Jan 21, 2019

Men's Biore Acne & Oil Defense (1)

Bismillah

Dalam facial foam ini, seperti sabun atau pencuci lainnya, ada zat aktif, ada preservative, ada penstabil, ada pewangi dan zat tambahan (contoh: antibakteri untuk mengelakkan pertumbuhan kuman dalam facial foam itu sendiri)

Dalam postingan ini nak tulis pasal bahan2 yang ada dalam Men's Biore Acne&Oil Defense. Sumber rujukan? PubChem dan seumpamanya. Aku cuma nak tulis pasal bahan tersebut golongannya apa (eg: alcohol), kegunaannya apa (eg: penstabil), cara kerjanya (eg: pengaruhi enzim apa), dan kesan sampingan atau bahayanya (eg: alergi pada yang alergik) dan nota2 tambahan jika ada

Bahan2 yang diguna adalah:

  1. Water (aqua)
  2. Glycerin
  3. Sorbitol
  4. Myristic acid
  5. Stearic acid
  6. Behenic acid
  7. Palmitic acid
  8. Dipropylene Glycol
  9. Potassium Hydroxide
  10. Ethoxydiglycol
  11. Lauric Acid
  12. Kaolin
  13. Fragrance (parfum)
  14. Disodium EDTA
  15. Etidronic acid
  16. Polyquaternium-7
  17. Dipotassium Glycyrrhizate
  18. Menthol
  19. o-Cymen-5-ol
  20. Methylparaben
  21. Propylparaben
Post mengenai facial foam ini akan dilanjutkan kemudian, insyaallah. Selain facial foam ini, aku nak tulis juga pasal facial foam lainnya yang aku bercadang untuk guna iaitu Safi Men Dynamic White. 

Oh, btw, ada terjumpa satu post mengenai sunblock. Mudahnya ada 2 jenis iaitu untuk kulit sensitif dan berminyak serta kulit normal. Untuk kulit sensitif dan berminyak boleh guna yang zat aktifnya mineral sedangkan kulit normal lebih baik yang zat aktifnya kimiawi. 

Feb 4, 2015

Di Mana Muslim yang Mengkaji Otak?

bismilLahirRahmanirRahim

bagi sesiapa yang mempelajari mengenai otak pasti akan kagum dengan hebatnya ciptaan Allah yang satu ini

satu organ yang sangat kecil tapi fungsinya begitu banyak dan pelbagai

sehingga hari ini masih banyak kajian2 dilakukan untuk mengetahui secara detail bagaimana ia bekerja

bila mengaitkan sinaps otak, brain plasticity dengan seruan2 untuk makan makanan yang tayyib, untuk bermasyarakat, saling berkenalan, membaca al-Qur'an dan berteman dengan orang baik. Kekaguman akan timbul bila melihat bahawa sinaps2 neuron ini dipengaruhi oleh kehidupan harian dan ia mempengaruhi bagaimana kita berfikir dan buat keputusan kemudiannya. Ia berkaitan, ia putaran yang tak berkesudahan dan berterusan hingga kita mati atau otak kita rosak (contoh: Alzheimer) hingga sinaps2 tadi tidak mampu berlaku secara sepatutnya.

Namun masih menjadi tanda tanya dalam diri bagaimana nak kait hubungan otak, fikir, aqal dan qalb dengan selamat untuk menjelaskannya kepada orang lain. Beza seorang muslim dengan bukan islam, seorang pelajar perubatan muslim dengan muslim bidang lain adalah seharusnya para pelajar muslim yang belajar perubatan mampu menjelaskan hubungan agama dengan ilmu perubatan yang dipelajarinya. Lebih tinggi nilainya jika mengkaji ayat2 al-Qur'an dan isi2 hadis yang berhubungan dengan ilmu perubatan, neurosains dan berkaitan untuk menjelaskan lagi kemukjizatan al-Qur'an, tanpa terlalu bergantung kepada hasil kajian bukan islam.

Baca buku sains dan islam (lupa tajuk tepatnya) membuat diri rasa nak buktikan sesuatu bila pengarangnya menceritakan rasa malunya dengan segelintir doktor muslim yang bentang kajian atau hasil kajian orang lain yang tidak begitu memberangsangkan dan tidak begitu bermutu. Ia menggambarkan profesional muslim tidak mampu buat kajian berdasarkan kenyataan dan ayat2 dari al-Qur'an dan hadis secara lebih mendalam dan akhirnya terpaksa ber"gantung" kepada kajian bukan islam baik dari timur atau barat

Moga researchers muslim mampu buat terobosan baru yang bakal menzahirkan deen ini dan kalam Allah dan rasul-Nya dalam dunia penyelidikan bidang kesihatan terutamanya (yang sedia ada dah banyak namun apa salahnya menambah khazanah kajian?)

Moga kelak aku mampu menjadi kalangan tersebut

dan langkah pertama untuk itu adalah memahami al-Qur'an dan hadis
mula bertatih dan biasakan diri baca tafsir2 kontemporari tapi belum ketemu mufassir yang mampu jelaskan dengan baik hubungan ayat2 tertentu (yang sifatnya saintifik menurut pandangan aku) dengan sains moden. Ini halangan pertama kerana aku tak tahu betul atau salah apa yang aku rasa itu, ini menimbulkan bimbang kerana ini berkait firman dan kalam Allah

moga aku tak tersesat oleh kerana rasa ingin tahu ini





Oct 7, 2014

Medicine - Fungsi Buah Pinggang

Ginjal adalah salah satu organ tubuh yang penting

Ginjal mempunyai beberapa fungsi penting antaranya:
  1. Memelihara keseimbangan air dan elektrolit
  2. Memelihara tekanan arteri
  3. Glukoneogenesis
  4. Memelihara keseimbangan asid dan basa (acid & base)
  5. Mengekskresi bahan toksik dan produk hasil metabolisme
  6. Berperan dalam eritropoesis
Fungsi ginjal dalam memelihara keseimbangan air dan elektrolit adalah melalui pengaturan sekresi dan reabsorbsi air dan elektrolit terutamanya natrium (Na+). Elektrolit lainnya yang turut diekskresi antaranya adalah magnesium, kalium, fosfat dan kalsium. Fungsi ini tergantung kepada sejauhmana kemampuan ginjal mengekskresi zat2 tersebut per minit. Dan ini penting diketahui kerana keseimbangan antara asupan atau pemasukan zat dan ekskresi zat harus dipertahankan supaya tidak terjadi kerosakan ginjal akibat bebanan kerja berlebihan yang berterusan yang terpaksa dilakukan oleh ginjal. 

Fungsi ginjal dalam memelihara tekanan arteri adalah melalui fungsi keseimbangan cairan dan elektrolit, juga melalui fungsi pelepasan hormon renin.

Keseimbangan asam basa (acid-base) dipertahankan secara bersama dengan fungsi paru melalui ekspirasi. Hidrogen disingkirkan melalui fungsi ginjal dan paru bagi mengelakkan asidosis dan dipertahankan bagi mengelakkan alkalosis. Pengaturannya sesuai keperluan fisiologi tubuh.

Bahan toksik dan produk hasil metabolisme turut diekskresi oleh ginjal, antaranya hasil metabolisme ubat2an, hasil metabolisme asam nukleik dan asam amino, hasil pemecahan sel darah merah (bilirubin). Fungsi ekskresi ini dipengaruhi keperluan tubuh terhadap bahan2 tersebut. Jika berlebihan, ia dibuang.

Ginjal juga berperan dalam eritropoeisis atau proses pembentukan sel eritrosit atau sel darah merah melalui penghasilan eritropoeitin. Eritropoetin adalah hormon yang mengawal eritropoesis.