May 7, 2017

Kembali Menulis?

bismilLahirRahmanirRahim

Banyak habuk di sini..sapu2 sikit
AlhamdulilLah, dulu aku menulis sebelum selesai S.Ked. Sekarang menulis buat pertama kali setelah selesai S.Ked dan menjalani kehidupan sebagai dokter muda/coass

Tiada yang mudah
Dulu waktu kuliah berulang-alik kampus dan kos, sekarang ulang-alik rumah sakit (hospital) dan kos. Pindah2 hospital dan kos sudah menjadi kebiasaan

Aku harap aku kuat menempuh coas life dan tetap disiplin dan bersikap baik walaupun kadang rasa malas dan capek (penat) itu datang

Aku masih susah mula ngobrol (borak) dan sosialisasi dengan orang, make me always looked awkward di tengah2 perawat (nurses), teman2 apatahlagi kakak2 cleaners, pekerja admin dll kakitangan hospital. I hate that i hardly talk to them dan i hate that i seem to have difficulty to express myself, timid, shy and being incompetent. All these make me more doubt about my future as a doc-to-be. It's hard to talk, hard to hv a common topic that we can both enjoy talking about and the harder part is to come out with right words right time and right people. Kadang nak panggil apa pun susah, nak tanya nama untuk berkenalan apatahlagi.

These are among obstacles that i need to face. Kalau tak tempuh, alamatnya aku tak dapat ilmu yang sepatutnya aku dapat sepanjang koas. Terima kasih kepada perawat2 yang mula approach and offer mengajarkan aku itu dan ini, i'm so thankful. Hanya tuhan dapat mengganjari dengan ganjaran sebaiknya.

Aku setakat ni dah lalui beberapa stase, dan aku akui paling penting adalah percaya diri dan berani bertanya, no matter when and where. Tiada salah dan malu untuk belajar benda baru, in fact ia mematangkan kita dan memajukan diri kita

Setakat ni skills yang pernah dan aku dapat (yang aku ingat2 aku dah diajar)
Umum - cara berhadapan dengan pasien (pesakit), cara anamnesis. periksa tanda2 vital, ambil darah, suntik subkutan, intramuskular. Rapport biasanya langsung didapat sebab rata2 masyarakat percaya dengan doktor, hence penting JAGA KEPERCAYAAN tersebut.
1) THT : cara periksa telinga, tenggorokan dan hidung. Cara periksa leher
2) Saraf : cara pemeriksaan fisik saraf kranial, pemeriksaan refleks patologi
3) Forensik : perbezaan bidang undang2 dan kedokteran, aplikasi ilmu kedokteran untuk kes2 mahkamah, jenayah dan seumpamanya, cara periksa luar mayat dan cara periksa jantung mayat dan bedah mayat
4) ObGyn : cara lahir bayi, periksa dalam, guna forseps dan vakum
5) Pediatrik :

Sep 5, 2015

Perkembangan berbahasa

sebelum ni, aku lupa post mana satu, aku pernah tulis pasal bagaimana manusia kembangkan bahasa berbagai2. Aku terlupa nak kait dengan agama, dan bila kait dengan agama maka terbatallah dan jelaslah salah pendapat aku sebelum ini (refer surah al-baqarah ayat 31 dan surah ar-rahman ayat 4)

isunya mudah, Allah ajar nabi adam semua benda yang diperlukan untuk kembangkan dunia ini termasuklah nama2 semua benda2 atas muka bumi dan seluruh bahasa2 pertuturan

bahasa2 pertuturan tersebut menjadi bahasa budaya kelompok tertentu apabila mereka berhijrah dan bergerak dalam kelompok masing2, dengan kta lain bagi memudahkan komunikasi maka mereka memilih hanya satu jenis bahasa percakapan sahaja. Bahasa tersebut berkembang kerana ada perkara2 baru yang sebelum ini belum mereka temukan atau beri nama kepadanya atau belum diajar oleh ibu bapa mereka sebelum mereka berhijrah ke berbagai tempat dek kerana benda tersebut tiada di tempat asal mereka

maka bolehlah dibuat kesimpulan mudah bahawa beberapa keturunan pertama nabi adam mampu berbahasa dengan semua bahasa yang ada, namun akhirnya mencukupkan diri dengan satu bahasa atau banyak2 bahasa yang digabungkan jadi satu bentuk bahasa baru seperti kita pada hari ini yang mana perkataan majlis dari bahasa arab tapi telah pun jadi sebagian bahasa melayu. Atau mereka dulu mungkin tiada istilah pemisahan bahasa namun perkataan yang mereka pilih itulah yang menjadi bahasa mereka

kanak2 pula dengan kemampuan belajar bahasa yang Allah kurniakan maka mereka mampu memahami bunyi2.

Bahkan haiwan pun, jika dibesarkan di kawasan berbeza, mereka akan adopt bahasa berbeza sesuai lokasi regional atau geografi mereka. Mungkin bukan semua haiwan tapi kajian menunjukkan beberapa haiwan seperti dolfin dan jerung ada bahasa kawasan masing2

SubhanalLah

Feb 4, 2015

otak dan kajian muslim bidang kesihatan

bismilLahirRahmanirRahim

bagi sesiapa yang mempelajari mengenai otak pasti akan kagum dengan hebatnya ciptaan Allah yang satu ini

satu organ yang sangat kecil tapi fungsinya begitu banyak dan pelbagai

sehingga hari ini masih banyak kajian2 dilakukan untuk mengetahui secara detail bagaimana ia bekerja

bila mengaitkan sinaps otak, brain plasticity dengan seruan2 untuk makan makanan yang tayyib, untuk bermasyarakat, saling berkenalan, membaca al-Qur'an dan berteman dengan orang baik. Kekaguman akan timbul bila melihat bahawa sinaps2 neuron ini dipengaruhi oleh kehidupan harian dan ia mempengaruhi bagaimana kita berfikir dan buat keputusan kemudiannya. Ia berkaitan, ia putaran yang tak berkesudahan dan berterusan hingga kita mati atau otak kita rosak (contoh: Alzheimer) hingga sinaps2 tadi tidak mampu berlaku secara sepatutnya.

Namun masih menjadi tanda tanya dalam diri bagaimana nak kait hubungan otak, fikir, aqal dan qalb dengan selamat untuk menjelaskannya kepada orang lain. Beza seorang muslim dengan bukan islam, seorang pelajar perubatan muslim dengan muslim bidang lain adalah seharusnya para pelajar muslim yang belajar perubatan mampu menjelaskan hubungan agama dengan ilmu perubatan yang dipelajarinya. Lebih tinggi nilainya jika mengkaji ayat2 al-Qur'an dan isi2 hadis yang berhubungan dengan ilmu perubatan, neurosains dan berkaitan untuk menjelaskan lagi kemukjizatan al-Qur'an, tanpa terlalu bergantung kepada hasil kajian bukan islam.

Baca buku sains dan islam (lupa tajuk tepatnya) membuat diri rasa nak buktikan sesuatu bila pengarangnya menceritakan rasa malunya dengan segelintir doktor muslim yang bentang kajian atau hasil kajian orang lain yang tidak begitu memberangsangkan dan tidak begitu bermutu. Ia menggambarkan profesional muslim tidak mampu buat kajian berdasarkan kenyataan dan ayat2 dari al-Qur'an dan hadis secara lebih mendalam dan akhirnya terpaksa ber"gantung" kepada kajian bukan islam baik dari timur atau barat

Moga researchers muslim mampu buat terobosan baru yang bakal menzahirkan deen ini dan kalam Allah dan rasul-Nya dalam dunia penyelidikan bidang kesihatan terutamanya (yang sedia ada dah banyak namun apa salahnya menambah khazanah kajian?)

Moga kelak aku mampu menjadi kalangan tersebut

dan langkah pertama untuk itu adalah memahami al-Qur'an dan hadis
mula bertatih dan biasakan diri baca tafsir2 kontemporari tapi belum ketemu mufassir yang mampu jelaskan dengan baik hubungan ayat2 tertentu (yang sifatnya saintifik menurut pandangan aku) dengan sains moden. Ini halangan pertama kerana aku tak tahu betul atau salah apa yang aku rasa itu, ini menimbulkan bimbang kerana ini berkait firman dan kalam Allah

moga aku tak tersesat oleh kerana rasa ingin tahu ini