dan akhirat, dan barangsiapa yang menutup aib seorang muslim niscaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat, dan Allah akan selalu membantu seorang hamba selama hamba tersebut membantu saudaranya"
(Petikan hadis ke-36 hadis Arbain li Imam Nawawi - sahih)

Bekerjalah dan mudahkan untuk orang lain, jangan susahkan. Dalam muamalat mahupun dakwah kita dituntut untuk memudahkan urusan manusia lainnya selagi urusan itu bukanlah urusan yang bertentangan dengan syariat.


Diriwayatkan dari Jabir berkata,”Rasulullah saw bersabda,’Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.”
(HR. Thabrani dan Daruquthni)
source: eramuslim

Jadilah manusia yang bermanfaat. Tingkatkan potensi dan fungsi diri untuk menjadi insan yang bermanfaat buat manusia lain. Selain bidang kedoktoran, tidak salah kita mencuba bidang lain juga demi menambah nilai tambah dan fungsi manfaat kepada orang lain.



Dari Abu Hurairah radhialLahu 'anhu, ia berkata rasululLah sallalLahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Setiap persendian seseorang harus dikeluarkan sedekahnya setiap hari mulai matahari terbit. Memisahkan (menyelesaikan perkara) antara dua orang (yang berselisih) adalah sedekah. Menolong seseorang naik ke atas kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah. Berkata yang baik juga termasuk sedekah. Begitu pula setiap langkah berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah. Serta menyingkirkan suatu rintangan dari jalan adalah sedekah"

(Hadis Arbain li imam Nawawi no 26 - sahih)
source tambahan: rumaysho

 Alangkah mudahnya sedekah itu. Setiap perbuatan baik adalah sedekah. Jika kelak kita bekerja sebagai doktor, cabang kebajikan itu terbuka luas untuk kita gunakan. Cuma adakah kita akan benar2 menggunakan profesi untuk kebajikan dan sedekah atau tidak, itu kembali kepada niat masing2.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Dalam banyak keadaan kita merasa diri begitu lemah dan serba kekurangan. Janganlah merasa lemah kerana kita adalah yang terbaik jika kita beriman dan tiada yang kekal di dunia ini (ali imran ayat 139-141) (asy-syarh) sebaliknya teruslah berusaha dan bekerja
dan sungguhpun jika kita merasa lemah, janganlah kita terperangkap tipu daya syaitan hingga menghina diri sendiri (penciptaan) sedangkan hal ini adalah dilarang sebagaimana dalam hadis2 berikut:

Dari Aisyah radhialLahu anha bahwa rasululLah sallalLahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Janganlah seorang di antara kalian berkata "sungguh jelek diriku (penciptaan)", tapi katakanlah "sungguh hina diriku (sifat)"
(Adabul Mufrad no. 802 - sahih)

Dari Ayah Abu Umamah radhialLahu 'anhu katanya bahwa rasululLah sallalLahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Jangan seseorang di antara kalian berkata "sungguh jelek diriku" tapi katakanlah "sungguh hina diriku".
(Adabul Mufrad no 803 - sahih)
link ini no 809,810


Dari ‘Aisyah r.a. berkata: Rasulullah saw bersabda, “Jika mengantuk salah seorang dari kamu dalam mengerjakan shalat hendaklah ia tidur sehingga hilang rasa kantuknya. Sesungguhnya jika seseorang mengerjakan shalat dengan mengantuk, jangan-jangan ia akan membaca istighfar lalu mengigau mengumpat dirinya sendiri.”
(HR Bukhari dan Muslim)
source: abizakii nombor 48

Jika dalam keadaan sedang solat pun kita dituntut berhenti dan berehat agar tidak termengeji, termengutuk diri sendiri, apatah lagi dalam keadaan luar solat, lebih2 lagi kita perlu perhati apa yang kita ucap dalam doa kita. Sebaiknya, jika doa ma'thur ada dan bersesuaian dengan doa yang kita ingin pinta, maka bacalah doa ma'thur, itu lebih baik.



p/s: Jangan pernah berputus asa dari rahmat Allah. Tawakkallah hanya kepada Allah kerana hanya Dia lah pelindung satu2nya.
p/ss: Iman yazid wa yanqis tapi try our best to not let our guard down
p/sss: Jadilah insan yang berbakti dan janganlah merasa lemah kerana kita adalah sebaik-baik makhluq (al-bayyinah ayat 7) dan sebaik-baik manusia (ali imran ayat 110) jika kita beriman, bertaqwa, berbuat kebajikan dan beramal soleh serta melakukan amar ma'ruf nahi munkar. Justeru islah nafsak wad'u ghairak!!--------------------------------------------------------------------------------------

WalLahu a'lam
Salah silapku sila betulkan

Feb 1, 2012

Perjalanan

bismilLahirRahmanhirRahim

Manusia berjalan di muka bumi
Pesan Luqman kepada anaknya, janganlah melangkah di muka bumi dengan sombong

Manusia mengejar dunia
Firman Allah tipu daya dunia telah melalaikan manusia dari akhirat

Apa yang kita cari di dunia?
Sungguh yang menyenangkan anak Adam di dunia itu hanyalah pada beberapa perkara
pada makan dan minum, pakaian selesa, rumah yang bagus jiran yang baik, pasangan soleh/ah dan anak2 yang taat serta keselesaan hidup (tubuh sihat, masa lapang)
Namun cukupkah hanya itu untuk kita?
Fikrah kita ialah tarbiyyah dan dakwah
Di dunia sebagai khalifah yang mana kita iqamatuddin wa siyasatuddunia bih
Di dunia ladang untuk akhirat, di dunia untuk beribadah kepada-Nya mengabdi hanya kepada-Nya

Manusia menyangka kesenangan hidup di dunia ini sesuatu yang kekal
Lupakah kisah dua "pekebun" dalam surah al-Kahfi?
Tiada yang bertambah bagi yang kufur melainkan azab

Manusia menyangka dan mengandai2
Telah lupakah kita kepada pencipta dan perancang yang Maha Kuasa?

Buku medic dibelek-belek
Tiada zahir ilmu pada membawa kefahaman ad-deen di dalamnya
Cuma ada nota2 buat hidup di dunia
Lalu bagaimana ilmu perubatan itu membantu untuk kebahagiaan jiwa manusiawi?
Dan bagaimana dapat dimanfaatkan untuk deen?
Apakah pada menikmati yang kita gemari?
Tidak juga..

Belajar untuk mengajar?
tidak juga

Apa erti belajar dan ilmu bagi kita?
Apalah ilmu dunia jika tidak mampu menjadikan kita insaf dan tunduk
Jika ilmu itu tidak menjadi bahagian dari sumber saham akhirat kita
Mana manfaat ilmu itu?

Orang berkata, yang tidak punya sesuatu tidak mampu memberi
Apa yang kita beri seolahnya hanya itulah yang kita ada, begitu?
Maka, apakah yang kita beri?
Adakah ubat yang membantu mereka sihat fizik
Atau ubat tambahan buat membersihkan jiwa menyihatkan rohani?

Duhai doktor
Ingatlah, ilmu dalam al-Qur'an dan hadis
Itu kita utamakan untuk sebarkan
Dekati manusia dengan pelbagai cara
Jadikan bidang kita cabang dakwah fardhiyyah
Jangan siakan
Inilah peluang mencari, menggarap dan mendapatkan anasir dakwah
Moga dakwah ini terus berkilau

Aku terduduk
Terdiam memikirkan ke mana akan aku arahkan ilmu ini
Ilmu perubatan ini
Di mana akan kusandarkan kejujuran ilmu ini?
Sungguh, berbicara jujur kadangkala tidak semudah yang kita fikirkan
Adakah akan gunakan untuk kedudukan di sisi manusia?
Ataukah untuk mendapatkan pasangan ideal?
Atau ikhlas menjadikan ia sebagai batu loncatan dakwah?
Sedangkan betapa ramai manusia terjatuh dan tidak mampu bangkit saat terjatuh ketika memikul amanah ini
Sanggup dan mampukah aku?
Moga aku tergolong dalam insan yang terpilih
Tidak menggadaikan dakwah dengan dunia

Insan ini keliru kepentingan ilmu ini
Sedar perkara harus dan perkara sunat itu keduanya tidak berdosa
Namun pilihlah yang lebih utama
Ke mana akan ilmu ini dimanfaatkan
Bagaimana akan kita manfaatkan ilmu ini?
Adakah untuk kehidupan dunia buat bekal untuk akhirat?
Ataukah untuk akhirat keseluruhannya?
Ataukah untuk kehidupan dunia buat kesenangan dunia?

Sungguh falsafah perubatan, perubatan Islam dan perubatan menurut Islam itu berbeza-beza
Carilah jalan mana yang kita ingin tempuhi
Sungguh kita pelajar
dan aku? Ana Talib..ana talibul ilmu
Bukan sekadar ilmu at-tibb

--nafsu mengajak menjadikan ilmu ini sebagai alat untuk dunia..iman menjawab jadikan ia batu loncatan kelancaran dakwah dan untuk akhirat--al-Qur'an menjawab,
"Mereka mengetahui yang lahir dari kehidupan dunia, sedangkan terhadap akhirat mereka lalai" (QS Rum [30]:7)
"Maka adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, maka mereka di dalam taman (syurga) bergembira" (QS Rum [30]: 15)
"Pada hari itu banyak (pula) wajah yang berseri-seri, merasa senang kerana usahanya, (mereka) dalam syurga yang tinggi.." (QS al-Ghasyiyah [88]: 8-10)
"Sedangkan kamu memilih kehidupan dunia, padahal kehidupan akhirat itu lebih baik dan kekal" (QS al-A'la [87]: 16-17)

Maka ke mana lagi mahu kita arahkan usaha kita? Sedangkan firman Allah jelas
"Dan adapun orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami serta (mendustakan) pertemuan hari Akhirat, maka mereka tetap berada di dalam azab (neraka)." (QS Rum [30]:16)
"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang beriman untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras (QS al-Hadid [57]: 16)

p/s: sanggupkah tarbiyah dan dakwah diutamakan berbanding hal dan kepentingan lain?

Salah silapku sila betulkan
walLahu a'lam