Jan 22, 2019

Medicine - Bunyi Jantung

bismilLahirRahmanirRahim

just wanna post something yang berkaitan ngan medic. Pagi tadi selesai exam integrasi 1 blok kardiovaskular dan aku tahu, almost all questions aku blurr sebab aku baca dua subjek sahaja (IPD dan PA), so bahagian IKA, PK, bedah, gizi, bye2lah. Kalau dah gizi bye2, farmako apatah lagi!!

But still, just nak share berkenaan bunyi jantung. Bunyi jantung normal lubb-dubb tanpa murmur dan bunyi jantung tambahan. Dalam pemeriksaan fizik jantung, melalui pemeriksaan bunyi jantung jika didapat bunyi jantung abnormal maka pemeriksaan selanjutnya diperlukan. Apakah yang diperiksa saat pemeriksaan bunyi jantung? Pertama didengarkan adakah bunyi jantungnya normal atau tidak. Jika tidak, maka dikenalpasti adakah kelainan berupa murmur ataukah bunyi jantung tambahan. Jika murmur, dipastikan dahulu adakah systolic murmur ataukah diastolic murmur.

Sebelum lebih lanjut, ingat kembali fisiologi jantung. Saat sistolik, yang berlaku adalah ventrikel berkontraksi dan darah dipam keluar dari jantung melalui aorta dan arteri pulmonari. Maksudnya, saat sistolik, yang katup atau injap yang terbuka adalah injap aorta (semilunar valve divided into two: aortic valve and pulmonic valve) dan pulmonal. Saat ini yang menutup adalah injap atrioventricular (AV valves) iaitu injap mitral (jantung kiri) dan injap trikuspid (jantung kanan). Penutupan katup menghasilkan getaran meimbulkan bunyi jantung pertama yang biasanya lebih rendah nadanya. Setelah itu, darah dari vena kembali ke jantung. Saat ini injap AV terbuka dan injap semilunar pula tertutup. Fasa pengisian jantung ini dipanggil diastolik.

Maka bagaimana boleh timbul bunyi kelainan? Bunyi abnormal timbul kerana adanya masalah pada katup jantung, faktornya pelbagai. Baiklah, kembali kepada murmur. Apakah murmur? Murmur adalah kelainan bunyi jantung yang disebabkan oleh masalah pada bukaan dan penutupan katup. Jika masalahnya pada bukaan ia dikenal sebagai stenosis, dan jika disebabkan oleh gangguan penutupan maka itu adalah regurgitasi atau insufisiensi. Bagaimana mengenali kelainan2 ini menggunakan stetoskop? Baiklah, pertama harus diketahui beza bunyi jantung tambahan (BJ3,BJ4) dengan murmur. Setelah diketahui itu adalah murmur, maka dilihat adakah masalah pada sistolik ataupun diastolik. Pada masa sama diperhatikan bunyi yang terdengar di lokasi mana dan paling jelas dimana. Ada enam lokasi pemeriksaan bunyi jantung. Setelah diketahui di lokasi mana kelainan itu, maka barulah dikenalpasti apakah kemungkinan kelainan. Contohnya, jika bunyi kelainan adalah sistolik murmur di katup mitral, maka ingat kembali, sistolik adalah keadaan dimana katup dibawab (AV) menutup. Jika terjadi sistolik murmur di katup mitral maka jelas bahawa kelainannya adalah pada gangguan penutupan katup mitral. Gangguan penutupan, maka hampir pasti ia adalah regurgitasi katup mitral atau mitral insufficiency. Jika diastolik murmur pada katup mitral, maka kemungkinan gangguan pada saiz bukaan katup, yang mana mungkin disebabkan oleh stenosis. Apakah punca berlakunya masalah pada katup, oh itu perlukan perbincangan lain.

Selain masalah pada saiz bukaan dan kebocoran katup, masalah mungkin timbul kerana katup menutup tidak sekata hingga timbul bunyi jantung tambahan. Jika hanya satu pasangan yang tidak

No comments: