Aug 22, 2011

manhaj tibb Islami

bismilLahirRahmanirRahim

tanggal 21 ogos 2011, aku ikuti satu daurah bermula kurang lebih jam 9.30 pg selesai jam 12.00 tenghari. AlhamdulilLah, perkongsian yang bermanfaat dari abg Naseem.

Daurah dimulai dengan penjelasan perbezaan manhaj dan fiqh kemudian perbezaan definisi manhaj perubatan Islam atau tibb nabawi dengan manhaj Islam dalam perubatan.
Manhaj cakupannya lebih luas berbanding fiqh kerana boleh menyangkut soal aqidah, etika dan akhlaq.
Manakala manhaj Islam dalam perubatan definisinya lebih luas berbanding manhaj perubatan Islam. Manhaj Islam dalam perubatan adalah menjadikan Islam sebagai asas dalam perubatan (boleh juga difahami sebagai perspektif Islam terhadap perubatan). Manhaj perubatan Islam pula lebih menjurus kepada ayat2 al-Qur'an dan hadis nabi berkaitan perubatan dan ayat shifa' serta kaedah syifa' seperti bekam, madu lebah dan ayat-ayat al-Qur'an.

Dijelaskan juga tibb nabawi adalah apa2 yang nabi ucapkan atau lakukan berkaitan penyebaran, penyembuhan dan perawatan penyakit. Juga hal2 yang dipandang sama ada ia bersifat umum atau khusus seperti habbatussauda', bekam, kurma ajwa' dan lain-lain. Habbatussauda' disebutkan dalam hadis sebagai penawar segala penyakit, maka difahami disini memang benar ia penawar segala penyakit ATAU penawar segala penyakit yang ada di jazirah Arab ketika itu atau paling tidak penyakit yang nabi ketahui.

Untuk lebih detail, dijelaskan juga tiga pandangan ulama terhadap hadis berkaitan perubatan:
pertama (majoriti ulama) - samakan level hadis dengan al-Qur'an yaitu menerima semua hadis berkaitannya dan difahami secara zahir (lafaz)
kedua (Ibn Khaldun dan al-Qadhi fudhail bin Iyadh) - mengambil makna hadis dan tidak fokuskan kepada lafaz hadis dalam hal2 bersifat objektif seperti hal2 berkaitan peubatan, politik dan lain2 kerana bersandarkan hadis2 tertentu seperti pertanyaan sahabat "adakah ini pendapatmu atau perintah wahyu?" dan sabda rasul berkaitan penanaman kurma "kamu lebih tahu urusan duniamu" dan lain2 yang menunjukkan ada saatnya baginda rasul berbicara berdasarkan pandangan baginda sendiri.
ketiga - mengambil jalan tengah antara keduanya yaitu merincikan hadis2 berkaitan perubatan

Setelah itu didatangkan pemaknaan perubatan berdasarkan definisi medik dengan tambahan yaitu perubatan adalah mesti berbasis bukti (evidence-base medicine) dan setiap yang menyembuhkan adalah penyembuhan dengan menafikan dan mengecualikan hal2 berkaitan syirik (tangkal dll), khurafat (tiada sumber baik qauliyah atau kauniyah), sihir dan bid'ah (perubatan yang dikaitkan dengan nuansa keIslaman tanpa dalil yang sahih seperti memakan kurma sebelum solat dengan bacaan tertentu dalam bahasa arab).
Untuk ini ditekankan bahwa ada dua pendirian kita terhadap ayat2 qauliyah dan kauniyah dipandang dari sudut tuntutan dan konsekuensinya. Untuk lebih mudah faham, begini:



1) Tuntutan qauliyah, konsekuensi kauniyah - contohnya bacaan al-fatihah untuk menyembuhkan penyakit
2) Tuntutan kauniyah konsekuensi qauliyah - contohnya kurma ajwa' dapat mengelakkan sihir
3) Tuntutan qauliyah konsekuensi qauliyah - contohnya ayat suci al-Qur'an untuk halau jin
4) Tuntutan kauniyah konsekuensi kauniyah - contohnya madu lebah dan bekam

Dijelaskan juga aqidah atau pegangan kita dalam soal perubatan, yaitu:
-Meyakini setiap penyakit ada penawarnya kecuali maut, maka kita perlu berusaha mencari penawarnya (hadis)
-Penyakit, kesedihan jika dihadapi dengan sabar maka diganjari maghfirah (hadis)
-Doa sebagai usaha syifa' (kisah nabi Ayyub alaihissalam)
-Ada penyakit yang disebabkan oleh syaitah (2:275) contohnya darah istihadhah dan sakit anggota badan
-Tawakkal kepada Allah (kita hanya berusaha, hasil pada Allah)
-Rendah hati terhadap kekuasaan Allah (Allah yang datangkan penyakit dan Dia juga berikan penawar, mungkin ubat yang kita bagi tidak sesuai dos tapi dengan kuasa Allah dapat menyembuhkan)

Seterusnya peranan syariat terhadap perubatan
-Syariat memberi info alam ghaib dalam menentukan tindakan perubatan (bila kehidupan bermula dll)
-Menetapkan batasan tindakan (seperti persentuhan berlainan jantina, pil KB dll)
-Menetapkan priority (solat jumaat atau tindakan operasi sedangkan tindakan operasi boleh ditangguh)
-Memberikan pedoman sunnah dalam amalan harian (eg:cara solat)

Untuk ini juga perlukan kepada kaedah2 fiqh seperti:
-Maqasid Syariah seperti dijelaskan oleh asy-Syatibi dan perlu disandarkan kepada susunannya (din, nyawa, akal, maruah dan keturunan, harta) jika ada dua atau lebih maqasid yang terlibat secara jelas dan bukan zhonni
-dharurat mengizinkan yang haram
-dharurat diambil sekadarnya
-memilih yang lebih ringan mudharatnya berbanding dua mudharat yang jelas
-yang harus menjadi haram jika keharusan itu membawa kepada perkara haram
-mengelakkan mudharat diutamakan dari mendatangkan manfaat (dilihat pada rationya)

Kemudian peranan perubatan terhadap syariat
-Menetapkan tindakan yang memberikan mudharat (kerana membawa kemudharatan itu haram maka perlu diketahui apa yang membawa kepada mudharat untuk dihindari)
-Forensik untuk menegakkan keadilan (hukum ta'zhir) [abg naseem tak pasti dalam urusan qisas bagaimana]
-Melengkapi definisi syariat (eg: mati, istihadhah, usia janin dll)
-Menyarankan hal2 yang memudahkan penyelesaian syariat (pil tahan haid untuk tunaikan haji, ubat untuk inkontinensia urin dll)

Seterusnya dikemukakan beberapa soalan untuk dijawab dalam sesi berkongsi pendapat
-Pemberian kondom dan jarum suntik kepada penagih dadah dan pelacur untuk menghindari AIDS : tidak boleh kerana dalam hal ini, walaupun AIDS boleh menyebabkan kematian (susunan maqasid, nyawa diutamakan) namun terkena AIDS itu bersifat zhonni sehingga hal yang jelas (menjaga maruah dan nasab) mengatasi yang zhonni
-Aborsi wanita yang diperkosa : tidak boleh kerana ia membunuh nyawa, walaupun berdasarkan statistik anak yang lahir itu akan depresi dan secara jelas (berdasarkan statistik)  ramai yang bunuh diri hingga tidak dipandang bunuh diri atau depresi anak itu sekadar zhonni sebaliknya jelas dan diyakini, namun hal ini menyangkut pandangan keluarga dan masyarakat, maka menjadi tuntutan kepada masyarakat untuk mengubah perspektif dan memelihara anak hasil perkosaan . Selain itu, dikuatkan juga dengan kisah dizaman nabi sallalLahu alaihi wa sallam, ada wanita yang diperkosa dan tidak diaborsi sebaliknya para sahabat berebut untuk menjaganya kerana dipandang sebagai anak yatim
-Menyelamatkan nyawa pemurtad, boleh atau tidak? : Boleh kerana tidak tahu ke depan dia akan terima hidayah atau tidak. (aku teringat kisah nabi di thaif)
-Mengubati pasien lipoma di tangan yang tiada duit : Jika melibatkan nyawa maka wajib. Jika tidak dirawat lipoma itu tidak membahayakan pasien, maka terserah.
-Mana yang diutamakan, pasien muslim atau kafir? : Lihat tingkat keparahan, bukan agama

Akhir sekali ada diberi beberapa hal berkaitan fiqh
1) konsep maradh tidak sama dengan penyakit dalam perubatan, maradh disebabkan adanya rasa sakit atau tidak enak badan walau tiada penyakit tertentu (macam orang tua yang kurang sihat) sedangkan penyakit tidak semestinya rasa sakit (contoh: penyakit2 asimptomatik)
2) Aborsi kriminalis dibenarkan jika usia janin <40 hari, khilaf jika <4bulan dan adalah dilarang jika >4bulan. Namun perlu dilihat kepada keperluannya juga, tak boleh sesuka hati nak gugur atau aborsi janin
3) Transplantasi jantung babi disamakan dengan puasa. Makan ketika puasa batalkan puasa tapi suntikan yang tidak bermaksud memberi nutrisi tidak membatalkan puasa, begitu juga babi, yang diharamkan adalah pada memakannya bukan pada selainnya maka transplantasi jantung babi dibolehkan (ingat, illatnya nutrisi so kalaupun tidak makan seperti suntikan protein babi, itu tetap dilarang)
p/s:persoalan najis tertolak kerana nyawa diutamakan (mudharat menghalalkan yang haram namun diambil sekadarnya) dan najis didalam tubuh tidak menghalang sahnya solat dll ibadah (ingat najis di usus besar,rektum dan urin di pundi kencing)


p/s: sedang menghabiskan bacaan berkaitan iktikaf, lebaran dan zakat fitrah (tak pernah bayar zakat fitrah dan rasanya tahun ini pun tak bayar juga sebab family yang bayarkan setiap kali nak dekat lebaran, bila la nak merasa bayar sendiri)
makalah zakat fitrah
iktikaf-zakat fitri-lebaran-puasa syawal

correct me if i'm wrong
jangan malu bertanya if ada keraguan (mungkin penulis silap)
walLahu a'lam

No comments: